”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/16/2023

Draco Nature Camp, Chenderiang 3H2M

13 Okt 2023

Hari ni kami dua2 cuti. Bangun pagi siapkan barang-barang untuk berkhemah. Pukul 11 lebih keluar beli kelengkapan yang tak cukup and terus brunch. Then teman Didi solat Jumaat. Settle kitorang balik rumah untuk gerak ke campsite.

Dari rumah ke campsite dekat je, dalam sejam. Sebelum sampai campsite sempat la Didi singgah office dia settle kan hal kerja sikit. 😒

Do deh do deh, dekat pukul 5pm baru sampai campsite oii haha, hari dah mendung time tu. Minggu lepas Ipoh hujan lebat setiap petang membawa ke pagi esoknya, so memang berdoa weekend ni Allah izinkan kami enjoy tanpa sempadan hehe. 

Sampai-sampai je terus pacak khemah, takut hujan lebat. But Alhamdulillah, hujan renyai je and kejap sangat.

Dah settle semua prepare untuk dinner pulak. Malam tu menu kami adalah pasta dan steamboat. Sedappp! Hirup tomyum time sejuk2. Hari sampai tu tak mandi pun sungai sebab dah lewat petang and air pun dah laju.

Dalam 11 pm lebih masuk khemah untuk tidur lepas dah puas sembang dan main jenga. Didi tak berapa sihat, panas badan dia. Aku pulak bijak just letak minyak dekat dada dia sebab batuk tapi tak bagi makan ubat padahal ada je ubatnya haha.


14 Okt 2023

Gemoninggg! Best betul perasaan celik je mata nampak pokok-pokon hutan ditemani bunyi deruan sungai dan suara unggas. Dengan cuaca dingin hutannya! Nikmat, Alhamdulillah. Walaupun tidur atas tilam pam nipis je, tetap lena. Kami tidur dalam khemah memang akan bukak semua tingkap dan pintu khemah untuk bagi pengudaraan alami, redho je kalau terjaga pagi-pagi buta ternampak benda-benda yang tak diundang 😅

Pagi tu breakfast nasi lemak. Dah kenyang apa lagi terus terjun sungai la ceritanya. Best betul sungai dia, air jernih dan sejukk. Tak dalam sangat, paras pinggang gitu je. Memang enjoy. Dah berapa camp site kami pergi, ni yang terbaik so far.



Didi sempat memancing, dapat 2 ekor ikan tengas.

Tengah hari tu just masak nasi and lauk pergi beli dekat luar hahaha. Jauh jugak nak ke pekan tapi sebab dah alang-alang ada barang nak beli so kita sekali kan je. Siap beli serbuk kunyit nak goreng ikan tengas. 😋

Dah kenyang makan, kami pun berehat dalam hammock.

Didi dekat atas. Ni kalau dia jatuh dari qailulah boleh jadi innalillah ni haha

Petang makan cekodok pisang dengan lokching. Aku rasa bila berkhemah makan lagi banyak dari duduk dekat bandar haha. Memang kenyang sungguh petang tu haha.

Dah Maghrib baru kami prepare untuk dinner. Macam biasaa, menu wajib bila camping, kambing bakar Pak Mat Western. Kitorang skip nasi malam tu sebab dah kenyang sangat so ratah lamb chop je. Kambing bakar Pak Mat western ni memang sedap cuma sikit manis bagi aku. Harga reasonable la kot.


Dah kenyang, dah main jenga kami pun masuk tidur. Malam ni masuk awal sikit, dalam pukul 10pm. Pukul 3am Didi kejut teman dia ke toilet. Takuittt la tuu haha.

15 Okt 2023

Muka tak mandi, pagi ni kami makan nasi goreng sardin dan ayam roasted Pak Mat Western and ayam goreng. 1st time beli ayam PMW, seasoning dia sama je aku rasa yang macam kambing punya. Nasi goreng mentah sikit tapi telan je la ek. Adat hidup takde rice cooker hehe.

Dah isi perut apa lagi berendam la dalam sungai sebelum nak siap-siap pack barang untuk balik. Time siapkan breakfast pun dah kemas apa yang patut. Sebelum balik kita kena mandi sepuas-puasnya, dekat 2 jam jugak berendam.

Dalam 11am lebih kami pun naik nak bersiap balik. Dekat pukul 1pm check out campsite. Tinggalkan campsite balik dengan macam mana keadaannya masa kami datang. Semua sampah kena kutip dan buang dekat tempat yang disediakan.

Maka tamatlah camping kali ni. Tak puas duduk sini 2 malam, best sangat. Sekarang dah rinduu. And Alhamdulillah, Allah Maha Baik memang tak hujan langsung time kami kat sana, ada la hujan renyai kejap dalam 5 minit, dia lalu je untuk membasahi bumi. 

Kami singgah lunch dekat Capati Corner Tapah. Sedap memang sedap tapi harga mahal gila. Kalau tak terdesak memang tak makan kot dekat situ.


Draco Nature Camp (5/5)

👍 Tempat amat bersih

👍 Toilet bersih dan lawa

👍 Ada plug points

👍 Parking dekat dengan campsite

👍 Berpagar

👍 Air Sungai Cincin bersih, jernih dan sejukk.

Barang yang kami nak topup/ upgrade untuk next camping

- Tilam yang lebih tebal sebab Didi dah tua, sakit badan tidur tilam nipis HAHA

- Bantal lagi 1

- Meja camping

- Set lengkap pinggan mangkuk

4 comments:

  1. You guys should timbang2 buat utube channel campung la. Guide to camping. Amacam?

    Ok, posting kali ini di taja oleh pak mat western...kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha yang buat dekat TT pun bercinta nak edit Uncle.

      haha bestnya kalau ditaja.

      Delete
  2. Camping ini dah lamaaa sangat masuk bucketlist saya, tapi tak jadi2 🤣🤣🤣. Padahal di sini pun ada beberapa campsite yg bagus kak. Sungai bersih, toilet bersih, tapi tuh laah, suami masih ragu, sanggub tak tidur di tenda 😂. Padahal nak juga ajak anak2 supaya mereka tahu rasanya tidur di alam bebas kan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kena pujuk suami sampai dia mahu. Aku percaya once dah merasa, nanti ketagih pula :D

      Betul, anak2 perlu di expose ke alam bebas supaya hidup dan akalnya makin sihat dan cerdas :D

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!