”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/29/2014

Filing Borang 6,7,8 & Notis Perbicaraan & Sijil Pengesahan Dokumen

Hari Selasa hari tu aku pergi filing borang2 di atas dengan penuh debar di Mahkamah Tinggi Jalan Duta KL. Aku tak suka court, I dont know why I choose Law as my course in University back then haha. Okay jangan melalut. Sebelum filing, pastikan papers in order. Begini susunannya;

1. Borang 6
2. Sijil perakuan ekhsibit A
3. Salinan sijil lahir
4. Sijil perakuan ekhsibit B
5. Salinan I/C
6. Sijil perakuan ekhsibit C
7. Salinan degree in BM & Salinan sijil kelayakan LPQB
8. Sijil perakuan ekhsibit D
9. Borang 7
10. Sijil perakuan ekhsibit E
11. Borang 7
12. Sijil perakuan ekhsibit F
13. Borang 8 & Sijil Ethic
14. Sijil perakuan ekhsibit G
15. Salinan sijil pengecualian BM
16. Sijil perakuan ekhsibit H
17. Sijil Penampalan
18. Notis Perbicaraan
19. Sijil Pengesahan Dokumen
*Bawa semua sijil asal, IC asal, sijil lahir asal untuk PKP buat pengesahan Dokumen

Procedure:
1. Kalau korang belum affirm borang 6, pergi kaunter bayaran, buat bayaran then pergi affirm. Sebelah kaunter bayaran ada kaunter pesuruhjaya sumpah. (RM20 - afidavit 1, sijil akuan ekhsibit 8)
2. Pergi kaunter 3 E-filing mintak borang presipi. Dekat borang Presipi tulis; (1) Borang 6, 7, 8 (2) Notis perbicaraan (3) Sijil perakuan dokumen. Means ada tiga instrumen
3. Pergi balik kaunter 3, kerani bagi nombor and amount caj biro perkhidmatan.
4. Pergi bayar caj biro dekat machine (RM30 - 3 instruments)
5. Tunggu nombor giliran, then kerani akan scan.
6. Tunggu nombor dipanggil lagi kat kaunter 17, ambil invoice
7. Pergi kaunter bayaran, bayar la apa lagi nak buat haha (RM256)
8. Pergi kaunter 18 kat kaunter e-filing, serahkan invoice yang da dibayar, nanti kerani bagi satu invoice cop BAYAR
9. Jangan balik lagi. Pergi naik ke RKKK, cakap nak buat pengesahan dokumen. Nanti dia tanya kau nak long call mana, kalau luar KL, dia bagi borang transfer. Letak 3 sebab; (1) Pempetisyen menetap di _____ (2) Pengajar dan mover menetap di _____ (3) Latihan dalam kamar di _______. Cukup, jangan bagi alasan lebih2, alasan je korang ni haha. Borang tu ada 2, and 2 salinan. So semua 4 keping.
10. Kalau korang pelajar outstation, bagitau kerani tu nak cek dokumen hari tu jugak, cakap la nak kejar bas/train, itik/ayam kat rumah takde siapa bagi makan
11. So tunggu kejap, kerani akan ambil semua sijil asal, salinan resit Disciplinary Fund dengan Instrument nak tunjuk dekat PKP.
12. Dia pulangkan sijil2 tu, dengan surat transfer dengan Instrument kat korang.
13. Keluar dari RKKK dengan rasa syukur, dan pergi tangkap gambar sebab entah bila lagi korang nak datang mahkamah tu. 

contoh tangkap gambar HAHA 

Dalam train on the way balik, aku da dapat email boleh extract sijil pengesahan dokumen.

Hari Rabu aku pergi High Court Taiping, serahkan borang transfer & Instrument. Tunggu tarikh dari mahkamah.

Sekian, for now. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!