”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/22/2023

Asasi Undang-Undang UiTM Shah Alam 2008/2009

Lately asyik terkenang kenangan-kenangan lama je, nak mati dah agaknya haha. Tetiba teringat kehidupan masa asasi. 1st hidup jauh sikit dari family dan hidup di bandar. Aku masuk Asasi Law lepas SPM. Tak terfikir langsung nak ambil law, tapi dah itu suratannya.

Daftar dekat Kolej Mawar, Kolej paling dekat nak pergi lepak mamak dekat Seksyen 7. Tahun 2008 time tu, seksyen 7 Shah Alam masih sendu, tak macam sekarang. Dulu pepetang kekadang jalan kaki pergi makan nasi lemak dekat mamak Restoran Barra. Sedap betul sambal nasi lemak dia dengan ayam goreng rangup.

Time tu pakcik aku (adik bongsu Ayah) pun duduk menyewa dekat sek7 tu. Dia la talian hayat aku, nak suruh beli itu ini. Aku selalu pergi jumpa dia, lepak sembang dengan dia dekat pintu belakang kolej Mawar tu. Pakcik aku tu good looking jugak masa tu, belum kahwin la katakan, perut pun flat lagi (sekarang jangan tanya) ahahha. So akan ada senior2 yang pandang serong dekat aku, mesti dalam hati dorang cakap 'culture shock la budak kampung ni, baru masuk uni dah ada balak' hahah. Lagi dorang jaw drop bila aku salam cium tangan pakcik aku haha.

Setahun dekat sana, macam2 ragam. Hidup dengan duit biasiswa yang tak seberapa. Dulu bayar bas rapid RM1 boleh pusing sampai PKNS and boleh guna tiket tu seharian. Kekadang pergi McD Sek2 and kadang2 pergi mall belakang PKNS beli kek secret recipe. Apa ntah nama mall tu, lupa dah aku.

Memula aku baik dengan sorang ni then dia ditch aku sebab ada boyfriend hahahahanet. Then aku baik dengan 1 geng ni, ada laki dan perempuan. Ke mana2 la bersama-sama. Time tu aku ada boyfriend tapi boyfriend aku tengah laut so ibarat takde la kan? Hahahha. So memang meliar la kami berempat kadang2 berlima. Sewa kereta overnight sampai esok pagi sebab kalau boyfriend aku reachable mesti dia tak bagi aku berjimba semalaman gitu. Aku kan acah2 girlfriend solehah time tu kahkahkah geliiii.

Dulu 1 bilik 4 orang. Aku baik dengan sorang ni tapi agak sosial perangai dia, membesar dekat UK uolss tapi dia baik. Dia ada boyfriend yang hardcore, yang jenis kawal dia kaw2 punya. Boyfriend dia tua dari kitorang and duduk jauh dari Shah Alam. Yang banganggnya, dia bagi no aku kat boyfriend dia. So bila bf dia tak dapat reach dia sebab gaduh and dia off phone, tak ke aku yang dia cari? Aku ni dah tengah aman sebab ada boyfriend tapi takde line, tup2 terpaksa serabut nak layan boyfriend orang lain pulakkk!

Ada sekali tu boyfriend dia ajak aku jumpa sebab nak bagi something nak pujuk gf dia. Ajak jumpa dekat area PKNS tu tak silap. Aku malas gila tapi jenis dia yang suka memaksa. Aku pun pergi la, nasib tambang bas RM1. Aku tak kenal dia, dulu bukan zaman whatsapp ada DP bagai, aku pun random je pergi. Malu siot nak pergi dekat dia, dia punya dress up macam nak pergi konsert Metalicca. Hansap betul dah la bawak bunga dengan teddy bear. Pakaian tak mencerminkan perwatakan sungguh. Halahh halahhh.

Mesti orang ingat aku gf dia, aku ni punya la pakai tudung walaupun tak sempurna tapi sopan tu ada hahaha. Aku pun ambil then nak bla, tapi dia ajak aku pergi makan dulu dia nak belanja sebab tolong. Eh memang tak laa baiii, aku mintak duit je aku makan sendiri haha. Dia bagi RM20. Jeee? Jadila lepas makan nasi lemak jati haha.

Balik tu roomate aku excited la tetiba atas katil ada bunga dengan bear. Lompat macam hapee. Terus berbaik. Haihhh sinetron betul. Dia tak tau ke betapa malunya aku bawak binatang tu demi menjaga kelansungan jodoh dorang. Last tak kahwin pun hahahahha.

Tapi paling best dekat sana adalah nasi lemak jati. Nasi lemak jual atas lori pick up parking tepi kolej Jati. Sedap gilaa oii. Aku tak tau ada lagi ke tak. Kaya sikit order nasi lemak sotong, tak kaya sangat nasi lemak telur mata. Tak ingat rasa dia tapi sedap. Makan ramai2 dekat dataran.

Ada sekali tu aku takde cash and malas gila nak pergi ATM. Time tu bf aku dekat port and ada line so saja gedik cakap lapar tapi takde duit. Then dia cakap 'ambil wallet, bukak kalendar'. Dulu aku ada kalendar lipat dalam wallet. Rupanya dia ada selit note RM50 ke RM100 kat situ sebab dia tau perangai aku macam mana haha entah sejak purba bila dia selit ntah. Aku apa lagi zazzz terus ajak kawan aku pergi beli nasi lemak jati, aku belanja guna duit orang lain hahah. Panjangkan sedekah kekdahnya. 

Bab belajar aku tak ingat sangatt hahaha dasarrr! Bab meronggeng aku ingat. Tapi aku ingat fakulti aku time tu atas bukit, bercinta kadang2 jalan kaki dari kolej nak ke fakulti. Ada duit lebih sikit naik la bus tapi mesti melencong ke PKNS sebab dah alang2 bayar RM1 kan haha.

Geng aku pernah pergi McD Sek2, kami berlima order 'Kak kami nak semua order semua menu, ala carte'. Terkejut akak tu, 2x dia tanya betul ke? Tak mahal pun, total tak sampai RM200 kot masa tu.  Segala jenis burger ada, aiskrim lagi, nugget, air hahahaha gilaaa! Haaa makan sampai muntahh haha.

Kami pernah pergi Putrajaya time malam nak sambut birthday ala2 picnic atas padang gitu then kena halau dengan JAKIM oi haha Time tu baru tau dekat area bangunan2 kerajaan tu tak boleh buat apa2 event. Aku tak tau kenapa JAKIM, bukan Dewan Bandaran ke apa haha. Kalau berdua faham la aku kenapa JAKIM nak serbu, ni 1 lori kot datang haha.

Dulu kan macam bodoh2 sikit, dalam geng tu aku baik dengan sorang budak laki ni, aku memang anggap dia kawan je sebab bagi aku laki ke perempuan ke sama je. Dia ada girlfriend, aku ada boyfriend. Tapi kami memang rapat la. Kalau sewa kereta and overnight tepi jalan, dia suruh aku duduk sebelah dia sebab aku je boleh teman dia sembang, yang lain berdengkur sampai Subuh dekat seat belakang. Nak beli apa2 pun dia ajak aku teman untuk pilihkan. Aku anggap benda tu biasa macam aku buat dengan kawan2 perempuan aku.

Sekali girlfriend dia hangin dengan aku. Haha. Logiknya memang harus la hangin kan tapi aku pelik la sebab aku tak feeling pun dekat mamat tu and aku selalu rasa aku laki hahaha. Then mamat tu bawak awek dia lepak dengan geng kami. Lepas awek dia kenal aku, lepas dia tengok perangai tak senonoh aku dia terus baik dengan aku wehh. Hahaha. Kadang2 dia lagi banyak berkepit dengan aku dari berkepit dengan boyfriend dia haha.

Walaupun nakal sikit2 time tu, Alhamdulillah pointer lepas sambung Degree dalam Law jugak. Lepas tu kami masing2 bertebaran ke universiti lain2, berpisah la kami. Ada beberapa orang yang aku masih rapat, ada yang still keep in touch tapi ada yang dah lost contact teruss. 

Begitulah kehidupan ye, masing2 ada jalan masing2. Bertemu dan berpisah adat manusia biasa *nyanyi sikit* haha. It was 14 years ago, waktu berat badan aku 45kg, keding je. Sekarang jangan tanya! Haha. Sekarang Asasi Law dah bukan dekat Shah Alam tapi dekat Dengkil, elok pun, takde la duduk dekat Shah Alam yang jem macam haram tu haha.

12 comments:

  1. Semuanya dah jadi sejarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. Sejarah yang boleh mengukirkan senyuman :)

      Delete
  2. Shah Ale banyak je tempat piknik... apa jauh nau sampai ke putrajaya...?

    Font apa ni? Cantik la nombor '7' dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja mengade Uncle, alang2 dah sewa kereta kan hehe.

      Font: Molengo

      Delete
  3. Nasi Lemak Jati tu pun fav akak masa belajar dulu, memang sedapppp n terpenting orang tu bagi banyakk hahaha......Last makan 2003 ke 2004 tak ingat dah...Last haritu lalu situ Kolej Jati dah takde (dah kena runtuh) huhu..Kalau terciter pasal UitM Shah Alam memang macam-macam citer keluar balik..seronokkk.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kannn. dia dah pindah kot.

      kenangan time belajar dengan kawan2 memang best kan, kalau recall balik memang tak kering gusi haha

      Delete
  4. Hehehehe..Uitm di hatiku...sis dulu duduk anggerik..first batch...zaman uolls takde dah kut Ki (Kenanga Inn) kat kolej kenanga. Situ nasi goreng ayam sedap gila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenanga Inn tu dah tinggal kenangan kot time kami hehe. Wow 1st batch, pioneer. mesti banyak kisah ni. share la hehe

      Delete
  5. Replies
    1. r r r. cerita dah basii. awwa lagi suwittt haha

      Delete
  6. wah menarik juga cerita nostalgia begini...memang lucu kalau dikenang kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan. Alhamdulillah diberi peluang untuk cipta kenangan2 yang indah untuk dikenang

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!