”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/01/2023

Random Thought

Aku suka membaca. Kadang2 aku baca kisah hidup orang, kadang2 aku baca buku agama, buku motivasi dan buku merepek seperti The Heroes of Olympus haha. Membaca buat aku rasa full, rasa bertambah ilmu. I love being knowledgeable. I love when people asking me question coz if I didn't know the answer, I will find the answer hence will load more knowledge into my brain. 

Dari membaca aku tahu pasal kehidupan, ragam manusia. Sebab hidup aku limited, Allah hanya tetapkan certain watak je dalam hidup aku. Bila aku membaca baru aku tauu,

Ooo ada eh orang jahat macam tu?

Ya Allah ramai rupanya orang yang diuji lagi teruk dari aku

Bestnya hidup dia, nak apa je dapat

Siannya dia, kecil2 dah takde mak ayah

Kenapa ye perangai dia pelik sangat?

Gitulah. Dari situ aku boleh muhasabah diri, dari situ aku belajar yang hidup lebih dari apa yang kita nampak dengan mata kasar so please avoid be too judgmental bcoz the real situation is always beyond our imagination.  

Kadang2 kita paksa orang untuk ikut our way of life padahal hidup dia Allah dah tentukan ikut jalan lain. Just keep our thought, our values, our principles to ourselves. Bila someone minta nasihat, kita bagi berlandaskan ilmu kita yang tak seberapa, dia nak ikut ke tak tu kena ikut pada kesesuaian diri dia.

Bila kawan kita ada masalah dengan relationship dan bila kita dengar cerita dia, kita rasa masalah tu remeh dan minta dia bersabar. Kadang2 masalah yang remeh tu bukanlah masalah sebenar, there is something behind closed door yang kita tak dapat nak grab or si pencerita pun tak tau itu masalah sebenarnya. 

Sometimes, it's not about how bad that situation or that person is, it's just they don't fit to be together anymore. They have different thoughts than similarities, they just connect for a while at the same spot but both shall lead to a different ways.  

Hidup ini unik. Dalam masa kita berpegang pada prinsip hidup kita, sometimes we need to loose a bit to adapt with society. 

Ada orang rasa dia paling tersakiti, terjerut dengan perasaan sendiri tanpa dia sedari dia pun menyakiti sebab mereka terikat dalam satu tali, saling berkait. Kadang2 kita terlampau tenggelam dalam ego hingga merosakkan suasana yang sepatutnya boleh harmoni.

Apa aku merepek ni? Haha Entahlah aku just keluarkan apa yang ada dalam otak aku sekarang. Kehidupan aku sekarang Alhamdulillah, all is well and great. Tapi disebabkan aku suka membaca, otak aku diisi dengan pelbagai info positif dan negatif yang aku perlu susun semula supaya aku tak gila haha.

Ada orang rasa dunia ni tak adil. Ye dik, memang dunia ni tak adil sebab tu kita ada hari pengadilan. Ada orang keep salahkan takdir tanpa usaha nak mengubah takdir hidup dia. Apa kau ingat Allah letakkan kau dalam dunia ni saja2? Ada orang terus hanyut dengan keasyikan dunia.

Sebab tu asas agama yang kuat perlu ada dalam diri, perlu ditanam dalam diri anak2 dari kecil and terus guide dia hingga akhirnya. Untuk guide seseorang kita perlu dulu isi kita dengan ilmu. 

Tapi ada benda kita dah rancang baik punya, turns out jadi benda lain sebab Allah tahu lagi dari apa yang kita tahu. Kadang2 dia datang sebagai ujian, kadang2 dia datang sebagai nikmat. Semuanya bersifat sementara. Bila kita dah usaha sebaiknya, let God does the rest coz He is All Knowing.

4 comments:

  1. Cuya pon suka membaca. Melalui membaca, banyak benda yang kita dapat. Tak kisah la membaca apa2 sekalipon pasti ada sedikit sebanyak kebaikan yang kita boleh peroleh

    ReplyDelete
  2. Tu la.... mana boleh salahkan takdir.... kita ni siapa...

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!