”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/19/2016

Panduan menghadiri temuduga (terutamanya untuk jawatan kerajaan)

Aku kerja bahagian Human Resource dalam kerajaan, so dah banyak gila pe'el manusia yang datang interview yang aku tengok. Here are the some guidances that you can follow to make the interview process smooth.

1. Pakaian
Sila lah pakai pakaian yang selayaknya. Dress code is the first impression. Lantaklah kat luar kau gothic ke punk ke tapi kalau nak datang interview sila berpakaian formal. Janganlah ikut sangat kehendak hati aku taknak jadi hipokrit, aku nak jadi diri sendiri tu. Ni pergi bantai datang interview pakai selipar bunyi macam terompah kau dah kenapa jon? Please have common senses. Kalau pergi interview sah-sah dah cukup umur dah kenapa benda simple pun tak boleh fikir?

2. Susunan sijil dalam fail
Please susun sijil asal (highly recommended) dalam file clear folder. Janganlah kau taruk semua dalam envelope lepas tu kau nak panel temuduga selak sijil-sijil kau sehingga bertaburan ke macam mana? 

Susun sijil dari qualification tertinggi sampailah terendah. Contoh: Phd, Master, Degree, Diploma, Sijil, SPM, PMR, UPSR, Tadika Kemas, Sijil berhenti Breastfeeding. Lepas tu baru masuk susunan sijil kau lari dalam guni ke makan telur ayam mentah ke. Sijil penyertaan susun dari tahun terkini hingga terdahulu. 

Transkrip peperiksaan setiap semester jangan lupa. Kalau interview untuk government bagi copy yang dalam Bahasa Melayu. 

Lagi satu tolong ambil sijil SPM korang kat sekolah. Jangan bagi slip keputusan SPM je, tu hanya bersifat sementara. Yang valid sijil. Nak tergelak pun ada bila tak tahu SPM ada sijil. Ada tu umur dah 25 tak ambil-ambil lagi. Buat kena gelak dengan kerani sekolah je. 

Buat pengesahan salinan sijil-sijil dengan pegawai kerajaan yang gred 41 ke atas or Penghulu pun boleh buat pengesahan sijil. Tu je orang yang boleh sahkan sijil. Unless told otherwise.  

3. Ibu Bapa / Penjaga
Aku tahu kepentingan parents sebagai support system kita. Aku pun pergi mana-mana interview parents teman, mostly. Tapi parents aku tak teman sampai ke ruang temuduga, dorang just hantar sebab taknak aku kalut cari parking bagai. 

Dan aku tak kisah pun parents yang nak tunggu sama dekat ruang menunggu. Tapi please la jangan bawak makcik, pakcik, sepupu yang tak putus susu sekali. Cukup-cukuplah bawa 1 bas keluarga time konvo, this is interview bukan nak meraikan kau dapat kerja pun. Bising akan mengganggu prosess temuduga. 

And please berdikari. Janganlah ayah or mak yang approach meja pendaftaran tanya kan bermacam hal dan tolong serahkan dokumen. Alahai kalau gitu baik interview ayah kau je ye dak? Sah-sah nampak boleh bekerja sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.  

4. Know your field. 
Be confident. Study bab jawatan yang kau nak temuduga tu. Study current issue, lagi syok kalau ada kaitan dengan jawatan. Expand your general knowledge jangan asyik nak baca Beautifulnara je. Selalunya panel temuduga ni dia akan tanya within your expertise je. Contoh: dari pengalaman kerja-kerja lampau, berdasarkan setiap aktiviti yang kau pernah involved. Takdenya dia tanya benda luar alam. Tapi be prepared. Kau nak interview untuk jawatan Pemandu janganlah baca bab pertanian pulak. 

Tu je kot buat masa ni. Ni dari pengalaman aku sendiri lah. Hope it helps :)

22 comments:

  1. Tips yg sangat berguna utk calon temuduga.
    Pertama kali dapat temuduga gov. Sebelum temuduga, pegi cari kawan kat pejabat tanah utk tanya tips, soklan yg ditanya, pemakaian etc. Nebess toksah cita hehe.Tips yang saya dapat. Baju warna yg soft, tudung bawal ( tahun 2012) kasut sarung itam. Senarai tugas wajib baca, lain2 pengetahuan am. Sijil masuk adlam clear fail.Cara susunan sijil. Tapi saya terbalik plak isi, dari yg rendah. Hihihi. Tq tips.

    masa nak datang, mak n pakcik antar. Tapi tak masuk atas. Duduk kat cafe. Dalam bilik, masuk je takleh duduk dulu. bagi salam. Agak gerun jugak dalam tu haha. Macam2 ditanya. Dun, parlimen sesuatu kawasan. Bagi kesmpulan artikel dlm english etc. Lama gak. dekat setengah jam.

    Alhamdulillah. saya dapat. dah nak masuk 4 tahun servis. Kali pertama dapat iv setelah dr abis form 6 kita apply.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe u got good points there too. ye kerja kerajaan mmg kena tahu la serba sedikit dasar kerajaan. Siapa PM, TPM bla bla bla. Kalau dengan kerajaan Negeri siapa Setiausaha Kerajaan, siapa Sultan, ada berapa daerah bla bla bla. Oh maybe cara kat tempat lain adalah lain. Macam kat sini kita praktis yg high level dulu kat depan hehe.

      Alhamdulillah :) Semoga terus berbakti kepada negara dan rakyat :)

      Delete
    2. Hehehe tula. Soalan ikut logik pon ada. Nak goreng, goreng. Haha. Kita tak sangka dia tanya soalan2 tu. Tp senarai tugas n jawatan tu wajib hafal. take note ye sapa yg nak pegi intebiu tu.

      Alhamdulillah. Pssstt. Tgh proses nak tuko ikut hasben tp tak dapat2 lagi ni :p

      Delete
    3. hehe betul tuuuu.

      awak lantikan federal ke? ala dept sy bukan bab pertukaran. hehe


      Delete
    4. haha saye sajela awk. nak share hahaha.

      kita state. nak pegi federal. stakat ni tggal urusan kat spa je. yg state dah lepaskan tanpa pengganti. Legaaaa

      Delete
    5. Oh state mana? Sy pun state hehe. InshaAllah dipermudahkan :)

      Delete
  2. Fuh.. Neves pulak dengan tajuk job interview ni. Aku agak gerun bab-bab interview so dari lepas grad sampai la sekarang, tak pernah tukar keje. HAHAHAHA.

    Good tips, tuan tanah.
    Oh, by the way, sijil berhenti breastfeeding? HAHAHAHA aku gelak keras

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. siapa je tak gerun. another tips: redah je, panel pun manusia bukan naga. Plus kita manusia kot, bukan semua kita tahu but be prepared.

      hehe thankyou :)

      Delete
  3. Hahahaa serius ada sedara mara temankan? Manja nya. Aku dulu interview pegi sorg je walaupun aku bongsu. Klau aku bos, aku akan ambik staff yg pergi sendirian, huahahahaha doakan aku tak jd mana2 boss :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. macam dah dapat kerja lagaknya. hahaha boss duduk dalam x nampak bawak family ke tak so dont worry hehe.

      Delete
  4. Nice tips nad! IQ pun mungkin ada temuduga minggu depan, itu pun kalau dipanggil.

    Satu benda je IQ sangkut bab interbiu ni...GUGUP! grrr~

    ReplyDelete
    Replies
    1. good luck IQ. nadia nak elak gugup nadia set yg org tu manusia jugakkk haha. dia tanya jawab, x tahu cakap x tahu hehe. and prepare well hehe.

      Delete
  5. Setakat ni aku belum pernah pergi interview gomen sebab jawatan2 yang aku mintak melalui SPA semua takde kekosongan..hahaha.. Aku pun taktau, dah takde kekosongan aku mintak buat ape ntah..haha.. tapi alhamdulillah sekarang berkerja walaupun di sektor swasta..^^

    Good tips btw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe rezeki kau di swasta la tu. tak kisah la kan, janji ada kerja and happy hehe.

      thankyou! :)

      Delete
  6. Nice one, Nad.
    Tersembur kacang yang aku kunyah masa baca part sijil berhenti breastfeeding tu. Kau punya lawak memang sesuatu. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thankyou.
      nasib baik tersembur kalau tercekik I'm sorry hahaha

      Delete
  7. Umur 25 tapi x pernah ambil sijil SPM lagi? Biar betul... selama ni dia buat apa je la dari umur 18 tu. Nak sambung study pun nak kena ada sijil SPM.

    Tips yg bagus. Aku sampai kena tegur dgn panel hari tu bab susun fail tu. Aku tak letak dlm clear folder. Tapi, aku cool je mengiyakan cakap panel tu, buat la rasa bersalah sikit dan cakap aku akan beli clear file tu lepas ni, so diorg pun ok je...haha...

    Aku seram gak kalau nak gi interview ni. Tapi, bila dh set dlam kepala yg panel tu pun manusia dan interview ni merupakan salah satu opportunity aku utk berbaik2 sesama manusia, maka aku redah je. So,kesannya still gugup jugak masa interview tu. haha...

    Pastu panel tu acah2 gertak aku pulak, tanya kenapa aku nampak takut... aku balas "ye ke nampak sgt ke sy nervous?" sambil senyum2 buat2 cool padahal memang nervous. Lepas tu dia pun try tanya soalan2 utk cooldown kan aku, then aku terus cool dan dpt kerja. So kesimpulannya, HR yg aku jumpa semua baik2, kau baik x? haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? tapi dia ada diploma. musykil aku.

      haha beli! jangan x beli. aku pun hangin org bg guna envelope ni haha.

      gugup tu standard la. dapat tutup dengan tak je hehe

      aku bukan panel haha. panel aku pernah jumpa pun mmg baik2. ada la sorang yang killer. selambe je aku cakap sorry aku x tahu benda tu hahaha

      Delete
  8. dah 8 kali pegi interview SPA8 kena reject, kali ke-9 interview dgn SPP baru dapat keje gomen. hahahaha. nmpak x SPA lgsung xnk ambik kome keje dgn deme? haha. and IV kali ke 9 tu mmg x berharap lgsung, dan yg itulah yg dapat. hehe alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tahniah. selalunya yang tak mengharap tu la dapat hehe

      Delete
  9. Anonymous1/10/2017

    Assalamualaikum, saya ada dpt panggilan interview utk jawatan pegawai tadbir akaun dr spa perak. Boleh tak saya nak tahu serba sedikit apa yg mungkin di tanya selain skop kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. perlu tahu isu semasa, general knowledge, and pasal pentadbiran perak.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!