Has been a week tak update blog. Waaa rindu nak cakap sorang2 and express-kan melalui typing. Da seminggu cakap dengan buku, and it was lame! haha.
Da habis 4 papers. Tinggal LAST paper. Tidak lain tidak bukan aku caps lock kan word LAST tu hanya untuk riak hahaha. Hak alah Nadia baru nak habis degree? Orang la da beranak pinak da T____T
Semua soalan aku boleh jawab, sempat jawab. Boleh jawab tak bermakna cemerlang. Soalan mintak section 24 Evidence Act 1950, tapi aku masukkan section 27 Evidence Act, itu juga termasuk dalam definisi boleh jawab! Kahhhhhhh.
Lagi beberapa hari je aku kat sini. Macam tak percaya. Ake jenis kira waktu berlalu bukan berdasar jam or hari. Contoh macam tadi aku dobi kain, dalam hati aku cakap; ni last aku guna mesin basuh dekat sini. Kalau aku tengah gosok gigi, teringat nak balik da mesti aku kira dalam hati berapa kali je lagi aku dapat gosok gigi kat sinki tu. Yes, psycho like that!
Last paper Khamis ni, tapi bergembira ibarat da habis paper haha. Ni lah dia penangan paper akhir, selalu jadi mangsa. Aku memang tekad taknak study langsung hari ni sebab 5 hari sebelum ni study tak berhenti. Ewahhh cemerlang sangat bunyinya haha.
Sumpah tak sabar nak habiskan exam, tapi tak sanggup nak tinggalkan kawan2. Rasa tak sedia nak melangkah ke alam perkahwinan perkerjaan. Tak sanggup fikir hari2 kena bangun pukul 8 nanti, kalau time belajar rasa taknak bangun tak payah bangun hehe. Nanti da kerja kalau malas kena pergi jugak, kalau time belajar kalau malas boleh suruh kawan sign-kan kah kah kah. Time kerja masuk kene thumb print, kalau boleh potong jari boleh jugak mintak tolong kawan buatkan haha. Kalau Dr. Ahmad Masum baca ni, mesti dia ceramah aku pasal amanah hehe. Time kerja takut bos garang, time belajar lecturers semua baik hati rajin layan perangai tak matang kitorang. Tak nak la keje. Nak nak nak errr nak nak, nak kahwinn boleh? *panggg!
Da la tak yah layan feeling, mari tengok movie! Ayuh!
Doakan for my LAST paper yawwww - Criminal Procedure II
nak kawin boleh, nak keje pun boleh ;)
ReplyDeleteselamat pengantin baru.
ReplyDeletelan: the choice is yours ye dak? :D
ReplyDeletenizamsani: tq tq. hadiah? :D