”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/18/2017

Modul Polis

Minggu lepas seminggu aku bermastautin dekat Maktab PDRM Cheras untuk Modul Polis. Memang penat gila; mental and physical. Jadual pack dari pagi sampai malam. Kekadang time gap yang diberi untuk bersiap tukar attire tu tak logik. Dah la jauh (banyak tangga). Aku ingat dekat INTAN je ada hazab tangga ni. Kalau aku kat New Zealand nescaya aku pakai baju 3 pasang terus, nak guna tanggal je lapisan pertama.

Best sebenarnya modul ni, once in a life time experience. Cuma kitorang tak merasa pakai uniform polis sebab takde size, tak cukup aksesori. Tapi penat dia Tohan je yang tau sampai jadi tak enjoy sebab otak dah jem. Aku beberapa kali skip meal sebab nak tidur and hilang selera makan.

Pegawai kat sana semua cakap sayang sebab kitorang tak banyak masa nak buat semua benda, semua on theory je. Hence, the packed schedule. Macam batch lepas Modul Polis dorang 2 minggu so banyak benda praktikal dorang sempat buat. But Thanks God it wasn't 2 weeks haha. Tak pernah-pernah aku rindu kat INTAN, time modul tu aku rindu haha.

Kitorang belajar kawad. Sebelum ni aku cakap aku tak suka kawad kan? Kali ni aku enjoy pulak. Mungkin sebab jurulatih dia handsome baik. Sempoi gila la jurulatih kitorang. Sangat memahami. Kawad ni siap ada ujian, kena bagi command sorang-sorang. Aku punya slow nak bagi command sebab aku susah nak beza kiri kanan especially time aku takde sekali dalam barisan. Kawan-kawan aku semua dah kemam mulut dah tahan gelak sebab tahu kelemahan aku. Haha. Biadap! Overall, it went well.

Then ada ujian menembak. Dapat 22 peluru hidup. Sebelum ujian ada la dorang bagi teori and praktikal without peluru. Kitorang guna pistol P99 rasanya. Kalau bukan P mungkin K, kalau bukan K mungkin Q kalau bukan Q mungkin R. Diam Nadia, diam! Haha.

Dalam 20 bullets tu, 18 je masuk sasaran, lagi dua tak tahu tertembak kat mana. Mungkin hati sesiapa. Eh? Hahahha. It was worth and awesome experience. Peluru hidup tu, salah sasaran ada yang masuk kuburan haha. Aku ingat pistol ringan, berat jugak rupanya. Bila dah ramas picu tu, momentum pistol tu mesti terketuk tulang ibu jari aku, jenuh adjust. Sakit! Merah tangan aku *cebik mulut minta simpati*. 10 peluru tembak secara berdiri, lagi 10 secara melutut. Tangan aku bukan saja pengko malah shaking sebab pistol berat and nak aim tu ambil masa yang lama *cough* amateur *cough*

Then kitorang berpeluang tengok demo FRU. Menarik. Ada satu lori dia comel sangat macam Robocar Poli haha. Siap bos dia suruh bawak 2 ekor kuda FRU tunjuk kat kitorang. Kuda tu dari Australia, sado dan tak pernah digunakan lagi untuk tujuan FRU, ala-ala macam makan gaji buta la haha. 

Kitorang jugak berkesempatan melawat Jabatan Forensik PDRM dan bilik kawalan. Kagum dengan kecanggihan teknologi yang Malaysia ada. Macam-macam cerita di sebalik setiap big cases boleh dengar.

Dari segi teori pun menarik. Cuma ada kelas yang memang mengantuk dia tak boleh bla. Bukan sebab lectures bosan sebab badan dan otak sendiri yang penat. Aku adalah manusia yang jarang gila tidur time kelas, mengantuk tapi tahap yang boleh tahan. Tapi time kelas hari tu aku TERtidur ye, tak sedar tetiba tersenggok je. Ayooo.

Time kejadian memang rasa cepat je nak balik, rasa tortured. Tapi sekarang ingat balik, it was worth experiences yang tak semua orang awam berpeluang dapat. Thanks God, thanks PDRM! Kat sana kitorang ikut polis berikrar and nyanyi lagu polis. Balik INTAN rasa nak nyanyi lagu polis taknak nyanyi lagu DPA kahkahkah.

8 comments:

  1. Anonymous10/18/2017

    macam best je tapi takde apa2 gambar ke? hehe

    bullet tu berapa 22 ke 20 . confuse jap.

    Aku adalah manusia yang jarang gila tidur time kelas
    yang ni boleh caye ke? hehe




    ReplyDelete
    Replies
    1. adaa tapi malas nak transfer so I just posted it in my IG. maafkan kemalasan saya haha.

      22. 2 kene tembak luar sasaran. 20 kene tembak dalam sasaran

      sila percaya walaupun tak pernah dean list haha

      Delete
    2. Anonymous10/18/2017

      Saya maafkan. Haha. Kena kuatkan daya imaginasi ni :)

      Ingatkan lagi 2 tu simpan masuk poket buat kenangan. Haha

      Delete
    3. haha silakan. jana pemikiran yang kreatif dan kritis

      haha tak la, kalau boleh cilok, cilok dah, frame kan. plus kitorang ada ikrar tak cilok peluru sebelum bersurai haha

      Delete
  2. bestnya pengalaman dya

    ReplyDelete
  3. perghhh, main tembak2..cuak IQ...tapi serius, ianya pengalaman sangat berharga! salute!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. yes it's indeed a great experience. i hope everyone has chance to feel it

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!