Last week aku ambil cuti, teman Didi kursus. Walhal member kursus hari Khamis je, Jumaat dua-dua ambil cuti sebab dah alang-alang ke KL, Didi pun ada tournament rugby dekat UKM weekend tu.
Hari Khamis kami gerak seawal 530am, kursus Didi start pukul 8.30am. Kami berhenti solat dekat Tg Malim. Aku tidur time tu, Didi drive sambil layan lagu, punya leka kena saman AES dekat Behrang wakakaka tu namanya benda nak jadi, selama ni beringat je. Rezeki JPJ haha.
Lepas Subuh aku pulak drive sampai KL. Alhamdulillah, arrived on time. Aku ada lunch date dengan kawan-kawan office lama, tapi lama nau lagi. To kill time aku lepak dekat CBTL Mont Kiara sambil buat kerja. Settle kerja, baca buku jap then it's a lunch time yeayyy! Sebelum aku keluar nak pergi lunch, aku singgah la toilet. Aku masuk memang takde paip air so confirmlah aku ingat ada built in bidet kan, dah settle sekali astagaaa built in bidet pun takde. Jenuhhh la oiii! Bodo apa la dekat Malaysia ada tandas macam tu, ingat dekat China ke? Nasib ada tisu basah and nasib bukan membuang yang besar. Yihh geli geliman aku! Btw ni bukan toilet CBTL, tapi toilet bangunan tu. Orang Mont Kiara kencing tak basuh ke? Erghhhhh!
![]() |
| 3 jam jugak lepak kat sini, 2 jam buat kerja sebab 2 jam je wifi available then sejam baca buku sementara tunggu lunch hour. |
Memula Didi punya kursus sampai petang, sekali jadi 1/2 day je. Aku pergi Publika sebab janji lunch dekat situ kengdian Didi datang naik Grab, join aku dengan kawan-kawan lunch. Ya Allah rindunya dekat dorang, bertahun dah tak jumpa tapi sesekali jumpa memang cakap tak berhenti. Update pasal diri memasing dan kawan sekeliling hehe.
Settle lunch kami pergi Masjid Wilayah untuk solat. Sepatutnya Didi ada training dekat Damansara tapi dia decide malas join so kami terus shoot ke Bangi, sewa Air BnB kat sana for 3 nights. Malam tu kami dinner dekat Mok Nab Nasi Kerabu, Bangi.
![]() |
| Cantik betul Masjid Wilayah ni, tetiba teringat Masjidil Haram. Ya Allah, rindunya!! |
Esoknya memang free time, takde any specific perancangan pun. Kami lunch dekat Rumah Hutan Bangi, sumpah mahal gila, tak berbaloi langsung dengan portion dengan rasa. Bayangkan kami makan berdua RM90. Ada ambil udang goreng RM30, ok accepted. Tapi yang lebihnya, satu mangkuk kecil kari daging, sekor ikan goreng besar tapak tangan aku, nasi dengan lemak bakar takkan sampai RM60 woiii! Mencekik darah betul. Merepek!
Lepas tu kami ke IOI Mall. Kat situ jalan-jalan je makan aiskrim lepas tu ada beli hadiah untuk kids, kami ada reunion hujung bulan ni, dekat Bangi jugak! Haha. Time tu pulak aku ada online meeting, sambil jalan sambil shopping sambil makan aiskrim sambil lah ber online meeting haha.
Hari Sabtu pepagi Didi turun beli breakfast untuk bini kesayangan dia dekat mamak bawah apartment je. Then aku hantar Didi pergi padang, aku tak join pun sebab takde parking and panasss haha. Nasib baik bilik dengan padang dekat amat, so aku balik lepak dalam bilik je. Takde la lepak sangat, aku buat kerja office yang tak pernah habis masa tu.
Bawah apartment tu ada Eco Shop maka aku pun turun lengkapkan gift kanak-kanak tu. Beli kudapan dekat 7e cafe untuk lapik perut sementara tunggu Didi balik nak makan sesama hehe.
Didi balik dalam Asar time tu, kawan dia hantar. Siap-siap semua kami pergi lagi sekali makan dekat Mok Nab tapi kali ni makan nasi putih. Kami memang gitu, kalau dah serasi dengan tekak memang malas dah nak explore kedai lain haha takut kecewa macam Rumah Hutan tu 😒 Sebelum balik sempat tapow Satay Kajang Samuri haha. Lapar sangat niii.
Esoknya Didi ada game lagi and kawan dia pick up so aku tak payah hantar. Pukul 10am aku dah siap-siap untuk check out. Sebab awal lagi aku terus ke Bangi Getaway Mall, lunch sorang-sorang. Settle lunch pergi merayap dekat MPH Bookstore, terbeli 3 buku padiaa hang ni TBR pun macam menara lagi. Tapi takpe, buku tak expired haha.
Sebelum menuju ke padang, sempat tapow Tealive dengan cream puff Kenangan. Saja try cream puff tu sebab orang kata sedap, bagi sweet tooth sedap la kot, bagi aku biasa je. Then aku pun menuju ke padang.
Time tunggu Didi habis game, aku ke toilet. Baru nak keluar toilet aku dengar sorang budak perempuan (player rugby) masuk toilet bising-bising, rupanya tengah call boyfriend. Aku tak jadi keluar sebab nak dengar gossip hahahahah. Weh dik kau kenapa bawak boyfriend masuk toilet, dengar kau buat 'bisnes' huaaaa tak segan ke? Akak dengan laki akak pun tak pernah gitu tauuu. Lantak kau la dik, harap nanti dah tua bila ingat balik rasa nak benam kepala dalam kuburlah haha.
Dalam Zohor gitu Didi pun settle game. Kami nak gerak balik. Dah nak keluar KL tetiba Didi ajak pergi MidValley haha, time dia ajak tu betul-betul lagi 3km nak sampai MidValley. Sebelum tu berhenti Petron dia nak mandi bagai.
Kat MidValley memang makan semata, aku teman Didi makan malatang, aku dah kenyang. Lepas tu mestilah wajib makan Snowflake haha. Then Didi bungkus wrap. Wah kemain makan tak ingat dunia.
Sampai Rawang aku drive sebab Didi nak tidur. Settle solat semua kami pun balik bertemankan kopi CBTL sambil dengar podcast Sembang Oyeah dengan Bob T20. Hahaha mengekek kami gelak sebab entahla, Bob tu ada betul apa dia cakap, tapi cara dia sampaikan tu sumpahla annoying tapi lawak haha.
Alhamdulillah sampai rumah sebelum Maghrib. Aku kena start diet ni, yang bukan-bukan je aku makan lately, tak jaga lansung huhu.

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!