”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/02/2024

Hatyai - Dannok

28 September 2024

Bang Han Restaurant

Pagi ni breakfast dekat sini.


Ok la, boleh la rasa dia. Boleh consider untuk pergi lagi kalau dah takde tempat lain nak cuba. Satay dia sedap.

Makro Hatyai

Aku 1st time pergi Makro. Kat sini aku habis RM200++. Majornya beli toiletries. Beli sekali 6 peket buat stok. Beli softener, shampoo, shower gel, ubat gigi, lotion. Murahh dan berbaloi.

Central Mall Hatyai

Ni tempat wajib pergi, kami sampai mall tak bukak lagi haha. Tunggu kejap dalam kereta. Niat nak cari running shoes yang rare. Jumpaa, lawaaaaa tapi takde sizeee. Sedeyyyy. Didi je beli track suit dengan tempat simpan handphone untuk running. Dah settle pergi makan street foods dekat bawah, tu pun sikit2 je makan. 

Hatyai Kitchenware

Ni pun 1st time pergi. Mak nak merasa sekali nohhh 1 plastik besar dia bawak keluar. Didi dah tepuk dahi sebab barang plastik kan ranggah, tak boleh nak squeeze, bonet dah nak penuh haha. Murah katanya haha. Pening Didi layan Mak mertua dia sebab mak sendiri jenis tak membeli sangat haha. 

Kat sini aku beli sudip2 kayu je, 4 jenis cost me 390 baht.

Bangbao Halal Food

Untuk lunch kami tapow je makan dalam bilik. Kedai ni cousin aku recommend tapi bagi aku masakan dia sangatlah biasa and agak mahal. Aku order nasi 2, daging masak merah 1, ayam paprik 1 = 250 baht, portion pun sikit. Kalau kat Malaysia bawah RM20 boleh dapat dah. So not coming here again.

Dah kenyang kami pun rehat/ tidur dalam bilik. Tak ke mana pun dah. Petang Didi gigih pergi jogging. Aku tak join sebab dari Khamis aku dah demam sebenarnya tapi on off. Batuk and selsema on sepanjang masa, ada masa suara pun takde.

Ayutthaya Noodle Halal

Malam tu kami makan kat sini. On the way hujan lebat. Tu je la sekali hujan sepanjang kami kat sana. Order kotiau goreng, nasi goreng sotong, maggi celup, tomyam, telur dadar + udang, nasi putih 2 dengan kos 623 baht.

Jangan pergi! Tak berbaloiii. Portion sikit and tak sedappp.

Time ni ada drama sikit, aku nak bayar tengok wallet takdeee. Nasib baik boleh guna QR Pay. Oh sekarang dekat Thailand senang, hampir semua tempat accept QR Pay. Boleh guna TnG or MAE. Exchange rate pun not bad, lebih kurang je dengan convert kat luar. Cuma kalau TnG ada servis caj sikit. 

Ayah aku dah merunsing, dia suruh balik hotel cepat2 nak cek wallet aku. Aku relax je, macam biasa walaupun dalam tu ada 2500 baht lagi dengan kad wise huahuahua. Sesampai je hotel dia terus suruh masuk bilik cek and Alhamdulillah adaa 😁

Kali ni memang kami langsung tak ke night market sebab takde apa nak cari.

29 September 2024

Dimsum Chabura Hatyai

0730 kami dah checked out and terus breakfast dekat sini. Orang ramai tapi servis laju. Order roti bakar, roti canai, maggi goreng, sup daging, daging bakar, nasi putih 2, gyoza goreng, pau salted eggs 2, and beberapa jenis dimsum with total cost of 1253 baht.

Berbaloi, sedappp, boleh repeat.



Kim Yong Market

Last pit stop sebelum balik keluar dari Hatyai. Beli pistachio, 500g 230 baht. Memang beli kat kedai tepi2 je sebab Didi and Ayah tak keluar, dorang tunggu tepi jalan dalam kereta. Ayah demam, sian dia. 

Sesak kat situ. Tak sampai 15 minit kat sana then terus menuju ke Dannok. 

Sepanjang kat sana entah berapa kali kami singgah the legendary 7e dia, entah berapa ratus habis kat 7e je. Kan heaven kalau 7e Malaysia macam tuuu. Dah la murah, banyak barang best2 pulak tuu.

Dannok

Kat sini just singgah beli beras siam sebelum menuju ke border Bukit Kayu Hitam. Sorang entitled beli 5kg beras tapi kami beli 11kg je. Memula ingat nak makan lunch kat sini tapi kenyang sangat lagi.

Border Dannok - Bukit Kayu Hitam

Alhamdulillah rezeki pergi kali ni dekat border takde orangg wehh. Smooth jeeee proses. Dekat imigresen Thailand kena bayar 25 baht. Dekat kastam jangan lupa pulangkan borang kastam kereta tu kalau tak dia declare kereta kita masih dalam Thailand and kena denda 1000baht sehari.

Dekat Imigresen Malaysia pun smooth. Dekat kastam Didi kena banyak soal sikit sebab bonet penuh gila sampai pegawai kastam tanya pergi berapa hari haahaha.Memula dia suruh bongkar then Didi cakap mau seminggu kena berkampung kat situ then dia suruh jalan je haha. 

Dah masuk Malaysia paling lega. Lagi lega tak payah isi minyak kereta dekat Thai, mahal oi. Kitorang isi minyak dekat Petronas Changlun. Total minyak sepanjang perjalanan dalam RM100 je. Jimat kann? Hihi

Kami singgah RnR Gurun untuk solat. Sepanjang perjalanan dari Penang ke Perak hujan lebat. Alhamdulillah sampai rumah mak pukul 1700.

Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Dah makin tua ni makin berat nak ambil gambar nak ambil video lepas tu time nak update untuk kenangan menyesal sebab takde sumber haha.

Sekian, untill next life update.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!