”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

3/18/2024

Ramadan 1445H

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Salam Ramadan Kareem kepada semua peminatku di seantero pelosok dunia hahaha. Pejam pejam celik, lagi 3 minggu je nak raya.

Azam tahun ni nak kurus haha. So dah seminggu berjaya tak pergi bazar, minum pun air kosong je, sahur minum air rendaman kurma dengan secubit garam. Alhamdulillah Jumaat lepas timbang turun 3kg huahua. Harap istiqomah la sampai tua. Haha

Seminggu ni makan yang sihat je (sihat la sangat)

Selasa (1 Ramadan) - Siakap steam lemon

Try kurma viral. Sekali cukup, kalori tinggi! Kitonyo tengah jaga makan hehe

Rabu (2 Ramadan) - Ikan Singgang

Ikan hancur sebab terendam lama dalam air asam jawa, lepas tu rebus pulak haha. Enoki goreng fav Didi tapi termasin. Didi cakap okay, lidah aku memang tak tahan masin

Khamis (3 Ramadan) - Sotong buttermilk

Bendi masak sos tiram cair and tabur garlic goreng atas tu perghh sedapp gila baqhangg! Didi pun suka.
 

Jumaat (4 Ramadan) - Ikan bakar

Ikan bakar guna paste Adabi, hmm tak kena selera, lepas ni kena buat paste sendiri jugak. Bawah brokoli tu ada bendi hihi

Malam tu Didi nak moreh. Seminggu sekali moreh tak gemuk kot kan? Haha. Dia teringin maggi udang. Apa lageyyy.

Memula buat stok udang

Guna stok buat kuah. Perghh terangkattttt! Alhamdulillah kenyang sampai esok haha

Alhamdulillah 4 hari masak tanpa fail. Sedap tak sedap belakang cerita haha tapi Didi hari2, sedapnyaa yangg, bangga kitaa walaupun tau dia tu semua sedap hahaha.

Sabtu (5 Ramadan)

Hari ni cadang nak berbuka rumah Mama tapi kami bermalasan dekat rumah sampai Zohor. Then baru bagitau Mama nak balik sekali Mama cakap dia nak berbuka dekat masjid hahaha padan muka, lambat lagi bagitau. 

Lepas Zohor kami ke Ipoh Parade dulu nak beli handphone Didi yang dah gila. Disebabkan aku malas nak fikir, aku cakap kat dia aku topup sikit duit nak beli handphone tu sebagai hadiah birthday dia Jun nanti (lambat gila lagiii haha), dia gumbiraa haha tapi memang sikit sangat la aku topup, 1/8 dari harga sebenar huahuahua.

Aku mana boleh Didi beli benda baru, aku pun nakkk! Hahah. So aku pun beli handphone yang sama sebijik sejebon dengan dia. Baru Swuetttt hahaha. Didi cakap, jam dia handphone semua ada contribution aku, so dia takkan jual la dia cakap haha. Didi ni sentimental sikit, aku tak haha. 

Tapi punya la lama nak setting handphone tu, dari Zohor nak ke Maghrib baru settle. Didi punya cepat sebab memory lama dia 64gb je, aku 128gb so lagi besar nak transfer. Tak pepasal beli baru, reason aku sebab aku nak handphone kecik huahuahua dasar suka habiskan duit.

Settle semua kami pun cari makan, berbuka dengan air mineral je. Pergi 2 restoran, dua2 buffet and full house, last sekali makan dekat Nifayyi je, tu pun dekat pukul 8pm baru makan.

Dekat pukul 930pm baru gerak balik rumah Mama. 

Ahad (6 Ramadan)

Hari ni request Mama masakkan ayam masak merah and Mama pairkan dengan masak lemak kobis suun. Gandingan yang mantap sekaliii! Puas hati. Tu pun Didi cakap tak sesedap dulu sebab dah tak guna sos Aminah Hassan. Susah nak jumpa dah katanya. Aku akan usahakan cari nanti sebab nak rasa apa rasa makanan ruji Didi waktu kecik2. Dia cakap waktu kecik hari2 dia makan ayam masak merah haha.

Sebelum berbuka kami sempat ke Aeon Manjung cari baju raya. Nasib jumpa. Musim panas ni memang elok cari baju raya dalam mall je huhu. Then sempat tapaukan sikit Sushi Empire untuk kudap berbuka. Mama suka Sushi Empire, nanti boleh belikan lagi. Lepas maghrib kami pun gerak balik rumah. Memula Didi ajak makan smash burger dekat Medan Gopeng then tak jadi sebab kenyang lagi haha. 

6 comments:

  1. birthday husabnad akak 13hb tu ingat nak belikan dia handphone, lepas tu...dia x nak..diam2 akak order jam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Birthday Husband SA sama dengan birthday MB Perak hihi. Jam pun menarik, saya dah fikir hadiah tahun depan ni haha

      Delete
  2. Hmmph, jangan cerita kurus lah... incle punya sugar intake bulan puasa ni macam lupa diri!

    Cantik la pulak pinggan biru tu... kaca ke plastik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru tengok vide ada orang cakap ambil gula dengan makanan berat ok dari ambil gula waktu pagi/ perut kosong. Sambil2 tu minum banyak air kosong Uncle!

      Kaca hehe

      Delete
  3. Sedap2 menu yg kakak buat 😍😍👍. Trutama mee udang tuh, jadi pengen pula 😄.

    Hahahahah ketawa baca part beli hp nih. Tak apalah cuma 1/8 dari harga total kak, yg penting ada kontribusi sikit hahahah.

    Ayam masak merah sedaap. Dulu sering makan di kantin kampus di Penang. Sos Aminah Hassan nih legend agaknya yaa.

    Saya pun blm lagi cari baju raya. Nantilah, mau beli pun malas. Dipikir2 baju raya tahun lalu saja ada yg belum dipakai 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha cuba2, sekali sekala pekena maggi segera memang asyikk

      haha kan? efforts that count :P

      Di Indonesia tiada ayam masak merah?

      Woahh mesti banyak beli baju raya tahun lepas sehingga ada yang masih belum dipakai :D

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!