Kahh orang dah habis beraya kau baru nak cerita pasal Ramadan haha jadilah sebagai secebis kenangan di hari tua nanti.
Ramadan kali ni terasa cepat sangat berlalu. Last weekend tu hari Jumaat berbuka dekat rumah Mak, Sabtu balik rumah Pah aku sebab Opah cakap 'Tahun ni Didi tak balik lagi berbuka sini' terus member rasa serba salah dan gelabah nak balik berbuka rumah Opah haha.
Sebelum balik rumah Mama sempatlah aku tolong Mak buat persiapan raya. Aku iron langsir kau tau! Punya seksa nak iron langsir yang besar gedabak tu. Lepas tu Didi tolong sangkutkan, untung Mak dapat menantu tinggi. Sangkut langsir tak payah guna tangga haha.
Hari last berbuka dekat rumah Mama dan untuk pertama dan akhirnya bulan Ramadan ni aku mencemar duli pergi Bazar ramadan di Manjung sebab Mama tak larat nak masak hari tu. Aku berbuka nasi kerabu, Didi berbuka Nasi Ayam, Mama bihun sup dan Abah berbuka kat rumah Opah Didi.
Siang harinya tu aku ke rumah Opah Didi kejap tolong dorang nak bakar lemang. 1st time jugak dalam hidup aku sama-sama dengan makcik2 Didi masukkan pulut dan santan dalam buluh and it turned out well and I'm proud of myself haha.
Ramadan kami ni, ada 3 kali kami berbuka di luar sama-sama. Aku tak suka berbuka dekat luar sebab leceh nak solat Maghrib bagai and selalunya aku akan ambil wudu' siap2 dari rumah and pesan dekat Didi jangan sentuh aku haha. Selalunya dah nak berbuka baru kami gerak. And kami jadi rajin nak berbuka di luar ni kalau ada orang belanja haha.
Kami berkesempatan berbuka di hotel baru di Ipoh, AC Hotel by Marriot kebetulan time tu ada promo buy 1 free 1. Makanan sedap tapi variety kurenggg nak bandingkan dengan Marriot's Hotels yang lain yang aku pernah makan dinner buffet dia with the same price. Surau kat sini besar
Then ada sekali berbuka di Galasa Caldwell, Ipoh. Yang ni Majlis Berbuka ofis aku. Makanan sedap2 and banyak pilihan tapi aku tak makan semua pun. Surau dia kecik.
Yang terakhir iftar di luar dekat Royal Perak Golf Club, ni pun ada orang belanja, Alhamdulillah. Makan pun sedap, banyak pilihan and surau besar. Habis makan kat sana ajak Didi moreh dekat Inside Scoop haha mana tak demokk.
Ketiga tiga tempat aku berbuka ni ada kambing golek, tu yang kita mahuuuuu.
Oh ada sehari aku berbuka di Pakeeza atas jemputan, time ni aku pergi dengan officemate je sebab jemputan untuk office. Dekat Pakeeza makan berhidang. As always, sedap tapi aku pulak tak berapa selera sebab boleh dikatakan Pakeeza ni dah jadi makanan ruji orang kerajaan haha.
![]() |
Pakeeza. Berbuka tempat lain memang aku tak ambil gambar langsung. Faktor usia agaknya. |
Ada 1 hari tu kami cuti sebab ada hal sikit pagi tu. Lepas tu Didi buat gila ajak berbuka dekat Penang naik motor. Aku pun jom jeee. Kami berbuka dekat ... alamak lupa la nama kedai tu hahaha ampunkan saya. Kami sampai dalam 6.30pm, orang pertama masuk kedai, lapar la tu haha Makan set nasi arab talam dia, tak habis haha sebab set tu sebenarnya untuk 4-5pax haha. Lauk habis, nasi je tak habis. Sedap and set tu ada bulan Ramadan je, hari lain kedai tu just jual western food. Jumpa kedai tu pun kat tiktok haha.
![]() |
Order air termbikai size besar sebab dahaga gilaa bila ride ni |
![]() |
Haha gila tak berangan nak makan ni berdua? Rupanya dia ada individual order, kami yang tak tau. Adoi bazir je. |
Hari lainnya aku masak yang simple2 je untuk berbuka. Weekend pulak samada berbuka rumah Mak atau Opah atau Mama. Mudah kan hidup? Haha
![]() |
Yang simple2 je aku masak |
![]() |
Ni je semua gambar yang ada, yang lain tak ingat nak ambil gambar haha |
Oh ada 1 weekend tu aku dengan Didi pergi KL sebab Didi ada training rugby dia. Padiaaa training bulan puasa. Sampai je kami ke TRX jalan2 dan beli juadah berbuka, kami beli sushi and ayam Nak Nak. Kami stay dekat Scarletz Suites KLCC, kali kedua kami ke sini.
Lepas checked in hotel, dalam 6.30pm Didi ke padang and aku stay dekat bilik sebab prosedur nak masuk ke padang sekolah tu strict gila. Lepas habis training Didi balik ambil aku untuk pergi training kedua dengan team lain pulak. Yang tu start 10malam. Apa kejadahnya haha. Aku tak keluar kereta pun, duduk dalam kereta baca buku. Baik aku duduk dalam bilik je kan? Haha
Esoknya kami kononnya nak ke Sogo beli baju kerja Didi, apa gila entah orang cari baju raya kami cari baju kerja haha. Tapi kami surrender sebab ramai gila orangg, memang bukan kamilah nak bersesak-sesak ni. Tup tup singgah PERTAMA Mall and tak pepasal Didi beli helmet baru and kami berdua beli riding jacket. Ha memang raya nak pakai riding jacket punn!
![]() |
Rasmi baju raya di bulan puasa 😏 |
Hari tu cadangnya nak berbuka kat rumah opah aku. Tengah hari adik aku message tak bagi balik sebab rumah Opah full house, sepupu2 Mak balik berbuka hahahah sadis dipalau begitu sahaja. So kami tukar plan berbuka kat KL. Kami book Nasi Kerabu Mek Nab, sampai sana rupanya booking order kami tak diambil, dorang pun tak le respond cakap takde ke apa 😑 Terpaksalah buka air mineral dulu sementara nak tunggu turn. Dalam 8 lebih baru dapat makan, takpelah janji dapat rezeki Nasi Kerabu lemak hehe.
Sementara berbuka sempat ke MidValley nak buang masa, dapatlah cari kurta Didi time tu. Walaupun tahun ni tak sama warna dengan aku sebab Didi cerewet gila and baju dia suka tu takde sama dengan baju aku. Ahhh gasaklah janji berbaju! Haha
Sahur macam biasa, aku dengan Didi minum air kurma je campur garam sikit, Alhamdulillah bertahan tapi tu lah berat badan tak turun2 pun 😒
Cuma 1st week of puasa tu aku demam, memang seksa rasanya nak menunggu Maghrib tu, ada masa aku mintak kebenaran bos nak tidur, kononnya nak ambil MC sampai sudah tak pergi dek perasaan malas nak ke klinik hihi.
![]() |
Peneman setia selama seminggu |
Alhamdulillah bulan puasa kali ni ada waktu hujan belah petang so takde lah panas sangat. Semoga kita bejumpa lagi di Ramadan akan datang bersama yang tersayang dengan tubuh badan yang afiyah.
Nampak petai melambai-lambai tu....
ReplyDeleteHaha hiasan je Uncle, x makan sangat punn
Delete