25 April 2025 (Jumaat)
Weekend kali ni Didi ajak ride ke KL, dia ada training rugby. Sekarang kami memang kerap ke KL untuk training dia sebab bulan 5 & 6 dia ada tournament. Dah tua kan diri pun nak main lagi haha aku biar je janji dia bahagia. Tak la bahagia mana nampaknya, habis training sakit itulah, sakit ini lah. Badan dah kata tidak, hati masih mau tu la jadinya haha
Hari Jumaat tu balik rumah Mama dulu. Gerak petang, lepas Asar, Maghrib sampai kedai Mama pekena nasi goreng sepinggan sebelum balik rumah.
Kali ni bawak backpack macam ride time ke Hatyai, memang catu pakaian betul. Dalam bonet motor Didi letak boot rugby dia, tu pun dah buat penuh. Memang aku la yang kendong backpack tu.
26 April 2025 (Sabtu)
Dalam pukul 10am kami gerak ke KL lalu WCE Sitiawan - Sekinchan - LATAR - PLUS Sg Buloh - Jalan Duta. Nasib lah naik motor, tak payah bayar tol, tak payah hadap jem. Yang payahnya nak tahan panas je haha.
Kami berhenti makan tengah hari dekat Warong Dangau Rimbau Tg Karang, cari kat tiktok. Ok la, standard kedai makan tengah hari. Santai je laluan kami kali ni, 1st time Jericho ke KL, selalunya ke arah utara je. Lalu Sekinchan semua tu memang lawa pemandangannya dengan sawah terbentang luas nan indah.
Sepanjang perjalanan ada hujan tapi kejap2. Sampai Jalan Duta berhenti lepak jap dekat Shell sebab belum waktu check in lagi. Then Didi ajak gerak sebab hari macam nak hujan. Sekali noh dah sampai area Ampang hujan kemain lebat.
Alhamdulillah sampai AirBNB dalam 2.45pm and terus boleh masuk bilik. Kami stay dekat Neu Suites area Jelatek. Ok lah, parking provided (penting kalau bawak motor), bilik agak kecil tapi ok lah untuk tidur je and dekat dengan padang Didi nak pergi training.
Dah nak Maghrib kami naik grab ke TRX. Keburukan naik motor adalah nak ke mana susah nak angkut helmet sebab helmet besar, storage kecil and Didi taknak pasang box, tak handsome katanya 😑 So dari mengangkut helmet dalam mall, baiklah kita naik grab, takkan nak pakai helmet berjalan dalam mall pulak, viral kami nanti haha.
Tapi mahal hanet harga grab dari Jelatek nak ke TRX tu sebab tengah high peak, memula aku tengok dekat RM40 one way, time nak senja tu dapatlah murah RM14, balik RM20. Huhu
Kami ingat nak makan dekat 1 kedai ni sekali nohhhh dia punya que berlingkooo kata orang Perak. Idok kose le teman. So aku bagi Didi beberapa pilihan and Didi decided nak makan dekat Oriental Kopi sebab dia tak pernah makan dekat situ. Beratur jugak tapi service cepat and tak seramai kedai yang kami nak pergi tu. Sementara beratur Didi pergi beli buah potong dekat Mercato depan tu.
Habis makan memang terus balik bilik. Takde nak shopping ke apa sebab takut terbeli, kitonyo naik motor haha.
27 April 2025 (Ahad)
Esoknya Didi pergi training while aku stay dalam bilik. Kami extend check out sampai 1pm, kena extra charge RM60. Haishh. Elak aku beli je rumah kat KL ni nanti haha.
Sebelum balik Perak kami singgah makan dekat port lunch favourite aku time kerja kat KL dulu, area Setiawangsa.
Bila lalu area tu aduhh rindunya kehidupan masa lalu kat situuu. 3 tahun yang penuh suka duka dan dirindui. Rasa nak repeat kehidupan tu tapi keadaan tak mengizinkan buat masa ni hehe.
Alhamdulillah sampai rumah dalam pukul 4.30pm. Malam tu aku kena kerja pulak, so lepas Maghrib aku gerak ke lokasi. Balik kerja dalam pukul 10pm, ambil Didi makan Mamak depan rumah haha mana tak gemok hoiii pukul 10pm bantai mamak lagi. Ayoyooo!
Lepas ni Didi ajak repeat ride ke KL lagi tapi dengan lebih santai, tak nak pakai helmet full face, taknak pakai jaket, taknak bawak beg. Hahaha. We'll see how and when.
Sebenernya teringiiin juga nak ride jauh begini. Tp tuhlaah, saya belum berani pula kalo naik motor nad 😂😂. Suami pernah ajak ke Solo, langsung saya reject. Lagian, Jakarta - Solo naik mobil saja 7 jam kalo tak macet. Apa kabar naik motor , 😂🤭😅. Krn jalur motor dan mobil beda. Motor lebiiih jauh dibuat 😂😂 Sampe tujuan saya tak bisa jalan nampaknya hahaha.
ReplyDeletememang ada perasaan takut naik motor, hanya mampu berdoa dilindungi dan berhati2 hehe. Memang banyak kelebihan naik kereta tapi pengalaman naik motor tu lain hehe.
DeleteTu la, saya pun baru tau yang di Indonesia motor tak boleh lalu di sesetengah jalur esp highway ya? Nasib masa kami ke sana dan sewa motor kami hanya bermain di jalan bandar je yg memang banyak motor hehe