11 November 2024
Aku masuk office terasa nak kemas bilik. Dari mata kasar nampak normal tapi dalam laci bersepah, so kita kemas, mana yang dah tak relevan kita hapuskan.
Tengah-tengah kemas aku terfikir 'selalunya orang kemas bilik ni sebab nak pindah'. And I chuckled on my own thought haha. Apa yang kelakarnya entah, orang mudah terhibur memang begitu.
And it's bout time pun, dah cemuih buat kerja yang sama 4 tahun. So aku plan nak hantar borang permohonan tukar jabatan hujung tahun ni.
12 November 2024
8.40am - I received call from a colleague yang kerja Bahagian Sumber Manusia
'Nadia, petang ni kita jumpa ye, 2.45pm'
'Dekat mana?', which I thought her office, maybe she has something to discuss
'Dekat pejabat big bos, jangan lupa pakai nametag ye'
Shoottttt, bila cakap macam tu terus otak aku zasssssss, alamak! Kena tukar ni. Masin mulut aku semalam haha.
Aku memang niat nak tukar tapi aku tak sangka HR boleh baca niat aku sebelum permohonan sampai haha. Aku terus called Didi bagitau.
Debar weh nak tunggu 2.45pm. Takut dapat pejabat yang pelik-pelik, yang takde dalam senarai kita haha matilanak. Debar, sedih semua ada.
Tapi dalam debar sempat jugak la pergi makan spaghetti time lunch hour dengan kawan-kawan, perut kena isi untuk meredakan nervous haha.
Sampai office, solat Zohor semua dulu, doa banyak-banyak dulu then aku turun bilik big boss.
Sampai je tengok ada 5 orang pun menunggu, semua dapat notis pagi yang sama, semua orang tak mohon pun untuk ditukarkan. . Hayyo tak boleh short lagi ke notisnya? Nasib aku berpakaian pejabat mengikut etika hari tu sebab kadang-kadang aku ikut etekak aku je haha.
2.55pm - kami masuk bilik big boss. Big boss dah diri depan signage bilik dia, ready untuk sampaikan watikah dan bergambar.
Aku giliran kedua dipanggil. Aku diri depan big boss and big boss buka folder watikah and gelak-gelak sambil cakap 'uiii jauh ni, kena naik kapal' haha jangan buat kelakar ye, jantung saya nak tercabut dah ni bos.
Lepas tu dia tutup folder, kami pun bergambar. Maksudnyaa time bergambar tu big boss je tau aku akan dicampak ke mana, aku tak tahu lagi!! Ayyo bagitau la patutnya sebelum bergambar. Dah bergambar dalam keadaan senyum paksa haha.
Dah setel bergambar baru aku bukak folder. Suratnya dua perenggan je tapi sebab nervous aku tak nampak penempatan aku kat mana! Hahaha. Kemudian aku bertenang kejap, baca slow-slow.
Ohh. Haaaa. Wowwww. Alhamdulillah dapat pergi Jabatan yang dalam list idaman aku. Allah Maha Mendengar dan Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya.
Tapi tipula aku tak sedih nak tinggalkan department sekarang. Semua bosses and staffs best2 gila, cuma aku je bosan buat kerja sama. Alhamdulillah Allah bagi aku bosses and anak buah yang terbaik kat sini, a great team work. I'm gonna miss my team so much. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ Dan berdoa dekat department baru pun aku akan enjoy the works and environment there.
Apa-apapun hidup perlu diteruskan, aku perlu berhijrah untuk kebaikan diri aku and kerjaya aku. Buat benda yang sama bertahun-tahun memang tak berkembang la otaknya pun adoi.
18 Nov 2024
Hari aku lapor diri di pejabat baru. 7.30am dah sampai parking lot. Semangat ye bestiee! Haha Duduk ruang menunggu kejap sebab Dato' tak sampai lagi. 8.45am PA panggil masuk.
Masuk-masuk je terus keluarkan surat permohonan tangguh selama sebulan hahaha.
Actually, aku dah lama kenal my new boss, sebelum ni banyak meeting dengan dia. Dia pun kenal aku tapi bukan secara mendalam la.
We had a great start up conversation for almost a good 20 minutes. He's welcoming me well, Alhamdulillah. Dia tanya aku expect nak duduk department mana, apa background aku, apa expectation dia bla bla bla.
Settle semua tu aku pun balik office lama yang seberang je dari office baru haha. Aku pun buat kerja macam biasa sementara tunggu surat lulus tangguh. Hehe
24 Nov 2024
Aku dapat text dari pegawai office baru yang aku tak dapat tangguh sebulan seperti yang dimohon, aku hanya dapat tangguh 2 minggu which aku akan start melapor diri on 2 Disember 2024.
Dapat je text tu aku rasa down sebab mind dah set yang lambat lagi nak bertugas kat sana haha tapi takdirnya begitu kita kena la follow.
Sedih nak meninggalkan department sekarang yang aku sangat enjoy kerja kat situ. Positive environment, supportive bosses, colleagues yang gila-gila haha. Surely gonna miss them dearly.
2 Dis 2024
Today is the day. Aku dapat buat department yang aku taknak buat but we plan, Allah is the best plan. It's too early to judge, let's pray for the best, shall we?
New room, new bosses, new colleagues, new environment 😬 Bismillah |
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!