”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

3/28/2025

Februari 2025 - bulan travel

Bulan lepas memang hidup aku penuh dengan travel sana sini tapi apakan daya, dah nak masuk April pun aku masih belum habis update lagi kehidupan aku Februari yang lalu. Kehidupan Mac mungkin tahun depan gamaknya baru update haha.

Blog ni sekarang tempat simpan kenangan je, dulu rajin jugak cerita benda lain kat sini, pandangan pasal hidup, pandangan pasal dunia. Sekarang ni nak pandang diri sendiri pun tak sempat haha. 

Lepas je aku balik dari Indonesia hari tu, terus kena ke Penang 2H1M, ada mesyuarat. Nasib dekat sini je tak perlu ke seberangg. Dah alang2 kat sana on the way balik aku singgah Design Village nak cari hadiah hari jadi Mak.

Tahun ni tema hadiah adalah jam haha. For my beloved Mak 💖

Lepas tu hari Jumaat Didi ada training rugby dekat KL, dah ke KL pulakk haha. Dah sampai KL, dia tak pergi pun training tu. 😑. Pastu aku ajak dia cari hadiah hari jadi Ayah pulak. Mak dengan Ayah lahir bulan yang sama. Semalam je kami kat sana lepas tu balik rumah Mama nak sambut Ramadan.

For my beloved Ayah 💖

Lepas tu Didi ajak pergi 1 kedai kasut distributor dari Indonesia, apa lagi mestilah kasut running. Kasut aku + kasut Didi memang dah boleh buat showroom. Nanti kami mati rasanya harta faraid kasut je ha haha.

1st Ramadan dekat rumah Mama. Mama masak ayam masak merah dengan udang masak kari. Marbelesss.
Sementara tunggu berbuka Didi ajak brisk walk 5km, nak rasmi kasut baru sebenarnya tu. Lagi 1km nak sampai rumah hujan lebat, basah kami, Didi sedih kasut baru dia basah haha. Esoknya sampai hari ke-5 puasa aku demam haha danke. 

Kampung kami ada Disneyland, kampung korang ada? Haha


Hari tu aku ada komen dekat IG story officemate lama aku sebab nampak dorang iftar ramai2, rindu semuaa. Lepas tu kawan aku reply 'we talked bout you'. Aku tanya la ngumpat apa, then dia cakap 'Nadia tu ke mana-mana je hidupnya, kejap kat Perak kejap kat KL kejap kat Johor kejap kt Thailand kejap kat Mesir' Hahaha.

Begitulah rezeki Allah nak bagi, badan tengah sihat walaupun duit tak berkepuk tapi Alhamdulillah cukup untuk mengonjeng sana sini. Semoga Allah yang Maha Kaya terus limpah dan mewahkan kita semua dengan rezeki yang baik 💖

Dah nak raya dah ni, entry Ramadan entah bila aku nak update haha.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!