”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

3/03/2016

Sesuai ke bawa anak kecil ke majlis formal?

Semalam aku pergi Majlis Perasmian Tilawah Quran. Jangan tetiba nak buat aku bini please hahahha. Majlis-majlis macam tu of course orang kenamaan yang akan rasmi, so memang majlis formal lah. Tilawah Quran kot kau, bukan Fit Malaysia ke apa.

Majlis-majlis macam ni kita sedia maklum yang tempat duduk lelaki akan diasingkan dengan perempuan. Kau ingat kau pergi tengok wayang nak duduk couple seat? Haha. Hatta suami isteri pun kena dipisahkan kejap. Alah kejap je, jangan nak clingy sangat haha.

So ada la seorang perempuan muda ni duduk area tempat aku duduk, which is group depan stage. Dia ada 2 anak perempuan yang masih kecil, mungkin seorang 3 tahun dan seorang 1 tahun. Dua-dua dekat dia. Yang si kakak tidur dalam stroller, adik atas riba mak dia.

Around majlis perasmian which orang kenamaan tengah bagi ucapan tetiba si kakak tadi bangun dari tidur. Kau faham lah bebudak kan, ada yang jenis bangun tidur memang mood swing gila especially kalau tak cukup tidur. Even aku yang dah boleh jadi mak budak ni pun kalau bangun tidur need some time untuk concious secara waras balik, kau jangan nak bergurau dengan aku time aku baru bangun tidur, ada kena smack down karang haha. Lepas aku cuci muka, minum air sikit, ha boleh la try masuk line, kalau aku tak layan, tunggu lagi 5 minit hahaha. Kalau aku bangun tidur and lapar tapi takde makanan lagi la mood aku swing hahaha. Eh ni nak cerita pasal aku ke budak tu? Haha

Okay berbalik kepada si kakak tadi. Dia punya mengamuk tu memang 1 dewan la dengar, memang dia menutupi suara orang yang tengah berucap. Orang sebelah mak dia try ambil adik dia so mak dia boleh tenangkan kakak dia tapi kakak dia ni memang angin kus-kus satu badan agaknya, langsung tak boleh dibawa berunding. Ada budak memang tak boleh dipujuk, buatlah apa cara sekali pun, jemput clown ke, kenalkan kat bakal suami ke, bagi satu box aiskrim ke, memang non layann.

Lepas tu adik pulak nangis sebab taknak duduk atas riba stranger. Bagus adik ni baru setahun dah faham konsep don't trust strangers haha. So lagi haru jadinya! Kesian gila tengok mak dia, sebab macam dah blur nak handle and malu pun satu hal, 1 dewan kot tengok dorang. Mungkin selama ni tantrum anak suami dia yang handle. Last-last dorang keluar. 

So opinion aku lah kan, kalau anak kecil lagi janganlah bawak dulu ke majlis-majlis formal. You know your children better. Bukan je yang suka mengamuk tak tentu pasal, yang nakal yakmat pun sekali la. Yang berlari sana sini, kacau videoman. Takkan mak pak nak kejar anak 1 dewan sambil terpekik terlolong marahkan dorang pulak kan, kena la cover bajet-bajet mak pak paling sopan dalam dunia. Padahal dalam hati Tuhan je tahu; kau nanti kau, dalam kereta kau siap, tak payah tunggu sampai rumah. Haha.

 Benda ni akan mengganggu majlis. Ye bagus nak bagi pendedahan awal kat anak-anak, tapi too young pun tak kena. Banyak lagi cara lain, TV kan ada, Internet pun ada. Bukan apa kesian kat bebudak tu dengan mak pak budak tu sekali. Datang jauh-jauh bersiap cantik-cantik last-last kena balik jugak. Kan lagi best pakai baju kelawar dalam rumah sambil tengok depan TV, anak nak mengamuk pun orang dalam TV tak dengar haha.

Budak yang dah sekolah, yang dah faham bahasa memang elok bawak, hambat kan kalau taknak pergi. And kalau bawak anak bagi la suami handle sikit isteri handle sikit. Takpe aih anak perempuan kecil duduk dengan ayah, tak batal air semayang kalau bersentuhan dengan orang sebelah.

Teringat sorang cousin aku yang kuat tantrum kalau salah cara kejut tidur. Hari tu sepupu aku lagi sorang kejutkan dia dari tidur, time tu umur dia dah 9 tahun kot! haha. Kau tau boleh dia mengamuk sakan sambil menjerit-jerit 'Kita nak ummi kita jugak yang kejutkan kita' Hahahaha -_-''. Kau dah bangun dah pun diknon oi. Lepas tu suruh dia pura-pura tidur balik so nanti biar ummi dia kejut, lagi dia mengamuk hahahahha.

Ya Allah janganlah aku dapat anak gitu, aku ni kurang sabar orangnya hahaha.



21 comments:

  1. Setuju.. Kesian kat budak pun ye bwak kat majlis-majlis rasmi camtu. Lagi satu tempat yang tak wajar bawak budak kecik adalah karnival. Dah la bingit, panas. Kesian budak tu. Kesian jugak kat orang lain kena sabar dengan karenah anak kau.

    Aku simpati kat mak ayah yang jenis suka outing tapi ada anak kecik yang suka meragam. Tapi itulah yang dinamakan pengorbanan. Korbankan dulu la nak panjang langkah pun.

    Eh terbebel pulak kat sini. Aku memang banyak tak puas hati ngan mak bapak yang bawak anak kat tempat2 yang tak sepatutnya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tu pun aku setuju. aku pernah jumpa budak tu baru lepas pantang aku rasa mak dia bawak keluar malam ke kwsn org ramai berpesta hoho.

      yes, mak pak mmg kena banyak berkorban, sbb tu kita kalau jd anak derhaka mmg patut kena cmpk dlm jahanam.

      Delete
    2. Ha, aku pernah jumpa mak dlm pantang bwk baby yg masih merah ke dlm kfc. Terus mati selera aku.

      Bukan nk hina. Tp bby baru lahir belum ada rupa, better sikit je dr janin. Org tua dulu cukup pantang bwk newborn ni keluar jalan2. Call me an ol skul but ill stick to pantang larang when it comes to beranak ni, hehe

      Delete
    3. hehe aku pun percaya pd pantang beranak ni wpun mcm susah je nk ikut hehe

      Delete
  2. Bersangka baik, mana tahu xde org nk mengasuh kt rumah terpaksa bawak. Hahahahaha.

    Nasib baik dalam 18 org anak buah aku takde sorg pun yg moody time bangun tido. Paling kurang pun diorg akn diam sampai lah ibu dtg ambik. Ada sorg tu siap nk tido dgn aku lg klau kt kg. Ada yg bangun sambil senyum yaAllah sejuknya perut walau bukan aku yg kandung, kahkah

    Jd aku harap anak aku nnt tak pecahkan tradisi jd budak sopan ni. Hnss.

    Tp kan bebudak ni kadang masa outing lah diorg nk 'menunjuk' sgt, buat perangai yg memalukan mak pak. Kt rumah okey je, aduh pening mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. on the other hand, point aku mak pak tu pun tak payah pergi dulu, tengok kt tv je hahahhaa.

      ala sweet nya nak tidur dgn kau, blh jd ibu dah ni hehe.ye weh kalau yg bgn senyum tu mmg menyejukkan hati.

      haha elok kau berdoa dr skrg.

      haha tu pun ye. mungkin ada yg jenis x suka crowd selalu dlm rumah aman je

      Delete
  3. Hahaha, mak aku selalu citer pasal abang2 dia.. Kalau bergaduh, nak balas2 pukul sampai tertidor-tidor. bangun sambung balik.. tambah2 kalau nangis..adeyh..

    Hmmmm, tepat sekali.. Better takyah bawakla, belum masanya lagi.. Macam kau cakap, kesian kat parents..dan audince.. penat tengok, rasa kesian kat parents tu, rasa bersalah sebab tak dapat tolong..yang menyumpah2 tuh lantak diala.. majlis agama kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kalau lelaki gaya lain pulak pe'elnya, perempuan ni dari kecik emosi haha.

      aah kita nk tlg pun x tahu nk tlg apa. tlg tgk je la. hoho

      Delete
  4. pergi Tilawah Al Quran.. ambui.. bak sini alamat, nak hanto rombongan menimang...

    koh koh koh...

    Aku dah lama prektis macam mana nak kejut bebudak. Setakat ni, aku boleh kejut bebudak tanpa menyebabkan diorang tantrum atau mamai. Dah lama jaga Mem Kecik dan dulu pun Mak Aku suka jaga nak orang.

    Sebelum kejut, sentuh tangan diorang dengan lembut tapi kemas, lepas tu bagi salam, sebut nama diorang dengan nada lembut. Insya Allah, diorang boleh jaga dengan mudah.. hue hue hue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa nk kejutkan budak tu. better let them sleep like.. forever? muahahahaha!

      oh k k k kejutkn anak org sbb parents dia dh sampai, k.

      Delete
    2. Aku bagi salam sekali pastu tutup kipas sampai la dia pandai bangun sendiri..HAHAHAHA

      Delete
    3. zyra: bebudak ni kalau tidur rindu, bila dorang nakal ke tantrum ke cranky mmg rasa nak suruh tidur haha

      Day Goon: hahaha kalau main tutup kipas ni aku pun blh mengamuk haha

      Delete
  5. hahaha. wahhhh! bagusnya tips. nnt nk try...........kat anak aku..............yg entah bila akan wujud hahahahha.

    ingat kejut kena pegang kaki hehe

    ReplyDelete
  6. Pada aku satu je, mak abah macam ni selalunya underestimate kemampuan anak-anak kecik mereka. Masa merancang mesti ada terfikir, "alaa, anak I elok je baik je dengar kata takkan kacau orang, so okey laa bawak pergi majlis formal". In the end sendiri yang pening kepala.
    Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha maybe la kan. kt rumah anak dia baik je. children are unpredictable. ada yg mmg kat rumah baik tapi kat crowd buat hal. sabo je la mak oi haha

      Delete
  7. Memang tak sesuai bawa anak-anak kecil gi majlis formal.
    Kalau tiada orang nak jaga salah seorang tinggallah kat rumah jaga anak.
    Kalau ada kawan tanya nape tak datang alasan munasabah sangat tu jaga anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. orang faham. kalau orang tak faham pun lantok sana. haha

      Delete
  8. Betul la..kalau majlis formal ni x payah kot bawak budak kecik lagi. Ni kira event besar kot n semestinya la majlis ni semua orang senyap je. Kalau budak tu nangis memang satu dewan la perasan.

    Setuju dgn kau benda ni boleh je tgk kat tv, bukak kuat2 bagi anak tu dengar. Kalau iyapun nak dedahkan anak dengan benda2 baik camni, kena consider jugak la ada tak possibility anak tu akan mengganggu org lain atau meyusahkan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana setuju dengan aku kekeke. nasib baik lah aku tak rasa nak marah time tu, tapi rasa kesian instead dan tergelak sikit bila anak dia yang tantrum tu turut buat aksi akrobatik haha.

      Delete
  9. habis rosak majlis org.. huhu.. klo ada siaran live lgi haru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib bukan live. rasanya kalau live budak-budak tak dibenarkan masuk, rasanya la hehe

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!