10 - 11 SEPTEMBER 2026
Didi sejak duduk office baru ni rajin jugak outstation sebab dia jaga latihan, apa barang buat kursus dalam dewan pejabat kan? Kita perlukan suasano yang berbeza supaya ilmu lebih cepat diserap masuk aagituuu haha.
So Didi cakap dia ada kursus kena handle dekat Cameron Highland, dia tanya nak ikut tak? Sebab kursus dia mostly hari kerja. Lepas timbang tara itu ini, I feel like I need a vacation walaupun tau takde nak buat apa pun, just lepak duduk dalam hotel sebab Didi kena pergi kursus. Tapi nak ikutt gakkk! Haha
So aku pun apply cuti 2 hari dan bos saya pun approved. Dapat bos yang baik pun satu rezeki yang tak perlu engkau dustai hehe. Tapi time Didi pergi kursus aku bukak laptop buat kerja jugakk tauuu!
Didi punya kursus Khamis dan Jumaat tapi lepas maghrib hari Rabu kami dah gerak sebab Khamis tu pepagi dah start kursusnya.
Ontheway naik tu boleh pulak aku muntah haha. Nasib dah sampai bukan time tengah2 hutan Simpang Pulai tu. Ayyooo. Makin tua ni makin bukan2 motion sickness aku huhu. Lepas muntah sekali tepi jalan tu aku ok la dah. Haha
Kami sampai agak lewat, dalam pukul 11pm baru sampai. Terus checked in, aku lupa nama hotel tu sebab Didi yang booking, hotel lama tapi ok je. Hotel takde aircond bahahaha.
Malam tu memang aku tidur lena betul, selalunya kalau badan tak sihat memang aku tidur lena. Suasana pulak sejuk2 semulajadi gitu kan? Haruslah menambah lena.
Sepanjang Didi berkursus, aku memang me time betul lahhh! Layan angin sejuk sambil baca bukuuu. Sebab Didi sibuk, makanan pun aku grab je, dia bawa kereta ke tempat kursus so aku memang tak keluar.
Dia balik petang tu baru dia bawak aku keluar. Kitorang dinner makanan Thai. Ya Allah nikmatnya makan ikan steam panas dalam suasana sejukk. Sedap kedai tu, patutlah ramai orang. Lepas makan kami pergi jalan-jalan dekat Cameron Centrum, takde buat apa pun, cuci mata je. Pergi pun sebab tak pernah sampai.
Then balik hotel. Sebelum naik bilik kami lepak dekat parking lot. Didi duduk dalam bonet kereta sambil makan jagung bakar, aku duduk atas kerusi healing smabil minum Chagee. Sembang pasal kehidupan di dalam kedinginan malam.
Rindunya nak staycation. Busy betul aku sampai January ni asbab sambung belajar tu, nak curi masa nak staycation pun susah. Didi dah merentan nak staycation haha. Nanti kita plan ok?
Esoknya Didi habis kursus, kami pun checkout. Balik kami lalu Tapah sebab lalu Simpang Pulai jemm amatt. Padahal hari Jumaat. Rupanya memang start malam Khamis Cameron dah jem sebab orang Kedah dengan Kelantan datang bercuti, deme cuti Jumaat. Maknanya lepas ni kalau nak pergi Cameron kena pergi Selasa Rabu la gamaknya yeee.
![]() |
| Binatang ni seko aku beli dekat Centrum, seko aku beli dekat Cahagee. As kenangan, comel kan? Hehe |
![]() |
| Breakfast like a local. Kahhh locall pun tak bekfes gini oi |
![]() |
| Apa ke nama hotel belakang tu? Tu la hotel aku duduk 3 malam hehe |
![]() |
| Ni nama kedai tu. Restoran Highlands Tomyam. |
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!