Bila diingatkan balik, aku rasa aku pakai braces September tahun lepas. Setiap bulan aku religously pergi appoinment and memang dah 2x pergi sebelum ni pergi doktor cakap gigi aku dah ok.
Jumaat lepas aku pergi appointment yang aku tak sangka akan jadi appoinment terakhir aku. Bila doktor cakap dah boleh cabut braces hari tu, tetiba aku sedih ibarat nak berpisah dengan besfwen hahaha kau dah kenapa?
Yela, dia dah attach dengan kita so bila nak berpisah tu ada la sikit attachment issue haha poyo. Aku rasa aku orang paling kejap pakai braces, tak sampai setahun wehh. Ramai terkejut. Eh dah bukak? Ye dah. Sekali doktor tu scam aku kan? Haha.
Didi pun sedih aku dah tak pakai braces, sebab dia cakap aku pakai braces comel, macam arnab 😒
Hasilnya? Gigi aku yang senget tu dah straight tapi overall aku macam tak berapa puas hati lagi dengan hasilnya huahuahua. So kalau ada duit lebih nanti aku nak pergi dapatkan 2nd opinion dari dentist lain. Mesti Didi marah baca ni haha.
Time hari Jumaat tu dorang terus ambil acuan untuk buat retainer. Sekali hari Sabtu dorang suruh datang balik sebab acuan yang dorang ambil hari Jumaat tu tak boleh guna. Dah la time tu aku kat rumah Mak. Gigihlah aku drive sejam pergi balik semata-mata nak ambil acuan gigi yang side bawah je.
Then hari Ahad dorang call suruh datang ambil retainer, memang tak la hari2 nak berulang. Aku cakap aku nak ambil hari ni tapi klinik pulak tutup, so aku ambil esok. Semalam semua gigi aku rasa lenguh haha. Takkan dah gerak kot? Biasaaaa dia tu, tak reti duduk diam.
Rupanya tanggal braces lagi menyeksakan. Ngilu amat time dia cuci gam2 tu. Aku biar rasa sakit lagi dari rasa ngilu. Benci betul rasa ngilu tu, rasa nak tendang doktor tu haha.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!