Eyda. Salah sorang kawan terbest aku yang Allah kurniakan. Aku start rapat dengan dia dari form 4, sampai la. Kami kawan yang tak reti move on, walaupun masuk U lain2, kalau ada masalah kami cari each others jugak. Walau lama tak contact, sekali contact rupa tak pernah jauh. Dia la bila aku putus cinta, dia yang nangis hahaha.
Dah kahwin dah dia, dengan Syukri. First time aku jumpa Syuk, aku approved dah. Kakaka macam penting sangat je restu kau tu Beron! Sebelum jumpa dia dah cerita pasal Syuk, I likeee, suka cara Syuk layan dia. Sebab kawan2 baik aku mesti dapat laki yang terbaik, because they're too precious for any heart broken.
Jumaat lepas kerja, aku dengan Ros gerak pergi rumah Eyda dekat Temoh, Tapah. Kitorang sampai dalam pukul 8.30malam. Dia nikah dalam 9.30malam. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Eyda milik Syuk. Sedih weh tengok bila Eyda salam ibu ayah dia, tak tahu kenapa rasa sebak. Macam satu penyerahan yang mutlak dan suci.
Malam tu, aku, Ros, Mira, Ili, Sara, Berry dengan Intan tidur dengan pengantin. Sebelum tidur tolong bungkus telur untuk doorgift. Ibu Eyda orang Johor, so dorang ada bagi telur pindang. First time makan, sedap jugak.
Bila kumpul dengan kawan2, takde sesaat kitorang tak gelak. Masuk bilik dalam pukul 2pagi, lepas tu pening nak tidur macam mana ramai2. 3 orang tidur atas katil, 3 depan katil, 2 tepi katil. Lepas tu bau ibu Eyda masak sambal tumis pulak, mengundang perut berbunyi betul haha.
Aku tak tahu yang lain tidur pukul berapa, sebab dorang pakai inai. So aku pesan, pakaikan aku inai time aku tidur, bangun pagi esok aku nak ada inai kat kuku aku. So bangun Subuh aku jerit mana inai aku, takde pun hahaha. Sekoq-sekoq kepala pelaq pulak tu, tak kering gusi aku duduk dengan dorang.
Hari sanding kitorang jadi bridesmaids. Tapi sumpah macam tak berfunction je haha. Adat Johor ada tol, sebelum pengantin lelaki nak jumpa pengantin perempuan dekat pelamin, dia kena bayar tol. Kitorang la yang jaga depan pelamin. Yeayyy dapat angpau dari Syuk. Haha berpeluh Syuk keluarkan duit nak dapatkan isteri punya pasal.
Semua siap dalam bilik pengantin. Memang gamat! Haha
Cantiknya Eyda :)
Bridesmaid yang dihired khas untuk memeriahkan majlis dengan ketawa. Fazlina cant make it, doktor tu tengah study dekat India. Kena study elok2, next will be hers. ;)
Kawan2 MRSM Lenggong yang datang. Tak sempat sembang2 dengan budak laki, sibuk gelak haha.
Dalam pukul 4 kitorang balik sebab ada hal lain. I really had a great time and fun with those girls. This memory is too priceless for me. FREMMIN; sorang dah nak jadi Ummi, sorang dah selamat jadi isteri, sorang soon to be a wife, lagi 4 masih tergantung status kah kah kah. I love you girls, lillahita'ala. :)
To My Lovely Eyda, Selamat Pengantin Baru Sayang!
Semoga jadi isteri yang solehah untuk Syukri, dan ibu yang baik untuk bakal anak2 yang comel dan soleh.
I pray your marriage life full with happiness, laughter and blessing
I love you dearly!
semoga kamu dipertemukan jodoh dgn lelaki yang beriman. insyaAllah suatu hari nanti.
ReplyDeleteAmeen. InshaAllah, thank you for your kind doa :)
ReplyDelete