Hari ni dimulakan dengan solat Subuh pukul 5.30 pagi dan tidur balik haha. 7.30 pagi bangun siap-siap untuk pergi island hoping. Sibuk semua apply sunblock padahal burn jugak! Kahkahkah. Tuk-tuk ambil dekat hotel around 8.30pagi sempatlah kitorang breakfast. Breakfast kat hotel tu roti dan air sahaja, takde nasi lemak ye! haha
Kitorang pilih islands yang paling sikit dan paling dekat. Kan kata nak bersantai je haha. Tak pilih Phi Phi Islands sebab jauh, dasar pemalas semua orang. So 4 islands here we go. Pilih speedboat sebab semua diva kan *flip swimming suit*. Kalau naik long tail boleh dapat half price dari speed boat. The choice is yours. Kitorang sebab memang dah allocate bajet sekian-sekian untuk aktiviti so memang within bajet.
Dalam speed boat aku sembang dengan sorang tourist dari Cennai, India. Dia terkejut kitorang travel girls je, kat India prohibited kot.
Dalam speed boat aku sembang dengan sorang tourist dari Cennai, India. Dia terkejut kitorang travel girls je, kat India prohibited kot.
Mula-mula pergi Railay Islands, then Chicken Island then Tupa Island then last sekali aku lupa nama dia hahaha ampun. Snorkeling entah kat mana tapi sumpah takde apa weh. Aku tak tahu lah ikan-ikan kat Krabi ni spesis iguana ke apa, tapi memang takde apa, coral pun takde. Time tu aku rindu Perhentian. Dekat tepi pantai lagi banyak ikan. Ikan biru kuning, ikan todak size xs, ikan bilis. -..-
Lunch dekat last island. Kat situ berhenti lama dalam 2jam setengah. Boleh snorkeling and mandi kat situ tapi kitorang mandi je sambil bentang tuala bajet tan kat kulit padahal tutup muka dengan beg haha. Lunch dia sedap, group aku siap bertambah haha.
Lepas makan mandi then baring-baring ushar orang. Tips: Pakai sunglasses untuk senang buat projek mengushar haha. Satu aku tabik dengan mat salleh ni, badan flabby macam mana pun konfiden pakai bikini.
Air kat Krabi memang jernih yang MashaAllah cantik gila, tapi under sea dia Malaysia's Islands lagi gempak even compared to Pangkor.
Subhanallah
Subhanallah :P
Dalam 2.30petang kitorang bertolak balik agen hantar sampai depan hotel. Then bersihkan badan, upload gambar kat instragram :P, rehat kejap lepas tu keluar pergi AoNang nak massage!
Sedap please massage lepas penat berjimba. Murah gila okay, sejam setengah 370baht je. 1 body aroma theraphy massage. Sorry takde gambar nak tunjuk :P Aku dah la penggeli, ada masa memang aku geli gila sampai terpaksa gelak, orang urut tu pun gelak sekali haha. Ada masa seksa batin aku terpaksa tahan geli sampai genggam tangan kuat-kuat sambil kemam bibir haha. Kawan-kawan aku yang lain steady je, dah kenapa aku macam orang gila tetiba gelak.
Dah habis massage kitorang pergi dinner dekat Bangboo restaurant. Ambil Tomyam (tak berapa sedap), telur dadar (sedap), sotong goreng tepung (sedap omaigod lapar), nasi 3, thai tea 4, laici 2, kena 230baht sorang.
kawan aku dengan excited cakap eh nasi bentuk bintang, then orang kedai tu tegur, ni tapak sulaiman hahaha -..-
sedapnya sotong goreng tepung. 240baht sekor/ikut size.
Lepas tu kitorang mengabiskan duit Thai beli souveniers (lagi) sambil tengok orang mabuk dan terkinja dekat open pub. Then balik hotel kemas-kemas barang nak balik dah pagi esok :(
On the way balik naik tuktuk dah pukul 11malam and 12malam waktu Malaysia. Kawan-kawan aku nyanyi lagu birthday untuk aku dalam tuktuk. Dah la tuktuk open air. Ni antara birthday yang aku takkan lupa. My girls are amazing! Love you guys so much! Dah balik hotel tengah kemas-kemas barang, dah 12malam waktu Thai, dorang nyanyi lagi sekali siap hugs *pandang atas taknak airmata jatuh* . Hahahah gila!
Aku mungkin akan repeat Krabi sebab kos murah tapi lepas aku dah pergi Lombok, Mabul, Boracay, Tioman, Phuket kot. So bukan dalam masa terdekat kecuali ada orang nak belanja :P
Yang penting ramai gila orang ingat kitorang students kahkahkah I like :P
auw, student...nampak muda yaww~~ seronok tengok pergi bercuti...
ReplyDeletehappy belated befday nad!
bajet muda haha
Deletethankyou IQ :)
Subhanallah yg second tu... hahaha
ReplyDeletewhy? haha
DeleteOle-ole untuk aku takdak ke Nad?
ReplyDeletehehehehe.
Bestnya bila dapat berjalan dgn org2 satu kepala. Huhuhu
ada uncang lebih, nak? hehe
Deletetu la Alhamdulillah. kurnia tuhan tu :)
Kan... Kat Krabi ni kalau snorkelling xde apa kot. Memang pulau Malaysia lg best la kalau snorkelling. Kat Krabi ni amik gambar background pulau dia yg cantik tu best la..
ReplyDeleteAku pun hari tu massage gak. Memang geli weh, lepas tu sakit sikit. Ntah aku x tahu apa yg bestnya... Haha..
Btw, happy belated birthday. Syok la birthday kat negeri org. Aku x pernah buat lg. Huhu...
yep, betul sangat. pemandangan dan air laut memang superb. tapi kenapa macam kita 2 je tak berapa in krabi ni? kita pergi salah pulau ke apa? haha orang lain siap dtg puluh kali haha
Deleterasa lega, rasa urat semua relax haha. aah ada bahagian yang sakit la bila urut huhu
hehe thankyou2. cuba la next birthday ;P