”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

11/01/2025

Melaka - Johor

Didi dah merentan bila aku nak update haha. Pergi Melaka - Johor ni pun dah nak sebulan dah. Hidup aku makin chaos dengan kerja, makin hujung tahun makin sibuk. Nak termuntah dah aku semak fail. Fail dalam inbox aku ada lagi 35 tak settle, belum lagi fail manual, belum lagi kena attend meeting, kena pergi courses, kena pergi site visit. 

Walaupun dah ada Macbook, senang nak transfer bagai tetaplah aku takde masa nak update blog regularly. Selalunya bila sampai rumah memang aku tak pegang laptop dah unless terpaksa. Kat rumah tu banyak lagi benda nak buat uiiii, tu pun ada part aku pejamkan je mata sebab mental exhausted bukan main2 ye, dia drain kan energy 1 badan.

Ok marilah kita cerita tentang trip kami ke Melaka - JB, 10-12 Oktober yang lalu. This post gonna be long sebab aku malas nak buat banyak part. Bear with it ha.

Memula plan nak pergi berdua then Didi cakap Abah teringin makan asam pedas, ayuhh lah kita dah alang2 tu. Memula nak tidur Melaka semalam and JB semalam tapi sebab Melaka lagi banyak tourist attraction, kita tidur Melaka 2 malam, pergi JB balik hari je dari Melaka.

Hari Khamis tu tengah malam baru sampai rumah Mama. Esoknya terus gerak ke Melaka lalu WCE lepas tu lalu mana entah lagi tetiba ada atas PLUS je haha. Sebelum masuk hiway kami makan pagi dekat Warung Pak Wan, Sungai Wangi. Orang sekitar Ayer Tawar mesti tau kedai ni punyalah.

Kami singgah makan tengah hari dekat sini


Lomak Salai, Tampin. Dah dekat sangat dengan Melaka, 30km lagi sampai hotel kami menginap. Sebab lapar memang tidaklah ku ingat nak ambil gambar. Sedapppp, a little bit pricey but worth the price.

Pahey dop? Haha

Then kami check in apartment 2 bilik dekat The Apple, Melaka. Nice location, sebelah apartment ada kedai makan viral, senang kami beli bungkus je makan dekat atas. Rumah pun luas, bersih, easy self check in. Kali ni Didi yang cari bilik, yeayy dah boleh harap haha.

Malam tu Mama nak belanja seafood kami ke Parameswara disebabkan tengok review macam menarik. Tempatnya luas tapi malangnyaa tak kena dengan selera kami. Paling spoil nasi lembik. Aku dengan Mama tak makan nasi lembik, hmmm memang tak makan la kami, kuis2 je nasi tu. Nak kata ramai orang takde la ramai sangat. Haishhh. So 1 star untuk kedai tu, masakan yang lain pun tak umphhh.

Ini je sempat ambil gambar

Lepas hantar Mama and Abah balik, aku keluar ke Pelita pulak lepak dengan kawan aku yang duduk Melaka. Sembanglah kami sampai 12am. Balik pun sebab kawan aku esoknya ada masuk run, kena tidur awal hehe.

D-Day

Inilah tujuan utama kami, nak attend wedding dekat Persada JB. Aku dengan Didi je gerak sebab RSVP kan tak boleh bawak orang lain. Kami punya sesi start 2.00pm so dalam pukul 10.30am kami gerak dah takut jem. Memang jem pun! Jauh jugak Melaka nak ke JB, almost 3 hours! Haha. Aku kalau takde apa hal memang tak le nak ke JB ni.

Dalam 1.30pm kami sampai dah, then tunggu kawan2 aku yang lain sebab nak masuk sekali and nak duduk 1 meja hehe. Ni semua kawan2 uni aku so memang jumpa time2 gini je lah, masing2 pun busy dengan kehidupan masing2.  4 dari kami duduk KL/ Selangor tu pun jarang jumpa, apa entah lagi aku yang Perak ni.

So aku pergi kenduri siapa ni? Sampai sanggup travel ke JB. Cer teka, cer teka hahaha. Jengjeng.

Kami pergi kenduri Amira Othman dan Fattah Aminnn! Haha. #setulustakdirfattahamira aaaagitchewww.

Ramai tanya macam mana kami boleh dijemputt. Kiteeeeeee pun artis kottt haha. Tak la, aku kawan baik dengan kakak kepada AO. Dah kawan baik kan, takkan lah tidak dijemput kennn haha.

Kendurinya ada 2 sesi, sebab ada kawan aku travel hari yang sama dari KL maka kami pun ambil sesi petang. Lebih kepada nak jumpa kawan2 je ni, yela AO dengan FA kan boleh tengok kat TV lah apa la, kawan2 aku lambert lagi nak masuk TV hahaha. Kawan aku sorang ni je selalu masuk paper sebab dia majistret, tu pun masuk nama je haha.

Makanan punya banyak pilihan tapi paling win dessert and kami buat pilihan yang bijak pilih meja sebelah booth desserts haha. Walaupun pergi kenduri artis, tidaklah kami behave macam artis, kami tetaplah kami, cakap dengan orang sebelah macam orang tu 2 marhalah dari kami. Semua berebut nak cakap pada masa yang samaa 😑

Dah nak balik tu kami pergi la bergambar dengan retisss. Herlokkkk ye Fatah Amin tu depan2, flawless, memang sepadan la dengan Yaa. Dua2 pun sopan je melayan tetamu, senyum tak lekang walaupun nampak muka dah penat. Sian deme, 1st time aku dengar kenduri ada 2 sesi, mesti fenattt gilaa.

Kawan aku bengong kau tau, lepas laki dia salam dengan FA, dia pulak salam laki dia hahahhaha. Perangai tak senonoh tak berubah dari uni walaupun masing2 anak dah sekolah rendah dah haha.


😍

Semoga Ya dan Fattah kekal bahagia bersama hingga syurga. Dikurniakan anak comel2 yang soleh dan solehah. 



Paling sedapp. Orang JB boleh cari ni.







Dalam pukul 6pm kami gerak ke Melaka. Time kami kat JB aku ada bookingkan grab untuk Abah dengan Mama ronda-ronda kat Bandar Melaka, takde la dorang bosan dekat rumah je.

Kami sampai dalam pukul 9pm. Didi ajak ke Jonker Walk jalan2. Walaupun badan dah penat pergi juga sebab bukan selalu kan, Mama and Abah ikut sekali. Takde beli apa pun, memang jalan2 je ambil angin malam.

Aiskrim durian RM18. Nasib sedappp sangatt haha. 

Sini memang cuci mata je, mostly cina yang niaga



Esoknya kami gerak balik. Sebelum balik sempat cari telur mayong asam pedas.

Sedappp. Tapi agak pricey. Ke memang telur ikan mahal? huhu


Then sebelum gerak balik sempat pergi beli Keria Antarabangsa. Gigih la pun aku beratur, dekat sejam oii, nasib ada kerusi. Rasa berbaloi la beratur sebab sedapp. Makan panas2 pulak tu kannn. Alhamdulillah rejekiii.


Then kami beransur pulang, Didi nak lalu jalan belakang, dekat PD baru masuk hiway katanya. Kami pun santai2 lahh kawanku pergi mana laju2 sambil menikmati pemandangan kampung2 di Melaka. Time tu hujan renyai jalan memang basah.

Malang memang tidak berbau.

Tengah feeling2 layan perjalanan tepi laut tetibaa bukkkk dengar kami langgar sesuatu. Kuat bunyinya! Ah sudahhh! Kereta akuuuu! Bau kedai pun tak hilang lagiii.

Memang time tu ada sekumpulan RXZ tengah konvoi ramai2, rupanya ada sorang terbabas and motor dia terseret ke jalan kami! 😡 Dah tau jalan licin, time selekoh tak payah tunjuk hero.

Terus kami park tepi keluar kereta, tengok tayar pecah! Rim calar bersagat! Aduhhhhhh! Spoil betul. Dah la kereta ni takde tyre spareee! Aku memang selalu malang bab tayar huhu.


Lepas ada la sorang dua datang kat kami nak nego. Siap ada yang langsi eh cakap taknak bayar, dia cakap dia buat report RM300 then dia buat hal dia aku buat hal aku.

Hellloooo?! Tak semudah itu ye. Dia tak tau aku siapa. Aku malas nak deal sebab nanti jadi gaduh. Mama dah tenteramkan aku dah. So aku suruh Didi cakap kt dorang, siapa cakap aku nak buat hal aku je? Kalau insurans kau tak mampu bayar then aku bawak benda ni ke court, aku pun memang ada kawan lawyer accident kat Melaka. Aku ada rakaman dash cam bagai. Dari kau kena bayar ribu baik kau bayar RM500.

Akhirnya dorang bayar, ingat korang ramai, korang rempit aku takut ke? Heh. Dia jadi geram sebab ada yang kerek, berlagak, cakap lebih kurang. Aku malas nak reveal dorang kerja apa, aku siap boleh cari pegawai dorang kalau aku nak.

Nasib baik dari lokasi, dalam 2km ada kedai tayar so tak payah towing, dia datang bawak tayar kat tempat kejadian. Perjalanan drag 2 jam.

Dah settle semua kami pun teruskan perjalanan. Berhenti makan malam area Teluk Intan sebelum hantar Mama Abah balik. Malam tu jugak kami balik Ipoh sebab esoknya kerja. Alhamdulillah selamat sampai dalam pukul 12 malam.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!