”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/14/2016

Bukit Kledang Ipoh

Petang Jumaat lepas habis kerja aku dengan 5 orang officemates pergi naik Bukit Kledang. Dekat je dengan office aku, dalam 10km kot. 

1st time aku nak naik bukit. Last aku naik bukit time aku darjah 5 kot wahaha. Naik guna kaki lah, naik guna kereta selalu haha. 

Aku ingat bukit dia macam acah-acah manja je. Sekali semput weh. Sejam aku naik. Tapi actually mendaki okay je, aku siap tinggal kawan-kawan jauh kat belakang. Hehe. Semua orang pandang aku pelik ingat perempuan gila mana berani hiking sorang-sorang. Aku rasa aku ada stamina sebab dah biasa jogging kot. Lagipun ada track so tak la risau aku menonong ke depan. 

Sampai atas kebetulan ada pelangi. Cantik. Worth the sweat. 

Tapiiii. Aku tak suka turun bukit. Tadi aku paling depan kan? Turun yes aku paling last. Aku rasa pergerakan aku tersekat-sekat nak turun. Bukit dia curam please! Rasa nak baring suruh orang sepak ke bawah. Syok jugak golek golek. 

Naik 540 petang sampai bawah balik 740 malam. Terus drive balik Kuale pulak tu. Takde lah penat mana actually. I enjoyed. InshaAllah will repeat it again. 


Perempuan Melayu terakhir tak aku? Atas bukit atas meja tetap bersimpuh. Haha


10 comments:

  1. sangattttt terakhir.. wkwkwkwkw... aku last panjat bukit atau gunung ialah.. ermmm.. masa aku study dulu.. hua hua hua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. kau habis study bila? kalau tahun lepas tak pe lah! kalau sedekad lalu aku tlg gelakkan je haha

      Delete
  2. auwww...ayu sangat gambar last tu...

    fuhhh, lama tak hiking, naik tangga anta anak rumah pengasuh tingkat lima pun penat oi~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayu kan? wahahha

      wohh lima tingkat tu! nanti lama-lama mesti relax je. baik untuk jantung jugak

      Delete
  3. Bersimpuh tu dah ayu dah, sekali rupanya bersimpuh atas meja...
    Hahahaha

    Hmmm...kalau nak ikut panjat bukit, dekat 10 tahun dah kot aku tak panjat.
    Kompom stamina ke laut :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha okay apa atas meja

      10 tahun? sama lah kitaaaa! naik bukit ni mental kena kuat. kalau x rasa nak bergolek ke bawah hehe

      Delete
    2. Naik ok gak walopon mengah. Turun sebab dah malas kan, aku rasa kalau ade gelongsor, memang aku nak gelongsor jer... tak pun geguling dari puncak sampai bawah... wkwkwk

      Delete
    3. haha kalau ada gelongsor aku lah manusia paling bersyukur!

      Delete
  4. Hahah..suka hati kau je duduk bersimpuh atas meja tu, baik x yah cipta kerusi la camni, kau nak duduk atas meja gak.haha..

    Aku last naik bukit???hmm...apsal mcm xde dlm memori aku pasal naik bukit ni. Oh,ye la... aku x pernah naik bukit lagi la. Teruknya life aku.T_T

    Haishh... Bila la nak dpt naik bukit ni, kau ni pun saja je bg aku jeles. Delete entri ni! Hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. bersimpuh atas kerusi tu tak muat weh >_<

      give it a try la, mana tau jadi hobi baru hehe

      hahaha jom jom aku teman :P

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!