Lama kan tak sembang kosong dekat sini. Bos aku takde 2 minggu pergi USA, so sedikit bernafas, legaaa. Haha. 1st time rasanya ada masa sedikit lapang setelah setahun berkerja di sini haha. Kalau tak hari-hari aku macam doktor dalam bilik kecemasan, ke sana sini, buat report itu ini.
Last weekend kami pergi KL sebab Didi ada training rugby. Pergi hari Sabtu, tu pun lepas Zohor baru gerak sebab sebelum tu aku mengisahkan hal baju bajan. Ya Allah segunung baju tak berlipat, baju balik umrah semua tu sebab huaa takde masa and takde mood hehe. Alhamdulillah lega gunung dah ditarah haha.
Sebelum masuk hiway kami singgah lunch di Restoran Pokok Belacan, Meru. Sini lauk banyakk walaupun datang dah lewat still banyak pilihan and rasa sedap. Ada dua kedai makan tengah hari yang aku suka dekat Meru; Gjee dan Pokok Belacan. Wait, Belacan ada pokok ke?
Kami meneruskan perjalanan dan singgah solat Asar dekat Tol Duta sebelum melapor diri ke TRX. Hehe. Sakan jugak berbelanja ke KL kali ni. Aku belikan shades Oakley untuk Didi as advance birthday gift.
Then kami makan dekat Kenny Hills Baker. First time makan dekat sana, order Peach Strudel and Pizza untuk our hi-tea. Wah gituuu haha. Didi cakap Peach Strudel tu macam biskut Hup Seng je rasa dia 😑
![]() |
| Pizza 2 flavours, seafood + hawaiian. Bagi aku sedap tapi biasa je, boleh dapat rasa yang sama dekat tenpat lain haha nothing wow |
![]() |
| Biskut Hup Seng dan buah peach. Sedapp aku suka! |
Sebelum balik aku singgah Innisfree nak beli hand lotion tapiiiiiiiiiiiiiiiiii SA telah meracun aku so aku keluar dengan satu set skincare huaaa. Memang la skincare ada yang nak habis dah tapi tak berniat pun nak beli 1 full set haha. Cuma worth it la sebab dapat 30%. Harap sesuai lah dengan kulit aku, aku tengah nak repair balik kulit kering and nak built barrier balik.
Kami dinner dekat Stiq, Wangsa Maju tempat favourite Didi kalau nak makan steak di jalanan. Dia je order, aku rasa-rasa je sebab dah kenyang.
Kami checked in dekat Swing & Pillows. Kalau nak tidur kejap je memang kami akan cari bilik murah je, tak koserr lah nak bayar mahal duduk tak sampai 12 jam. Time sampai tu pun dah 10pm. Ok la bilik dia for RM80. Bersih, bantal sedap, tilam tak rasa spring haha ada ruang yang cukup untuk solat, untuk letak beg. Minus point is air bilik mandi takder heater! Haha. Nasib la kami orang kampung memang dah biasa mandi air sejuk and air dia pressure tak kuat sangat. Parking dekat parking awam.
Esok paginya Didi pergi training while me continued sleeping haha. Pukul 10am bangun siap, Didi pun dah balik training and checked out pukul 11am.
Lepas checked out pergi Pasar Pudu nak beli ikan haha bukan ikan masak, ikan bela haha. Berjaya kami hijrahkan 4 ekor ikan dari KL ke Perak haha.
Sebelum balik pergi OU. Rindu OU, dulu time duduk KL selalu lepak sini. Mall nya semua ada, besarrrr tapi parking je entah pape. Susah cari parking and cara bayaran parking cara kuno. Ergh. Kami lunch Kfry, lama tak makan.
![]() |
| Sekali sekala teringin jugak |
Then nampak Camel Active ada buat kaw-kaw sale, Didi beli jeans RM69 dengan baju kerja RM49. Aku beli jaket jeans RM99, harga asal tambah lagi satu 9. Wow berbaloi! Lama cari jaket jeans, akhirnya dapat dengan harga jackpot walaupun tu jaket lelaki sebenarnya haha. Berbaloi Camel Active kalau dapat harga gitu.
Sebelum balik tapow Zus Coffee sebab aku yang kene drive, Didi penat training alolo syiann anjebaby kita HAHHAHAHAH *sila tengok cerita Libang Libu. Kami dah tengok Khamis lepas, lawak and santai ceritanya, pelakon semua padu-padu and banyak mesej yang disampaikan.
Alhamdulillah singgah jama' takhir dekat Tol Ipoh Selatan, sampai rumah dalam 6pm.
Rindu nak beraktiviti takde hala tuju macam ni, lama tak buat sebab kekangan masa sebelum ni. Rindu KL hehe
Sejak Didi dah kerja dekat ni, selalu memang lunch dengan dia and petang kami pergi hiking lepas balik kerja sebelum balik rumah. And it makes me realise that Didi je lah kawan baik aku sekarang, semua buat dengan dia. Yela kawan baik lain pun semua jauh and dah ada keluarga masing-masing. Kami je tetap berdua, tu jadi clingy agaknya. Semoga Allah memberkati hubungan kami dengan kasih sayangNya. Ameen.
K lah, duit pun banyak dah habis, marilah kita berjimat sehingga kiamat haha.
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!