”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

9/01/2023

Perkspektif / Sudut pandang

The way we see things, can change everything. 

Korang tau tak kisah seorang perempuan nama Mashi? Aku tau cerita dia melalui tiktok. Mashi ni seorang wanita yang Allah uji dengan diambil balik penglihatan dia masa dia eksiden dengan teammates dia. Sorang teammate dia meninggal dalam eksiden tu. Innalillah.

Aku adore betul dengan Mashi tu, positive gila. Aku tak rasa aku mampu sepositif dia kalau aku diuji macam tu. Plus dia ada support system yang awesome gila iaitu husband dia. Husband dia very caring and supportive. Senang cerita pasangan tu memang imperfectly perfect and complete each other. Dorang takde anak lagi bytheway dan mereka bahagia dengan cara mereka, berdua.

Ada video dia buat aku tersentak, ada video dia buat aku rasa hinanya diri ini, ada video dia buat aku sebak. She's a message from God to us. Dari ujian dia, cara dia take that ujian memang something to ponder.

Hari tu aku tertengok satu video dia. Point dia lebih kurang macam ni la, kita ni kena ubah cara kita melihat sesuatu dan sentiasa cari point untuk bersyukur dengan segala nikmat yang kita dah terima, bukan meroyan untuk benda yang kita belum terima.

Dia cakap dia bersyukur Allah ambil nikmat penglihatan dia je, Allah tak ambil kaki dia ke, tangan dia ke, nyawa dia ke and paling penting Allah tak ambil suami dia, tu yang paling dia syukuri. Sebab selalunya kalau dia pergi outstation memang berdua dengan suami tapi hari tu suami dia ada kerja lain so suami dia tak ikut. Entah2 kalau suami dia ikut, suami dia meninggal sama dengan teammate dia tu. 

Dia tak pernah putus harapan yang 1 hari Allah akan pulangkan penglihatan dia sebab dia cakap dia rindu sangat nak tengok muka suami dia 😢. Bila benda tu sentiasa ada depan mata, kita selalu lupa untuk hargai, tapi bila dah takde kita terkapai-kapai mencari. Terus rasa nak videocall Didi time-time tu jugak haha. 

Kau ingat senang ke nak jadi manusia seredha itu? Hatinya sebaik itu? Benda tu memang perlukan latihan hati. Mashi ni memang happy-go-lucky orangnya and maybe sifat semulajadi dia macam tu. Ada orang memang kena latih hati untuk 'bersihkan hati'.

Ada orang kau cakap la macam mana pun, dia tetap  hanya nampak sudut negative sesuatu perkara. Kau ubah la 90° ke 180° ke arah selatan ke utara ke barat daya ke, tetap lah yang negative dia nampak. Apa yang kau dapat pun kau pong pang pong pang sana sini, melalak tak tentu pasal? Apa kau rugi pun kalau kau turunkan sikit ego kau? World is not revolving around you only my dear. Lagi worst bila perkspektif negatif dia tu dia pergi sebar ke orang lain, dah jatuh fitnah, dah memecahbelahkan silaturahim. Orang macam ni elok hatinya kita rendam dalam clorox haha.

Kembali kepada perkspektif. Kita yang kena usaha cari sudut terbaik untuk sentiasa bersyukur di atas setiap nikmat dan ujian. Life is a momentary of thing, hidup ni sementara. Ada masa kau kena rendahkan ego, ada masa kau kena memaaafkan dan minta maaf even bukan untuk salah kau. Jangan rasa semua orang salah. Tak habis2 la nak rasa diri kau je betul, kau je yang dianiaya, disakiti. Ye ye, kau la betul,  kau la juara, nah amek trofi pergi main jauh2. 

Telengkan la kepala, julingkan la mata, jalan la menyenget pun kalau itu yang boleh buat kau nampak sudut pandang yang lebih jelas dan positif. Buka minda, jangan telengkupkan akal yang Allah bagi, jangan jumudkan fikiran. Berlapanglah dada dengan setiap ujian. Try hard and harder.

Nobody is perfect, so am I, so do you. Kadang2 aku yang rasa 2nd hand embarrassment dengan perangai sesetengah manusia. Yang lagi kesian, kesombongan dan keegoaan diri akhirnya yang memakan diri sendiri. 

Aku pun ada masa aku down, aku diuji, ada masa aku asked God 'Why me?', ada masa aku rasa annoyed gila dengan certain people, ada rasa aku rasa aku ni teruk sebagai manusia, tapi aku tak suka rasa-rasa tu merajai hati aku. Sesak dada aku. Aku nak hidup yang tenang je. 

Cara aku nak make it sooth? Aku ajar hati, aku istighfar, aku baca buku, aku dengar talk/ ceramah. When our mind and heart have been clouded by the probs/ issues, it's harder for us to see the real situation. So untuk aku, sumber2 macam buku, video motivasi can help me go through it, help me to get the clearer picture, help me to decide what should I do next. Sometimes sharing with my husband and friends that have same frequency as mine also help a lot.

Bila kau dah buat semua tu or any other methods that you think will work for you and it still didn't work, nasihat aku pergilah jumpa psychiatrist haha. If we cant help ourselves, lets the professionals do especially bila dah kau dah mula menunjukkan nasty behaviours. 

Sama-sama la kita usaha untuk jadi yang lebih baik, dari semalam, dari kelmarin, dan dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Our willingness, our struggles to be better, to be kinder will be rewarded by Allah. InshaAllah

10 comments:

  1. pernah tengok video dia masa dia mula2 reveal keadaan dia lepas xcident. sangat positif, memang adore cara dia terima keadaan dan redha dengan ketentuan-Nya, cuma ada ustaz komen tentang cara mashi guna ayat seolah-olah Allah SWT itu rakan baik yang sedang bergurau dengannya dengan memberikannya ujian. mungkin ada ayat yg tak sesuai dipakai. Wallahualam. Tapi yang penting Mashi seorang yang sangat tabah. Salute dengan ketabahan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul, ada teguran yang berkenaan malaikat ke apa kan. Mana yang baik kita ambil, mana yang tak sesuai kita jadikan iktibar kan. Tak semua orang boleh jadi sekuat dia.

      Delete
  2. I love this post. Setuju, latihan hati tu penting. Perspektif kita tentang cara macam mana kita nak terima hidup kita ni juga penting. Bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini, because i think dengan perasaan bersyukur dan menghargai apa yang kita ada akan buat hati lebih tenang dan redha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Memang selalu doa untuk buat hati ni rasa culup dan bahagia dengan setiap takdir yang Allah dah tentukan untuk kita :) Latihan hati kene berterusan, tak boleh buat dan tinggal. Semoga yang baik2 saje untuk kita semua :D Ameen

      Delete
  3. Bukan senang nak positif kan
    Kadang2 negatif juga menguasai, tapi kita boleh control untuk kebaikan diri juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sebab tu pentingnya latih diri untuk cari perkpektif yang positif. Ada masa akan berjaya, ada masa akan gagal tapi yang penting jangan pernah putus asa. Kalau penat, berehat kejap.

      Delete
  4. Betul..tengok dia memang positif sungguh dengan dugaan yang jadi atas diri dia. Macam tak de sedih dalam hidup dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann. Harap kita boleh jadi sepositif and seceria dia bila diuji.

      Delete
  5. Baca ini pun, saya dah malu hati juga, kalo ingat suka mengeluh dan lainnya 😔. Nanti nak lihat video mashi ini. Sejuuuk hati baca kisah dia.

    Setuju semua dengan apa yang Kaka tulis. Saat diuji Allah, janganlah kita mengeluh atau hanya melihat negative nya. Dari dulu Allah dah bilang, dia tak akan menguji hambanya di luar dari kekuatan kita. Kalau dia uji seperti itu, maknanya kita kuat lagi. Dia hanya nak lihat cara kita menerima ujian. Masih tetap tawakkal kepada Allah kah, atau dah berpaling cari ujud kekuatan lain .

    Harap saya bisa juga jadi orang yang sangat positif dalam melihat segala sesuatu. Memang ini butuh latihan kak. Harus banyaklah berzikir dan mengingat Allah supaya ttp sejuk hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul, perlukan latihan untuk latih hati supaya sentiasa lihat dari sudut yang baik saja. Kemudian kena mohon juga pada Allah supaya diberi kekuatan dan keredhaan saat ditimpa ujian.

      Kita manusia biasa, ada masa kita terpesong dari jalan yang Allah nak kita ikut tapi tak mengapa asalkan kita lekas sedar dan terus kembali ke jalanNya. Hidup ni sementara dan pasti diuji. Melalui ujian la boleh dibaca tahap keimanan kita.

      Semoga kita sama2 menjadi manusia yang lebih baik dari hari ke hari. Ameen.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!