Hari ni saja nak sembang-sembang kosong. Cey macam selama ni kau sembang berilmiah haha. Selalunya aku akan update pasal aku travel sana sini je, benda tu membantu tau tak sebab aku selalu jugak jadi bahan rujukan kawan-kawan tanya itu ini, kau ingat aku ingat? Haha Memang sinilah aku godek balik tengok ke mana aku pernah pergi, apa komen aku pasal tempat tu, apa nama kedainya bla bla bla hehe kadang-kadang rujuk untuk diri sendiri jugak.
Sajalah aku nak cerita rutin harian aku lately sebab ada sedikit perubahan, saja nak coretkan dekat sini, saja nak korang tauu aku rajin sikit sekarang huahuahua.
Sejak Didi kerja dekat ni, dia hari-hari balik rumah time rehat, yelah rumah 3km je oi dari ofis, jogging pun sampai cuma kuyup je lah *masukkan nada jeles di sini*. So sebagai isteri solehah *uhukk* aku pun sekarang ni memang masak SETIAP HARI kecuali weekend la hehe sebab weekend kami jarang ada dekat rumah, sama ada meronggeng atau balik rumah parents.
Selalu aku akan masak malam lah sebab tak kuasa nak bangun pepagi nak tung tung sahurr haha. Semua aku dah siapkan malam, bangun pagi tinggal nak potong timun ke goreng telur ke and panaskan lauk je. Disebabkan dah masak tu, aku pun mestilah terus bawa bekal untuk aku. Jimat masa tak payah turun beli makanan and jimat duit hehe.
Selalunya bangun pagi tu aku terus ke dapur, sambil siapkan bekal aku, aku masak telur separuh masak. So sebelum pergi kerja, kitorang breakfast telur separuh masak dulu.
Masalahnya kekadang tu aku tak tahu nak masak apa, Didi kalau tanya dia hari-hari makan ayam masak cili kering pun dia boleh, aku la pulak bosan. Last week aku ada masak kari ayam, sup tulang kambing, ayam cili kering, daging black pepper, apa entah lagi.
Semua simple-simple je aku masak, lepas la tekak kami and nasib Didi bukan jenis yang cerewet bab makan ni, dia makan je semua hehe. Andddd aku memang akan masak 1 lauk je sebab kami dua-dua jenis tak makan sayur huhu, paling tidak pun makan timun je la buat ulam and masukkan carrot dalam masakan. Tu je la haaa. Lagipun senang satu lauk, tak payah bawak banyak-banyak bekas ke office haha.
Sebelum ni jarang masak sebab beli je dekat office and malam pun kami jarang makan. Ni sejak dia balik rumah tengah hari, kita masak la eh.
Masa lepas office hour tu memang suntuk kan, kadang dah senja baru sampai rumah. Mana nak masak lagi, cuci baju, gosok baju, nak workout lagi etc. Sebelum tidur sempat la curi masa sikit dalam 30 minit nak baca buku. Dekat office memang tak sempat pun nak curi masa baca buku, ada la dapat kekadang time rehat tu curi 15minit baca buku.
Selalunya time lunch, sambil makan bekal dalam bilik aku tengoklah cerita dekat handphone. Sekarang aku layan Modern Family dekat Disney+. Kalau workout dekat treadmill aku selalu layan cerita Korea time tu. Tu kadang-kadang ada cuti memang nak bermalasan je, duduk depan TV layan Netflix sambil kunyah kuaci hehe.
Buku banyak nak baca, langgan Netlix dengan Disney+, apa yang kurang? Masa! Haha.
Oh by the way, Isnin depan aku tukar department baru (again), sempat setahun je dekat sini. Nak tukar ni pun lahai banyak betul drama, even the subject is me but I was not involved at all, aku hanya menonton drama bosses sambil makan popcorn. Yang sorang nak aku duduk department A, yang sorang nak aku duduk department B, sampai ada yang merajuklah hahaha adoi kelakar.
Aku? Aku ok je mana-mana. Kat mana pun aku akan belajar dan kat mana pun ada cabaran tersendiri. Ye dok? Cuma memang agak sayang sebab dekat department lama banyak lagi sebenarnya aku tak belajar tapi mungkin aku lebih diperlukan di department baru.
Doakan semua baik-baik je ye? Team lama aku best, team baru ni pun dengarnya bestt, Alhamdulillah. InshaAllah. Ni pun ada lagi sisa kerja yang aku kena settle kan sebelum hand over ke pegawai yang ganti aku. Hari ni je aku dah siapkan 2 paperworks.
All the best Nadia!
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!