Hari Ahad aku sampai Kuala Kangsar dari bercuti di Krabi pukul 5 petang lebih kurang. Petang Isnin aku kena ke KL balik, ada kursus dekat Bukit Kiara. Aku naik ETS Kuala Kangsar-Kuala Lumpur pukul 4.10 petang, sampai KL pukul 7 malam dengan harga RM44.00, beli online charge RM2.
Sampai KL aku pergi komuter Kg Dato' Harun, Tqah ambil dekat situ, then kitorang pergi makan nasi kukus sedap dekat Damansara sebelum check in hotel ke apa entah, macam apartment; The Signature Serviced Suites & Studios dekat area Sri Hartamas, aku ambil Studio A guna Booking.com dapat RM210/semalam. 5 minit je dari tempat kursus aku.
Cantik weh tempat tu. Lobby dia kat tingkat atas panggil Sky Lounge, interior design dia elegant sangat. Bilik dapat queen beed lengkap dengan TV, iron, peti ais 2 tingkat, kettle, microwave, hair dryer dan kelengkapan toilet. Bilik selesa, kemas dan bersih.
Esoknya sebelum pukul 8 dah pergi tempat kursus padahal kursus start pukul 10 pffft. Aku habis kursus awal, eh tak, aku chow dari kursus awal haha sebab aku dah exhausted travel je kerjanya. Aku dah start migrain. Tqah tolong hantar aku ke stesyen LRT. Thank you so much Tqah, I owe you big time!
Sampai KL Sentral cek tiket train, next train pukul 8 malam, time tu baru 4.30 petang terlepas train 4.10 zzzzz. Sebab malas nak pergi Pudu, aku ambil je la tiket 8 malam tu. Time aku nak beli tu datang sorang laki tua like older than Ayah sembang-sembang dengan aku. Sembang takpe lagi, tapi dia bahasakan diri dia I dengan you dengan aku, I kennot. Geli telinga aku. Atleast bahasakan lah diri uncle, grandpa better. Lepas aku macam malas layan dia bla. Fuhhhh.
Then pergi round NU Sentral pergi MPH beli buku 2 bijik then lepak surau. Time tu migrain aku makin teruk so aku tak boleh membaca dah, aku baring je dengan blank mind haha.
Lepas solat jama', sempat jumpa Ros yang ontheway nak ke BTS. Baru jumpa semalamnya dah rindu, dapat jumpa kejap pun jadi. Anje angat. Hahaha.
Time aku sembang-sembang dengan Ros aku ternampak seorang laki pandang dan senyum kat aku. Aku senyum balik sambil terpinga-pinga tanya Ros, siapa laki tu? Aku kenal ke? Aku ada masalah susah ingat orang (sebab tu senang move on hahahah). Ros yang selalu ingat semua benda untuk aku, she's my saviour and my memory's folder haha. Ros kata tak kenal, so biarlah.
Tengok laki tu satu train dengan aku tapi coach lain-lain. Sebab aku migrain aku pun tidur, kebetulan sebelah aku takde siapa so lagilah bahagia aku tidur. Sampai Kampar aku terjaga dari tidur tetiba laki tadi ada duduk sebelah aku. Woi! Gila! Terkejut aku. Dia tersenyum kat aku. Aku blur gila time tu sebab baru bangun tidur dan migrain.
Then dia cakap nak kenal dengan aku. Pffttt. Cara kau tak boleh scary lagi ke? Waktu tu lagi 45minit gitu la nak sampai KK. Aku doa moga train tu tetiba jadi flight.
Dia bagitau dia tanya staff train tu aku berhenti mana, so dia tau aku akan berhenti Kuala Kangsar. Mana boleh violate personal info passenger woi! Nanti aku nak email dekat KTMB buat aduan. Sesuka hati je bagitau aku berhenti mana kat stranger just aku tak tau siapa yang bagitau.
Then dia tunjuk aku tiket dia terlepas train and dia bersyukur terlepas train sebab kalau tak, tak jumpa aku. Cliche sangat tu bang, cuba lain kali.
Aku punya la rimas, awkward kot! Kalau aku tau aku pura-pura tidur sampai KK. Dah la bau rokok, pakai seluar jeans hat style koyak-koyak tu, macam mana la hang solat jon. Even kau solat pakai kain pelekat, hang tau dak peha aurat?
Gila tak gila la tetiba dia cakap pasal kahwin bagai. Pffttt!!
Lepas mengharungi the longest 45mins of my life aku pun sampai KK. Thanks God.
Aku harap aku tak jumpa dah orang macam ni. Aku bukan manusia yang senang get along dalam masa yang singkat apatah lagi 45mins je.
Okay, tahun depan aku kahwin hahaha takde kene mengena. Ke ada?
Oi, ngerinya laki tu?
ReplyDeleteTak boleh beradab lagi ke tetiba duk sebelah orang yg tgh tido?
Hahahaha.
Jaga2 sikit Nad. Dia tau kau turun KK so maybe akan datang dia cari kau sampai dapat.
Sila kahwin cepat. Hahahah
kan? kau yg laki pun rasa ngeri, apa ntah lagi aku.
Deletehahah mak aku pun ada doubt yang sama, tapi aku aku rasa dia se ekstrem itu hahaha
serius scary giler! tetiba duduk tidur kat tepi, kalau IQ da karate siap oi! erkk..
ReplyDeleteadu jangan tak adu! mencabuli info pelanggan...
x tahu karate :( haha
Deletetu la, lupa plk. busy. jap nak adu haha
Wuuuu.. Scary je lelaki camni siap tanya kau akan berhenti mana..so, kau sembang apa dgn dia masa dia cerita pasal kawen tu? Hehe...
ReplyDeleteAku rasa mamat tu hadir dlm hidup kau utk ingatkan kau supaya kahwin cepat sikit la...Hahaha....
weh kau ingat aku layan kan ke dia sembang? hahaha
Deleteaku pun rasa gitu. sekarang jugak aku cari calon hahahha