Aku baru habis bercuti 5 hari ni, wahhh heaven gila. Dari hari Khamis sampai semalam. Hari ni baru masuk kerja. Hari Khamis aku pergi service kereta Axia aku untuk 20k km. Kena dalam RM320.00. Yang aku tau tukar minyak hitam dengan minyak gear. Minyak wangi pun tukar, tapi tu aku tukar sendiri lah.
Baru nak enjoy berjalan, melayang RM320 dah. Tapi takpelah, demi kesejahteraan kereta tercinta haha.
Hari Jumaat sebelum subuh kitorang bertolak ke Kelantan nak hantar adik aku praktikal kat sana. Kemain jauh praktikal. Pergi 4 kereta. So faham-faham lah, agenda utamanya bukanlah hantar adik. Sambil menyelam minum air kekdahnya haha.
Singgah puncak Banjaran Titiwangsa. Sejukkk brrrr. Sebelah aku adik-adik aku, yang lain cousins. Aku paling tua weh T___T
First stop kami kat Rantau Panjang. Rantau Panjang ni best kalau kau nak shopping pakaian macam blouse, jersey, tracksuit. Blouse kat tempat lain RM45, kat sana boleh dapat RM25. Tapi aku tak shopping sangat sebab panas *diva* and nak cepat. Takpelah, next time. Tak shopping sangat tu habislah jugak RM200 haha.
Kemudian pergi cari rumah sewa adik aku dekat Kota Bharu. Kitorang tidur kat Pantai Cahaya Bulan (PCB). Petang-petang pergi makan cucuk-cucuk tepi pantai sambil minum air kelapa, layannnn. Kat PCB dah ada benteng kat laut tu, tapi serius air dia bergelora gila, tak pernah aku tengok air segelora tu dengan angin sekuat alamnya, nasib baik dah gemuk, kalau tak terbang aku dibawa angin lalu haha.
Time ni hujan sebenarnya, poyo sangat sanggup berhujan untuk sekeping gambar bajet ini haha. Maafkan selipar aku yang rupa orang dalam pantang itu.
Hari kedua pergi Pengkalan Kubur. Sini best kalau kau nak shopping periuk belanga senduk sudip mangkok hayun bagai. Chocolate kat sini pun murah dari kat Rantau Panjang. Handbag kat sini pun okay design dia. Kat Rantau Panjang banyak handbag berjenama yang ciplak. Aku tak minat sebab design orang tua and ciplak wahahaha. Aku tak suka feeling-feeling pakai Gucci padahal ciplak. Baik aku pakai yang sah-sah takde jenama. Apa ada hal? Kat sini beg takde jenama langsung tapi cantik, sesuai untuk remaja. Auwww remaja. Harga sekali ganda dari yang online.
Then pergi Pasar Siti Khadijah. Sini best beli kain ela dan keropok-keropok. Kain dia cantik-cantik, berkualiti and murah. Rambang mata.Malam hantar adik pergi rumah sewa dia.
Hari Ahad kami berangkat pulang dan selamat sampai rumah pukul 7 petang. Alhamdulillah. Pergi Kelantan kali ni banyak hujan, so ada la sejuknya. Sampai Perak panas kedaung balik.
Sekian sahaja percutian aku kali ni. Family aku memang jarang gila bercuti kami je, selalunya mesti becuti secara rombongan Mak Temah.
Dah 2 tahun aku tak pergi Kelantan, aku tengok banyak tempat dah upgrade tandas. Syabas! Sebab tandas lah paling penting especially untuk pusat pelancongan. But still aku tak boleh terima masakan Kelantan sangat, manis. Hoho. So mak aku terpaksa bawa nasi periuk dapur gas bagai supaya aku tak mati kebuluran.
Kat Kelantan ni dari pemerhatian aku, perempuan yang banyak berniaga. Laki aku banyak nampak di kedai kopi main lawan bunyi burung. Laki tua lah, yang muda ada la beberapa kerat, yang lain mungkin sedang bekerja dengan kerajaan.
Bulan puasa nanti kena ke sana balik ambil adik aku.
Aku sampai Kelantan sekali je, tu pun sebab abang aku kahwin orang sana.
ReplyDeleteTapi memang betul. kat Kelantan banyak perempuan yg berniaga. Kalau tanya orang lain dia akan kata lelaki Kelantan pemalas, tapi aku rasa lelaki Kelantan (yang muda) banyak berhijrah ke Lembah Klang, berniaga dekat sini pula. Diorang rajin je aku tengok. Hahahahah
haha aku pun ada dengar statement tu. tapi aku cuba bersangka baik. it's a general statement but for every general statement, there is exception hehe.
DeletePerempuan kalau x shopping pun habis RM200...mak aihhh. Kalau dah habis seribu hinggit baru nak dikira shopping ke apa...Aku kalau x shopping, memang x keluar duit la. Pastu balik mula la fikir apa point aku pergi jalan tadi...haha..
ReplyDeleteSekali je kot aku pernah pergi kelantan masa kecik2 dulu. Tak ingat dah, aku ingat keropok lekor je. Jap, keropok lekor kat terengganu kan? Hmm...entahlah...aku pun x ingat aku pergi kelantan ke terengganu masa kecik tu...hahaha...
Btw, selipar kau style weh....jarang nampak perempuan pakai stokin pastu pakai selipar camtu...selalu dah pakai selipar camtu x pakai stokin. Betul kan kau pakai stokin tu? Ke memang kaki kau hitam. Kahkah..
haha u'll never understand woman, so good luck! hahaha.
Deletekeropok lekor kelantan ada terengganu ada. terengganu popular dengan keropok lekor losong weh sedap wehhh.
aah. sebenarnya selalu aku pakai skinsock dengan selipar cmtu tp sebab sblm tu aku pakai sneakers, tu aku pakai stokin lagu tu haha.
Aku dah lama tak pergi Kelantan.. last aku pergi.. like 7 tahun lepas... wkwkwkw
ReplyDeletehaha. puasa ni aku nak pergi lagi, jom? hahaha
Delete