”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/29/2023

Last day of Syawal 1444H

Perghh orang dah pergi haji kau tak habis update lagi pasal Syawal haha. Sorry been busy lately with nothing HAHA. Syawal dah habis dekat 2 minggu dah tapi aku tengok ramai je lagi buat open house 'post-syawal', dah jadi macam trend. Wah wah kemain, tak cukup ke Allah bagi raya sebulan? Haha. Apa2 pun Alhamdulillah atas niat mereka nak kongsi rezeki bagi orang makan.

Hari last Syawal hari tu family aku decide nak beraya rumah Pakteh dan Wankak (adik ayah). Rumah Pakteh dekat Manjung, rumah Wankak dekat Chenderong Balai.

Dalam 8.30am dah gerak, singgah makan pagi di Menora.

Mine

Dah kenyang meneruskan perjalanan ke Manjung. Masuk hiway WCE dekat Beruas dan keluar dekat Changkat Chermin. Bosan ek hiway tu tapi best sebab takde kereta so boleh drift haha. Singgah jumpa Mama kejap sebab Mak nak pass telekung Mama yang Mak pinjam masa Umrah hari tu and nak kasi sikit ole-ole.

My Mums, dunia akhirat 💕

Then terus ke rumah Pakteh. Makteh masak lunch lauk aku dah lupa (tu la, lambat lagi update) haha. Dah kenyang, dah porak peranda kan rumah orang, dah solat semua, kami pun gerak ke rumah Wankak pulak. 5 kereta hari tu. Family aku bab berjalan jarang solo.

Sampai rumah Wankak, dihidangkan dengan mee rebus popular Teluk Intan, apa ntah namanya, wastan mantan apa ntah. Tak tahu kenapa popular sebab bagi aku biasa je ke sebab aku tak suka mee rebus haha.

Kejadian yang sama berlaku di rumah Pakteh, lepas porak peranda kan rumah Wankak, lepas Maghrib kami pun gerak pulang. Sampai Kuale dah dekat 10pm, berhenti lagi makan sebab adik aku lapar. Badan kecik tapi memanjang lapar 🙄

Nak pergi makan dekat Pjoi tapi tutup, so pergi makan dekat Mat Rezeki. Tak menepati selera kami, so tak pergi dah kot situ. Sekarang ni kedai makan punya banyak, lagi banyak dari cendawan yang tumbuh selepas hujan. So, kalau nak berniaga pastikan kualiti tu padu kalau nak bertahan lama. Harga ketuk macam makan Menate tapi rasa mehh.

Sekian, bebelan. 

2 comments:

  1. Mee mastan ghani laaa 😂😂. Betul la kan, mee dia memang rasa yasher² je. Tak kene dengan selera.
    Jom beraya kat CH next week. Hihihi
    Kitorang nak pi glamping kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ye! Hahaha.

      kita baru balik dari CH ni. jemm terukk. silap pergi cuti sekolah.
      wow bestnya! nanti hupdate okengg!

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!