”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/17/2016

Pulau Pangkor, Perak.

Sabtu lepas aku pergi Pulau Pangkor dengan family. Semua 4 kereta pergi. Bertolak dalam 7.40 pagi then singgah breakfast kejap. Kali ni first time pergi Pangkor naik ferry kat Marina bukan Lumut. Marina jalan nak ke Teluk Batik. Kejap gila perjalanan, 10 minit lebih kurang, tak sempat den nak berdengkur. Tambang pergi balik RM10, sama rate dengan Lumut tapi jimat dari segi masa. Park kereta kat situ sehari RM15.

Marina

 Dah sampai Pangkor naik van pergi Puteri Bayu Beach Resort dekat Pantai Pasir Bogak, dekat je dengan pekan Pangkor. Aku booking 4 Bayu Villas, tapi 3 bilik je available, satu rosak apa entah. So terpaksa ambil 1 bilik hotel. Aku guna rate staff kerajaan Negeri Perak. Cheaper tapi takde towel, toiletries, kettle, and iron. But worth the money. 1 Villa ada 1 katil Queen dan 1 katil Single and ada peti ais mini. Bilik air best sebab pressure air kuat, puas mandi. Villas kitorang betul-betul mengadap laut

Overall aku bagi resort ni 3 bintang. Kawasan cantik tapi tak berjaga sangat, kemuncup pun tak cantas. Manager dia pun sombong huh! Untuk rate dia, sebenarnya boleh dapat perkhidmatan yang lagi best.

Lepas makan, mengumpat dan solat, kitorang pergi pekan jalan-jalan. Mak aku beli ikan bilis la ikan masin la ikan sudah gaharu cendana pula la. Then makan kat kedai tepi jetty, sedap masakan-masakan dia. Harga pun berpatutan. Kalau keluar jetty, pergi je arah kiri memula nampak kedai-kedai jual baju then lalu tengah-tengah dia terus tuju kedai tu.

Petang balik salin baju terus terjun laut. Memacam aktiviti boleh buat. Jetski ada, snorkeling ada, banana boat ada, kuda ada, omputeh separuh bogel pun ada. Resort ni ada swimming pool, so kejap-kejap aku terjun pool, kejap-kejap aku terjun laut.

Malam pergi makan kat kedai Thai sebelah je dengan resort tu. Keluar resort ke kiri, kena jalan sikit. Pun sedap sebab seafood fresh, harga pun berpatutan. Kitorang jalan punyalah jauh dari lobby, rupanya ada lagi satu pintu yang dekat dengan villa kitorang untuk ke kedai tu. Ciss, terbakar lemak.

Pagi esok pulak sewa 1 boat pergi island hopping dengan snorkeling. RM15 sekepala. Aku tak heran sangatlah sebab dah biasa *biasa konon* snorkeling dekat tempat yang much better, so aku jeling-jeling je laut dekat Pangkor ni wahahaha. 

Pemandu boat tu bawak pusing pulau. Part paling aku suka bila dia drift, macho sangat rasa diri ini *tak pepasal aku yang macho*. Then dia tunjuk satu kawasan banglo ni, sewa semalam RM32,000. Gulp! Tertelan kuda laut rasanya dengar harga tu. Family Arab suka sewa situ selama SEBULAN! Gila apa! Hahaha. Michael Shcumacher pernah sewa situ.

Kitorang snorkeling kat Pulau Giam. Tak menarik sangat pun, biasa-biasa je. Air pun keruh, ikan pun nampak tak nampak. Bagi roti pun dia tak layan. Hek eleh setakat roti yang dah expired pulak tu kau bagi aku, baik aku makan rumpai laut boleh juga awet muda, kata ikan-ikan tersebut.

Singgah mandi dekat Monkey Bay. Situ air dia bersih dan jernih berbanding Pulau Giam dan Pantai Pasir Bogak. Ikan takde yang ada duyung *point dekat diri sendiri*. Satu boat semua family aku kecuali 4 orang.

Balik snorkeling sambung mandi kolam. Then balik. Tamatlah percutian ringkas dengan family aku. We had so much fun. Hari ni pakcik aku whatsapp tanya bila nak snorkeling lagi. Haha. Jangan over, pergi buat kerja nuh.

8 comments:

  1. Bestnya coti kat Pulau. Aku lanun dah 4 tahun tak pergi pulau.. huhuhuhuhu..last aku pergi pulau perhentian. Huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha lanun pencen ke kau bang? haha. aku last pergi pulau yg best ialah Redang. ouh rinduuuuuu!

      Delete
    2. Pulau Redang besttt...dah pergi gak.. Tioman, Perhentian, Redang, .. nak try Pulau pulau kat Sabah, tapi seriau lak kena culik.. kakakaka

      Delete
    3. tioman aku takk pernah pergi lagi. sabah pun dalam survey. takut jugak tp nak pergi jugak wakakkaka

      Delete
  2. Uuuuuu...Best! Best!
    Walaupun kau kata penginapan dan service boleh jadi lebih baik, tapi aku percaya trip ni jadi best pada kau sebab pergi dgn keluarga, kan?
    Cuba kalau pergi sengsorang, mesti asyik merungut je kerjanya, kan?
    Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss. you are absolutely right! kalau takde family aku tak pergi kot pangkor tu. haha.

      Delete
  3. Best giler dpt cuti dgn family. Aku nak plan cuti dgn family je mesti x jadik, ada je yg x boleh join...last2 x jadi terus..

    Disebabkan kau dh pernah pergi pulau yg best, mesti kau rasa mandi kolam lagi best kan masa kat sana...hehe..

    Bab snorkelling tu betul la, kalau xde ikan yg kerumun kt kita n xde batu karang yg cantik2, snorkelling jd x feel.

    Aku hari tu g Krabi pun x berapa best snorkelling. Ikan dia x friendly. Haha..mcm xde ikan je aku tgk. Much better lagi tioman la kalau nak snorkelling berbanding Krabi. Nasib baik aktiviti lain kt Krabi boleh tahan best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. family side ayah aku besar, so siapa tak dapat tu kita tinggalkan je haha. memang agak mustahil utk kumpul semua.

      haah ye wehhh, mandi kolam lagi best!

      kan, macam mandi air keruh semata hehe

      oh yeke? aku baru nak pergi Krabi April ni. aktiviti apa lagi best?

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!