”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/18/2023

Pe'el Suami

Hari ni hari jadi Suami. Selamat Hari Jadi Abang! *wish seterusnya sila baca di telegram haha*. Terima kasih Mama sebab besarkan Suami Nadia dengan jayanya tanpa spoil walaupun dia anak tunggal. Haha.

Sempena birthday dia ni, aku nak cerita sikit pe'el Suami aku ni buat pedoman masa depan. Mana tau nanti time marah kalau baca post ni boleh reda, mana tau kalau ada anak nanti aku tak sempat nak cerita pasal Suami dekat dia, dia boleh la baca sendiri dekat sini *kalau dia jumpa blog ni la haha

Aku dah bernikah dengan Suami hampir 4 tahun dan kenal dia 3 tahun sebelum kahwin. *tetiba blur nak tulis apa* haha. He's my very best friend la senang cerita.

Alhamdulillah perangai dia boleh dikatakan sama dari sebelum kahwin sampai la lepas kahwin. Ada le perubahan sikit tapi understandable sebab dah kahwin kan? Haha.

Buat suprise

Dia jarang buat suprise tapi sekali sekala dia buat suprise, objek suprise tu adalah dia haha. Sebelum kahwin, seingat aku ada la beberapa kali dia suprise aku. 1 time birthday, tetiba dia ada depan office. Time tu aku keje KL, dia keje Perak haha. Perjalanan dia lagi lama dari masa dia spend dengan aku kat sana haha. Gigih. Then ada sekali tu bergaduh, time tu aku ada kelas, balik kelas dia ada depan hostel haha. 

Lepas kahwin memula kami PJJ. Ada la beberapa kali dia suprise aku tetiba ada dalam rumah. Gila! Nasib aku tak jerit. Dia nyorok dekat bilik lagi 1 yang aku jarang guna. Aku bukak pintu bilik nak ke dapur tetiba dia terpacak depan pintu bilik. Tanjattt gegirl haha. Berapa lama dia diri depan pintu bilik pun aku tak tau haha.

Bila dah duduk dekat dah kurang la elemen suprise tu tapi dia buat cara lain. Dia suka menyorok dalam rumah. Aku keluar bilik air je dia takde. Kadang2 jenuh cari, kadang2 aku nampak tapi buat2 tak nampak, layannn haha.

Lagi satu dia suka masuk rumah senyap2. Kadang2 aku dekat atas tengok movie memang tak sedar pintu bukak kat bawah. Yang paling gigih sanggup dia mengengsot dari tangga nak masuk bilik, menyusup tepi katil semata-mata nak terperanjatkan aku haha. Gila ini owang. Mana aku tak jerit weh tetiba ada orang raba kaki dari bawah katil. Hansap betul.

Ada masa aku bangun kencing sebelum Subuh dalam keadaan mamai tetiba bukak pintu toilet dia ada depan pintu dengan kain pelekat atas kepala. Tak ke gila? Dalam gelap dah rupa pocong haha.

Manja

Dia manja la orangnya walaupun kalau tengok kat luar muka dan badan macam bonzer club hahaha. Kadang2 lepas solat sementara nak tunggu next waktu (nampak sangat solat lambat huhu, tapi kadang2 je la), dia akan baring atas riba atau perut aku dengan berhati-hati supaya tak batal wudu'. Kadang2 dah habis solat pun kami lepak macam tu atas sejadah sampai la kaki aku kena semut2 haha.

Kadang2 lepas solat aku pijak dua kaki dia then dia bawak aku pusing dalam bilik dengan kaki aku atas kaki dia hahaha. 

Kuat bebel

Yang penting dia lagi 'perempuan' dari aku haha. Dia kuat bebel, bernanah telinga dengar dia bebel and aku pulak jarang gila bebel haha. Apa yang aku tak berkenan dia buat (housechores), aku betulkan je tanpa perlu bebel.

Dia pulak bebel bukan bab kekemasan tapi bab keselamatan dengan jaga barang. Aku clumsy sikit so selalu la kena bebel ye tuan puan. Nak taknak dengar je la. Kadang2 aku pergi peluk, ingat boleh diam, tak yeee, teruslah dia membebel sampai dia puas haha. 

Sekufu

Dia pandai haha. Maksud aku dengan dia aku boleh borak semua benda, boleh tanya apa pun pendapat and kata-kata dia adalah 'sekufu' dengan pemikiran aku. Ada la masa kitorang argue jugak tapi dalam suasana yang sihat.

Dia banyak bercakap dari aku. Terbalik kan? Selalu isteri banyak cakap. Aku memang jenis banyak diam dari berbicara, I was born to be a listener. Gituh haha 

But being a man, ada ego dorang, ada masa aku rasa dia je nak betul, dia je nak menang. Time ni aku akan counter argue dengan point aku tapi aku tau bila masa aku perlu diam untuk meraikan perbezaan pendapat. Kadang2 the reason dia buat sesuatu tu betul tapi cara dia aku tak berapa setuju tapi aku biarkan sebab itu cara dia. Aku tak boleh nak ubah orang yang pernah di groom sebagai tentera haha.

Penyabar

Dia penyabar. Ada je masa kami gaduh tapi dia tak pernah tinggi suara on purpose atau naik tangan. Kami dua-dua tak suka suasana gaduh tu dan akan try our best untuk selesaikan dengan cara paling 'dewasa'. Aku pun bukan jenis suka tinggi2 suara ni sebab kalau orang tinggi suara kat aku, aku boleh tinggikan suara 2x ganda. Aku punya amplifier gred A++ kot haha.

Tolerate

Aku rasa dia sebagai Suami bijak control keadaan. Aku tau ada je masa aku annoying tapi dia layankan je. Dia tak pernah la tak layan request aku. Kalau dia reject pun with justification. Ada je masa aku rasa aku tak hormat dia sebagai Suami, buat dia kecik hati sebab kadang2 rasa macam gaduh dengan kawan haha ada je masa aku melawan dia tapi apa yang aku nampak dia tolerate bab tu. Dalam hati Tuhan je la yang tau kan? Hope dia maafkan lah aku haha. Kadang2 aku mintak maaf kadang2 dah lama baru aku rasa aku patut mintak maaf tapi dah segan nak mintak maaf aku pergi je la pelok ciom haha. 

Tak banyak songeh

Dia jarang la demand apa2 dari aku. Tak pernah request nak dilayan macam raja. Elok jugak kahwin dengan ex tentera ni sebab berdikari and pengemas haha. Mungkin dia faham aku pun kerja macam dia so apa2 buat sama2. Aku masak dia kemas meja lepas makan. Dia basuh kain sidai kain, aku lipat dan gosok. Aku vacuum atas, dia mop bawah rumah. Gitulah lebih kurang. Kalau malas/ penat, dua2 la bermalasan tanpa sebarang bebelan. Layan je keadaan tu. Haha. Kerja2 laki memang semua dia buat; bertukang etc. And rutin wajib dia adalah buang sampah! Hahaha.

Kelakar

Dia kelakar dari segi perbuatan la selalunya. Rezeki dia jugak dapat isteri mudah terhibur haha. Sense of humour is indeed an essential element in marriage life haha. 

Dia selalu tanya kenapa aku sayang dia. Dan aku rasa inilah jawapannya walaupun bukan jawapan penuh. Without fail dia akan cakap dia sayang aku, hari2, cakap dia rindu. Yang ni memang tak ubah dari sebelum kahwin lagi perangai dia macam ni.

Dia bukan takde kekurangan, ada, mustahil takde, after all we're all humans kan? Tapi tak boleh la nak cerita sebab aib hahahah. Takdelah, actually aku tak reti nak describe kekurangan dia as I have my own too. Kelebihan dia yang aku adore dah mengaburi kelemahan dia I guess, pejamkan mata orang cakap. I can tolerate well with that for now as he tolerates mine. 

Alhamdulillah, TQ Allah untuk rezeki hidup berdua yang tenang, bahagia dan harmoni. 

2 comments:

  1. Happy belated birthday Didi (aka suami Nadia). Semoga tidak lelah melayani perangai isteri kamu. Hehehehe. Moga kamu sentiasa dilindungi Allah sentiasa supaya boleh melindungi isterimu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen for the beautiful doa. *sebab nampak doa tu lebih untuk saya haha. thank you :)

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!