”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/09/2023

Kembara Pantai Timur - Kelantan & Terengganu

Khamis, 28 September yang lalu kami segerombolan keluarga (4 bijik kereta) telah memulakan perjalanan seawal 7.30 pagi menuju ke Terengganu Darul Iman. Kami lalu Gerik-Jeli. Aku ajak lalu lojing Cameron Highland yang akan menjimatkan masa 2 jam tapi dorang taknak, sejenis takut nak mencuba benda baru 😏


Hari Pertama

CP 1 - Hentian Perah, Gerik

Berhenti makan pagi dengan berbekalkan nasi lemak yang siap2 beli dari kawan adik aku. Dah kenyang kami meneruskan perjalanan melalui Tasik Banding dan Banjaran Titiwangsa. Orang ramai sebab ada cuti kapit kan. 28hb tu cuti Maulidur Rasul.

CP 2 - Banjaran Titiwangsa 

Berhenti kejap je sebab cousin aku nak ke toilet, tak turun pun sebab sesak takde parking.

CP 3 - Petronas, Bukit Bunga

Berhenti sebab ada rombongan yang dah terpisah dari barisan and sempat beli keropok lekor sebagai bekalan


Meneruskan Perjalanan

CP 3 - Pantai Penarek

Berhenti lunch di sini.

RM77. Tak berbaloi. Sedap lagi Pok Nong dan lebih murah. Tapi makan je la dah itu rezekinya. 

Dah kenyang kami meneruskan perjalanan untuk check-in


Penginapan di Terengganu - Inap Nekmi Kuala Terengganu

Kami sewa 2 malam di sini. Sewa 2 biji chalet yang ada 2 bilik/ 1 bilik air dan 3 biji bilik biasa. Purata harga 1 bilik dalam RM150 semalam. Ada kolam renang kecil disediakan untuk kanak-kanak dan disediakan coway. Ample parking lots. Dekat nak ke semua lokasi tumpuan pelancong (less than 10km)

The downside is, dalam bilik terlalu basic. Ada katil dan penyangkut baju je. Apa salah sediakan satu side table dan cermin untuk siap? And 1 bilik air untuk kongsi dengan penghuni 2 bilik adalah tak praktikal. Bila berjalan, kita nak explore kawasan pelancongan bukan nak buang masa tunggu turn untuk mandi.

Tapi budak2 suka la sebab ada kolam. Overall aku bagi 3/5.

CP 4 - Restoran D'Suasane Kuala Ibai

Tolong jangan pergi kedai ni. Ambience memang lawa tapi servis teruk nak mati. Tunggu 2jam untuk makanan yang sejuk bedi dan tak sepadan rasanya dengan hype yang diberi. Dalam 2 jam tu memang pekerja yang nampak sorang dua je tu pun tak function.

Masing2 dah penat travel dan dah bebal so memang aku bagi 1/5 untuk kedai ni. 1 untuk kedai yang besar (tapi tak function) dan keadaan sekitar yang menarik.


Kemudian kami balik berehat untuk prepare hari kedua.

Hari Kedua

CP 1 - Nasi Dagang Kg Atas Tol

Tempat wajib aku dengan Didi pergi setiap kali ke KT. Kami keluar seawal 7.15 pagi untuk beratur. Kami sampai memang barisan dah panjang. Mak dan Adik aku beratur untuk bungkus sebab ada ahli rombongan yang malas nak bangun pepagi untuk beratur. 

Tapi bagi aku servis dia very sistematik. Beratur tak la lama sangat and dia tak bagi orang cop meja. Wakil je beratur and sampai turn order, bayar, dapat no meja, dapat resit. 

Dah dapat resit pergi beratur dekat kaunter makanan untuk ambil makanan, minuman dorang hantar ke meja. Sementara wakil beratur, ahli keluarga lain disediakan khemah khas beserta kerusi untuk menunggu. Siapa yang bungkus pun disediakan kerusi untuk menunggu, siapa yang beratur ada disediakan payung untuk kegunaan bila matahari dah naik nanti.

Harga pun murah, semua makanan sedap!

Tips taknak beratur panjang: datang 6.30 pagi.



Rating: 5/5. Cawangan lain aku tak pernah try.

CP 2 - Pasar Payang

Inilah tempat kegemaran mak mak haha. Personally kedai2 dia agak sempit tapi aku nampak ada bangunan baru dah dibina cuma tak diguna lagi. Mungkin dah guna nanti kurang la sempit tu. Dari segi corak kain bermotifkan batik memang sini lagi lawa dari Kelantan punya.

Aku beli sepasang kain ela untuk buat baju batik dipakai pada hari khamis dan 2 pasang english cotton. Didi beli satu baju kemeja batik.

Aku pun dah tak ingat dia pilih yang mana haha

Dah selesai kami jalan dekat Payang Riverwalk tu dan jalan2 kejap dekat pasar dia yang jual2 makanan. Tak beli apa pun sebab keropok semua beli dekat tempat lain.

Aku beli benda ni sebab nampak menarik walaupun kena jeling dengan Didi hahaha. 

Dah setel habiskan duit, kami pun balik ke homestay untuk berehat kejap sebelum berjimba balik.

CP 3 - Pantai Kuala Ibai

Lepas Asar kami lepak tepi Pantai Kuala Ibai. Dekat sini ada pasar jual makan and kami bersila menikmati hi-tea di atas pasir pantai sambil bebudak main layang-layang dan bola tampar.

CP4 - Pantai Batu Buruk

Cantik betul matahari nak terbenam time tu. Tengok depan2 mashaAllah.

Dah nak menjengah senja, dorang ajak ke Pantai Batu Buruk pulak. Sempat la bebudak main belon air dan keretapi keliling pantai. Malam tu kami makan yang simple2 je tepi pantai tu. Then terus balik homestay untuk rehat.

Hari Ketiga 

CP 1 - Restoran Nasi Kerabu Warisan Nusantara

Kedai ni betul2 depan homestay kami, kami ternampak pagi Jumaat tu ramai orang makan dekat situ. So sebelum menuju ke Kelantan pulak kami decide nak makan dekat situ je and decision kami tepat! Sedap Nasi Kerabu dia. Kedai depan dia jual Nasi Dagang tapi boleh makan dekat kedai dia and vice versa. Bagus betul. Didi order satay ayam, pun sedap!

Lapar 🀀


CP 2 - Kuala Besut

Mak ajak singgah sini nak beli keropok keping cap kupu-kupu yang dia cakap sedap. Memula pergi kilang dia terus tapi tutup. So dalam perjalanan nak dijadikan rezeki terjumpa barisan kedai jual keropok2 keping ni. Sempat la kami singgah 2-3 kedai

CP 3 - Pengkalan Kubor, Kelantan

Kami sampai sini dah dekat pukul 3 petang lepas melalui Pantai Tok Bali dan Kota Bharu. Bebudak la excited nak ke sini sebab nak beli chocolates. Kami beli sikit chocolates and kuali masak telur haha. Didi offer kuali yang lebih besar tapi tak tau kenapa aku tak ambil haha.

Lepas membeli aku dengan Didi just lepak minum kopi dekat salah satu warung dekat situ while Mak and Adik aku gigih beratur beli rojak buah pakcik yang viral tu. Dekat 2 jam beratur huhu. Sebelah kedai yang kami lepak tu ada jual ayam susu yang fillet tu, kami beli 5, memang sedap!


Comel kan? Hehe. Bab kuali kuali ni aku dengan Didi memang prefer lavastone punya jenis. 

Penginapan di Kelantan - Hotel H Elite, Wakaf Che Yeh

Selalu kami sewa di KB tapi kali ni saja tukar selera. Hotel baru ni, selesa, harga 1 malam lebih kurang RM175 tanpa breakfast. Bilik luas, katil sedap tapi bilik air biasa2 je. Ada swimming pool. Aku bagi 4/5 untuk hotel ni. Dekat sangat dengan Mydin dan bawah hotel ada coffee kegemaran aku; Coffee Bean dan Zus Coffee 😁

CP 4 - Restoran Warisan Nasi Kukus

Tempat favourite family aku tapi dulu dia bukak stall kecil je, sekarang dah besar dah kedai dia. Kami sampai dalam 8 malam lebih, banyak lauk dah habis tapi Alhamdulillah tetap puas hati dan kenyang. 


Besar gila udang ni, RM37 sekor.

Aku perasan kedai ni sambal dia masin, tak manis. Maybe dia nak sesuaikan dengan selera semua orang tapi tak reti nak balance kan haha. Kalau makan dengan nasi okay je. Aku bagi kedai ni 4/5. Tolak 1 sebab sambal masin haha.

Dah kenyang kami pun balik hotel untuk tidur after perjalanan yang panjang.

Last Day

Kami breakfast dekat kedai dalam hotel tu je, kedai roti canai owned by hotel tu. Bagus hotel tu sediakan kedai untuk yang taknak ambil pakej breakfast.

CP 1 - Keropok Cap Kapal

Kedai ni keropok-keropok dia and sos dia memang sedap. Keropok lekor dia tak gatal lidah. Actually, aku prefer keropok leko Terengganu lagi tapi malas beli dekat sana sebab jauh lagi perjalanan kami time tu.

CP 2 - Pasar Siti Khadijah

Singgah sini sebab Adik aku nak cari baju batik lagi. Aku pun round kejap, carikan ole2 sikit untuk Mama dan Abah. 

CP 3 - Perusahaan Serunding & Dodol Wan Sabariah

Berhenti kejap dekat sini. Tempat wajib kalau nak beli serunding.


CP 4 - Bukit Bunga

Berhenti kejap dekat sini untuk lunch dan beli sikit keropok lekor lagi. Kami makan dekat kedai berhadapan Petronas Bukit Bunga, not reccommended sebab tak sedap and pelayan dia sombong nak mampus. Lupa nama kedai.

Habis dekat sini maka dengan officilanya tamatlah percutian kami. On the way balik sempat singgah di Petronas Jeli dan Masjid Grik untuk solat.

Alhamdulillah sampai rumah Mak dalam 9.30 malam and sampai rumah kami 11 malam. Esoknya kami dua2 cuti rehatkan badan.

Sekian, terima kasih kerana membaca cerita yang dah basi haha. 

8 comments:

  1. La hai... kecik nau kuali tu... ni mesti plan untuk bawak camping tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha yee. Untuk camping bawak je apa barang masak yg dekat rumah, takde perkakas khas untuk camping lagi hehe

      Delete
  2. Asyiknyaaaa bisa road trip macam ni kak πŸ‘πŸ‘.

    Dan bicara keropok Lekor, saya sukaaaaaa sangat. Mungkin Krn waktu study di Penang, cobain keropok ini dan langsung sukaaa. Tapi asalnya dari Terengganu ya ternyata? Makanya saya dah cakap dengan suami, kalo ke Malaysia lagi, hrs ke Terengganu, saya nak puaskan makan Lekor di sana🀣🀣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib ke Terengganu dan nikmati keropok lekor di sana. Kemudian langsung island holiday ke Redang ya! Hehe

      Delete
  3. Sayang beberapa restorannya tak worth it ya kak. Padahal tadi lihat tempat, atau foto makanan kliatan sedap. Tapi memang kalau service lama, makanan tak panas pula, dah laaah cukup tahu. Jangan harap datang lagi 🀣

    Nasi dagang atas tol tuh seriiing saya baca review nya..jadi tertarik sangat nak coba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan datang kalau tak mahu menyesal haha. tapi mana tahu akan datang servis nya akan di improve.

      Nasi dagang atas tol wajib dicuba kalau ke sana! :D

      Delete
  4. Dah lama tak kesana..takde la pulak site kena inspect..kalau tak ok juga..jjcm..akak jjcm..budak2 ni buat kerja..hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe boleh kak reka kerja kat sana hahaa

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!