”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/22/2023

3rd weekend of February

Kotiau Doli, Taiping

Weekend hari tu balik rumah Mak, hari Sabtu aku dengan Suami ke Taiping. Pagi tu mulakan hari dengan jogging 5km dulu keliling kampung. Habis jogging melepek kejap then siap ke Taiping. Kami brunch dekat Kotiau Doli, Taiping. Husband nak rasa katanya sebab tak pernah rasa. Bagi aku kotiau dia biasa2 je, tapi Ayah aku suka gila kotiau ni. Husband cakap ni rasa kotiau orang dulu-dulu. Ada beza meh kotiau sekarang dengan dulu? Haha. Nampak sangat Husband dah tua sebab tu tau rasa kotiau orang dulu2 haha.

Then kami ke AEON, nak cari bone conduction headphones untuk hadiah birthday Suami walaupun birthday nyaaa lambat lagi! Hahaha. Kami memang macam tu, kalau pasangan teringin apa2 and kebetulan ada duit extra, kita bagi je early birthday present sebab takut bulan birthday tu takde pulak bajetnya haha. Kami memang takde nak suprise2 bagai, buang masa. Kau nak apa bagitau, aku belikan, gituu haha. Btw, hadiah birthday aku pun dia dah belikan walaupun birthday aku April nanti haha. 

Suami nak cari Shokz untuk guna time jogging. Tapi dekat Aeon takde pulak yang tu. Kami google ada dekat Taiping Central Mall. Sebelum ke sana sempat la jatuh cinta dekat Honda ADV yang tengah ada pameran. Cari pasal betulll haha.

ADV 2023 - 160cc. Hemsem kan? Tengah kecek Suami untuk beli haha

Shokz - bone conduction headphones

Dah puas cuci mata kami menuju ke Taiping Sentral nak tengok barang Husband. Nasib ada dekat UR Switch jenama tu siap boleh test. Dia ada 3 speks, Husband ambil yang medium speks sebab itu pun dah cukup.
Husband suruh pilihkan color, saja pilih warna yang boleh nampak dari jauh haha. Happy becoming birthday Sayang! Hahaha

Konon dah setel nak pergi lepak taman tasik tapi hujan lebat pulak so instead pergi bungkus yongtaufu and pergi makan satay dekat Changkat Jering haha.

Pagi Ahad dimulakan dengan strolling around the village dengan Mak Ayah sepupu sepapat bagai haha. Mak dengan Ayah nak menjalani kehidupan sihat, jadi la dapat 3km. Hehe.

Eco Rimba Ulu Kenas, Kuala Kangsar

Lepas tu pergi berkelah ke Ulu Kenas. Alhamdulillah tak ramai sangat orang and dapat port best nak berendammm. Masuk kena bayar, kereta harga lain, orang harga lain tapi murah je. Kereta RM2 rasanya, dewasa RM2, kanak-kanak RM1.



Balik je rumah masing2 tumbang haha ambil kau lepas brisk walk terus pergi mandi-manda, tau pancitt haha. I have a great weekend. Alhamdulillah.

10 comments:

  1. Makcik yg duduk Tepen pun cakap dolly rasa dah tak sama macam dulu..tukang masak lain kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ye, sebab tengok macam muda, anak dia kot. Betul la kan makanan ni depends on air tangan.

      Delete
  2. Bone conduction headphones?

    Sengaja nak suruh uncle gugel-gugel kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sila google uncle. moga terbeli jua hahaha

      Delete
  3. macam menarik je headphones tu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe menarik utk runner and untuk laki kot. bagi Nad leceh sikit kalau pakai tudung style mcm ni.

      Delete
  4. Okey nak google jap headphone.....

    ReplyDelete
  5. Dah macam laki aku, takde nak suprise². Sebelum besday dah tnya nak hadiah ape 🤣.
    Ulu kenas tu best kan. Air dia sejuk namatiii. Hahaha. Pernah pi sekali duluuuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha lebih senang begitu. aah air dia tak boleh bawa berunding sejuknya haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!