”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

3/03/2025

Ride : To Hatyai

Mak aku cakap nak pergi Hatyai 13-15 Feb naik ETS and ajak aku tapi aku tolak sebab time tu tak confirm lagi jadual kehidupan dunia pekerjaan aku. Didi cakap kalau takde buat apa, jom la ride ke Hatyai, pergi Jumaat Sabtu je katanya. Aku pun onzzz. Onz dalam debaran sebab jauh oiiii! Haha

Aku kan balik dari JB 12hb. 13-14hb tu aku memang purposely ambil cuti nak uruskan beberapa perkara and nak berehat. Penat oii kerja non stop pagi sampai ke malam setiap hari, penat otak.

13hb tu aku dengan Didi ada urusan seawal 9am. Tengah settle kan urusan, otak seminit Didi tetiba buat gila ajak gerak ke Hatyai petang tu. Otak seminit aku memang dah kahwin dengan otak seminit Didi, so selalunya dua2 otak tu synchronize kegilaanya. Haha.

Kami sampai rumah dalam pukul 1pm. Aku cakap dekat Didi bagi aku tidur kejap sebab penat travel dari JB semalamnya tak recover lagi. Mana taknya, sampai rumah 12 lebih lepas tu kemas2, dalam pukul 2am jugak aku tidur. 

Kami pun power nap, dalam pukul 2pm aku bangun bersiap. Siapkan baju dan keperluan 3h2m seminimum mungkin sebab nak bawa 1 begpack je. Dalam pukul 3.30pm kami pun gerak. Berdebo jugak weh sebab 1st time jalan jauh and terus nak cross border. Kemahenn.

One way perjalanan 333km. Didi bawak santai2 je. Aku ajak berhenti minum kopi dekat RnR Gunung Semanggol sebab aku ngantuk gila, risau sedar2 kepala tengah seret jalan tar je nanti haha. Next stop kami dekat RnR Gurun untuk solat and book hotel time ni. Nasib ada lagi bilik kosong dekat hotel yang parents aku menginap. Takde siapa dalam family yang tau kami tengah ride ke Hatyai. Suprise gituu haha.

pekena cappucino, no sugar. Lega mata lepas dapat ni

Kat RnR tu bertembung dengan sepasang couple rider, dari Manjung nak ke Hatyai jugak. Dorang lagi gigih wehh, naik ADV160 jee. Huaaa tabik laa. Kami pernah naik ADV160 ke KL je pun tu pun sampai demam la Didi haha. 

Sebelum sampai border kami singgah di Napoh untuk collect insurans. Sepanjang aku ke Thai memang aku akan ambil insurans kereta/ motor dengan GoThai je, servis laju and mudah. Then isi minyak full tank di Petronas Changlun dengan harapan tak perlu isi minyak sepanjang kat sana. Minyak sana kan mahal hihi.

Kami sampai border dalam pukul 7pm, ding dong ding dong dekat kastam and imigresen, kami selamat masuk Dannok pukul 7.45pm gitu then terus tukar duit and beli simkad kat sana. Sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai kami makan malam dulu dekat Dannok. 

Dinner. Sedapppp

Sebelum tu, selesaikan urusan borang declaration bawa masuk kenderaan

Dalam 8.30pm kami gerak ke Hatyai and sampai sejam kemudian. Alhamdulillahhhh.

Lepas check in terus ke 7E depan hotel tu nak beli minyak angin sebab bahu aku lenguh mengendong beg yang agak berat. Tips: Longgarkan tali beg, restkan dia atas seat motor. Hayya tu pun tak boleh fikir ke? Haha.

Dalam 7E terjumpa dengan makcik aku sekeluarga tengah memborong, terkejut dorang nampak kami hahha. Kami suruh rahsiakan dulu. Lepas tu balik bililk mandi semua. Dah siap mandi ajak Didi pergi ketuk bilik Mak Ayah haha. 

Terkejut la mereka berdua tetiba kami ada depan bilik haha. Geleng kepala Cik Lan tengok perangai anak dan menantu hantu dia naik motor sejauh tu. 

Macam dah panjang je soooo to be continued......

Oh before that, nah enjoy the short video.

2 comments:

  1. kalau belum try berterawih di sana, jemputlah sekali.. meriah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke? Alahai bestnya kalau ada rezeki untuk merasa pengalaman tu. InshaAllah.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!