”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/04/2026

Ride to KL for Snowflake

Last weekend kan cuti panjang, tapi aku tak ke mana pun. Even orang ambil cuti kapit Khamis Jumaat pun aku tak ambil sebab memang takde plan nak ke mana and kerja dekat office pun berlambak.

Raya hari tu pun aku tak balik Kuale, kebetulan Opah beraya dekat rumah makcik aku yang sebelah je dengan taman aku ni, Mak pun datang sana so kita beraya dekat Ipoh je lah tahun ni. Raya aidiladha aku tak pernah meriah selain dipenuhi dengan aktiviti makan dari tengah hari bawa ke lepas Maghrib haha.

So hari Isnin Didi tanya nak pergi mana? Aku cakap ikutkan nafsu aku sekarang aku nak makan ayam gepuk dengan snowflake. Pastu dia terus cakap, ok pergi siap, jom gerak. Wah semudah itu! Haha. Aku tanya nak kena bawa baju ke, dia cakap bawak je sepasang spare.

Aku pun kemas ala kadar je masuk dalam backpack. Kitorang decide nak merempit je sebab tahu azabnya trafik kalau musim cuti sekolah ni and we did the right decision.

Bismillah. Ajom kita. Kali ni santai tak pakai helmet full face sebab Didi sakit gigi haha

Lepas Zohor baru gerak, Didi bawak try ayam gepuk dekat Simpang Pulai yang kami tak pernah rasa lagi. Yang special situ ada lemak bakar, favourite Didi. Bagi aku ayam gepuk ni lebih kurang je semua rasa dia and tak pernah lagi aku pergi yang tak boleh telan, semua boleh dinikmati haha.

Hari tu aku ada baca orang ni cakap kenapa orang Malaysia suka sangat makan ayam gepuk padahal dekat Indonesia tu makanan b40 je. Soooo? Kalau makanan b40 pun emangnya tak layak disukai ke? Waduh2, pelik2 je manusia ni. Aku suka ayam gepuk sebab pedas, ayam juicy and simple meal hehe. Kaya la Indonesia makanan b40 ayam gepuk, aku tengok Bersamam,u orang Malaysia yang tak mampu makan nasi dengan air garam je. Huhu

Settle makan pun dah nak Asar, terus gerak ke KL. Kereta memang banyak, mostly jem along the journey. Kami singgah solat Asar dekat RnR Behrang, punya la ramai orang, bersempit dalam surau Petron.

Then meneruskan perjalanan and sampai hotel around 745pm. Alhamdulillah. Kali ni kami booking The Tres Hotel area Midvalley. Tu pun booking time makan ayam gepuk haha, nasib dah siap2 bawak baju spare.

Hotel tu comel gila wehh, lurvee the vibess. Bilik luas, bersih, lawaa, heater function, katil besar. Harga RM130/night. Murah kan? Lagi comel dia ada sediakan photobooth percuma, sempat la aku dengan Didi posing situ haha.




Dah settle down semua, dalam 830pm kami gerak ke MidValley by Grab sebab nak makan snowflake semata-mata haha. Dah lega dapat makan kami jalan-jalan cuci mata dalam mall kejap sebelum balik bilik sebab mall pun dah nak tutup time tu.

paling favourite 💛

Balik bilik, ambil kunci motor pergi ronda-ronda pusing KLCC haha. Dulu time duduk KL, selalu berangan kan best kalau ada motor, boleh ronda malam-malam layan angin kota. Tengok Allah makbulkan permintaan tu tapi time dah balik duduk Perak. Terpaksa angkut motor dari Perak ke KL haha. Apa2 pun Alhamdulillah.

Sebab rindu rumah lama, kami pergi lepak dekat NZ Curry House, Wangsa Maju. Dah nak midnight, kami pun balik bilik nak tidurr.

Esoknya dah nak waktu check out kami pun keluar. Pergi lunch dekat Ikan Bakar Tanglin. Cuaca cantik hari tu, Alhamdulillah. Takde la panas sangat nak ride. Then sempat singgah CBTL RnR Rawang nak mengopi. Tengah mengopi tu, waktu Zohor pun masuk so kami solat lah dulu.



hampir nak terbeli tapi sebab tak muat nak simpan dalam bonet motor tak jadi beli haha mesti Didi rasa bersyukur dalam hati dia


Then gerak balik, singgah kejap dekat RnR Tapah isi mintak motor. Alhamdulillah sampai rumah dalam 5pm gitu sebab tersinggah kejap kedai jual helmet yang baru bukak dekat Meru ni. Haha nasib tak terbeli je.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!