”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/30/2024

7H6M di Manila, Filipina

Pergi camping haru tu kalut sikit sebab aku ada flight ke Manila on 13 Oct tu, petang. So serabut la bila kena kemas 2 beg baju untuk 2 events haha. Tu yang check out dari campsite sesudah Subuh tu.

Aku pergi Manila atas urusan kerja. Flight pukul 5.25 pm dan ambil masa 4 jam untuk mendarat di Manila. It was my 1st experience to Philippines. Dari Perak aku sorang and jumpa kawan dari Penang kat airport. Kitorang memang dah deal nak naik flight sama and duduk hotel yang sama. Memula cuak jugak nak ke sana sorang2 sebab dengar cerita tak berapa enak pasal warga sana and lega bila terjumpa kawan nak pergi sama2.

Kerja cari hotel memang kerja hakiki aku and dapat pujian sebab hotel tu best and walkable tu conference hall kami hihi. Conference started on 14 untill 17 Oct. 

Semakin meningkat usia ni aku jadi makin tak suka naik flight especially kalau takde Didi hehe. Dalam flight aku tidur, makan, tengok movie. Aku ambil seat tepi tingkap and agak mensesal sebab susah nak ke toilet tapi hilang sesalan bila dapat tengok view yang SubhanAllah dari ketinggian tersebut. 

Sampai dalam pukul 9 lebih gitu. Proses imigresen dan kastam kat Manila sangat smooth. Staffs were very helpful and friendly. Sebelum nak ke Manila kena declare arrival secara online dekat apps dorang eGovPH. Senang je nak apply and zero charge for Malaysian.

Dah setel semua kami pun ke hotel naik grab. Hotel dekat je dengan airport, memang duduk hotel tu hari2 aku pandang langit tengok kapal terbang lalu. 

Lime Resort Manila nama hotel tu, tepi laut. Best hotel ni, bilik besar, canggih, semua kelengkapan ada (tapi takde iron). Proses check in pun smooth je. Tak perlu bayar deposit. Negative side dia adalah bilik tak berapa sound proof, boleh dengar orang sembang kat sebelah, nasib aku tak faham bahasa tagalog haha.

Kat sana paling tak best adalah SUSAH GILA nak dapat makanan halal. Nasib aku dah prepare awal2. Aku bawa cereal dengan susu untuk breakfast, nasi segera dengan sambal bilis untuk lunch dan maggi untuk dinner haha. Seksa hidup aku 5 hari makan gitu. Rindu tomyammm time tu! Haha.

Conference nya 4 hari bermula dari 9 pagi sampai 5 petang, malam free. Ada 2x aku pergi SM Asia Mall, dekat je dengan hotel aku dalam 3km. Mall tu besar gila, kau bayangkan MidValley tapi ada 4 blok and 1 blok tu IKEA. Memang tak la aku pusing habis.

Sana pun majoriti makanan tak halal, memang pergi untuk beli souveniers je dekat kedai nama Kultura. Kedai tu sediakan semua barang locals Philippines. Tak beli banyak pun, duit tak bawa banyak hehe. 

So itu je lah kehidupan aku kat sana, takde explore tempat lain pun sebab malas and tak berani kat tempat orang bila takde yang bawa hehe.

Aku balik hari Sabtu, flight pukul 1250pm. Kawan aku yang Penang tu flight lambat sikit, nak tukar dah full. Sampai KLIA dalam pukul 4 lebih dan terus shoot balik Perak, terus beli tomyum makan dinner. Heavenn. Foods in Malaysia are heaven, no country can beat that hehe.

Aku dumb gambar kat sini je la eh, macam biasa malas nak susun haha.






Pemandangan dari balkoni bilik. Nasib ambil bilik yang ada balkoni, ada disediakan tempat sidai baju, boleh aku basuh baju. 

Pameran semasa conference

Makanan ruji lunch sepanjang di sana. Huaa kering gila rasa nak curah air masak tapi karang jadi makanan lokap pulak haha

Terbaik jenama ni. Panaskan je pouch kat dalam ni dalam 2 minit, taraa boleh makan dah. Nasi Basmathi ok, premium gitu. RM4/ peket and boleh makan 2 orang kalau selera normal hehe

Door gift from organizer 

Kbye. Ni la jadi kalau update lambat, jadi tak semangat nak cerita haha tapi basicaly tu je la. Pagi jalan kaki ke conference hall, tengah hari pun balik bilik jalan kaki nak lunch then pergi balik, petang balik bilik lepas tu rehat and tidur. Jarak hotel ke conference hall 800m je.  Bosan pergi oversea sebab kerja ni so nothing much to brag hehe. 

Nah la video sikit, tu pun aku gabung gambar2 dekat atas je haha. Pergi balik aku duduk tepi tingkap dalam flight, nah aku share sikit pemandangan dari lensa kamera aku hehe. 

14 comments:

  1. Tudiaa....eh..diorang x sediakan makanan untuk delegasi ke...mesti diorang kena alert participant yada yada from Malaysia, muslim apa segala..xde erk...sian dia x dapat makan sedap kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sediakan finger foods and bila mintak makanan halal, dapat la kuih macam mochi tu, tu lapik perut boleh la yang tu haha

      Delete
  2. Ish ish ish... Ada beratus2 hari dalam setahun... dalam lima hari tu lah dia nak rindu tomyam.... ngade.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha seksa Uncle bila susah dapat makanan halal, memang rindukan Malaysia time tu hehe

      Delete
  3. Anonymous10/31/2024

    Part paling best selain rindu masakan malaysia, bila dgr announcement selamat pulang bila kapal terbang nak touch down. Uish lama dah tak p inspect site luar negara ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi betul. Dear Malaysians, welcome home. Huaa sebak rasanya padahal baru seminggu tinggalkan Malaysia haha. Betul la peribahasa hujab emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri. Eh betul ke eh gitu bunyinya? haha

      Delete
    2. akak anon juga yang jawab..hahahahaha

      Delete
    3. hahaha lupa log in ke? patutla pelik banyak pulak anon komen hihi

      Delete
  4. kalau ada butang like, akak dah like....hihi

    ReplyDelete
  5. Saya kalo ditanya nak balik lagi ke Phillipines tak, jawabnya tak akan 😅.

    Dulu itu saya ke manila hanya karena nak khatam asean countries. Mau tak mau memang hrs pergi.

    Tapi dari awal berangkat sampai pulang , ntah kenapa saya sial . Berawal dari salah beli tiket, jam nya salah, jadi harus tukar.

    Trus hotel yg sudah dibooked, tau2 menjelang berangkat dia KSH info sedang renovate. JD semua booking di cancel. Saya harus cari hotel baru , sementara uang hotel sebelumnya akan di refund dalam jangka waktu 3 bulan oleh Agoda 🤣.

    Kesialan lain, pas naik MRT mereka saya kecopetan. Yg hilang untungnya haya payung dan tumbler. . duit dan pasport aman.

    Kesialan trakhir, pas pulang Krn Anik airasia, jadi berangkat dari kota Clark. Tau2 pas ke counter airasia. Dia bilang pula pesawat di reschedule 2 hari kemudian baru jalan. Mana bisaaa, saya hrs masuk kantor esok. Terpaksa di hari itu juga saya hrs cari tiket baru ke JKT dari manila. Harganya berkali2 lipat LBH mahal. Trus tiket Garuda Indonesia dari KL ke JKT, tak mau mereka ganti Krn bukan airasia. Hangus lah tiket Garuda saya.

    Memang tak best pengalaman ke Manila waktu itu. Makanan pun tak sesuai, Krn mereka hanya suka asam dan manis. Sempat ketemu ayam bakar, tapi hanya pakai kecap manis manis 🤣🤣. Saya nak sambal, mereka hanya KSH 2 batang chili padi wkwkwkwkkw.

    Mungkin pengalaman terbaik di sana hanya saat kami ke Villa Escudero, 2 jam dr manila. Di sana ada waterfall restaurant pertama di Asean. Saya dan suami kesana hanya utk merasakan makan pisang goreng di waterfall resto nya. Menu lain tak bisa kami makan 😂😂

    Dah laah.. tak nak lagi kesana. Kalo teman saya yg non muslim sukaaa dengan Phillipines, Krn dia bilang roasted pork di Manila terbaik sedunia. Iyalah, bagi dia. Macam mana saya nak rasa 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha samaa kak. Walaupun ramai cakap Boracay lawa tapi memikirkan makanan halal susah nak dapat, cancel je la niat tu. Kalau ke Manila untuk bercuti memang tidak lah haha.

      Haha malangnyaa kak fanny punya pengalaman, itu tanda2 dia tak jemput lagi ke sana haha.

      Ye betul, kawan kristian saya ambil ayam masam kicap, sangat masam ibarat rasa ayam masak cuka haha. Nyata mereka suka yang masam2.

      Tapi ya kan, nature kat sana dikhabarkan lawa2 tapi tak apa lah, banyak lagi pilihan negara lain haha.

      Betul, di sana pork paling murah dagingnya. Terjumpa seorang Chinese Malaysian yang menetap dekat sana, dia cakap dia sampai jemu makan babi di sana, dia mau kan ayam! Hahaha.

      Delete
    2. Masalahnya nature mereka tak jauh beda dengan kita. Pantai cantik, tp di Malaysia dan Indonesia pun banyak pantai cantik. Krn itu saya memang tak niat utk balik lagi 🤣. Kecuali kalo suami ada kerja di sana, nak saya ikut , okelah 🤭. Mungkin saya bawa sambal dari jakarta, biar bisa makan di sana 😅

      Delete
    3. haha betul2. Saya ke sana hari tu memang siap2 bawa bekal sambal, kalau tidak mahu makan nasi putih dengan sayur je seminggu, itu pun masih was2 haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!