Aku dah beberapa bulan tak private twitter aku atas sebab saja-saja. Lagipun aku bukan tweetfamous pun orang nak stalk aku tweet apa. So memang no issue at all. Aku pun jarang tweet, sekali sekala je, banyak retweet je.
Sampailah semalam tak semena-mena aku kena bash by only few people (around 1/6) tapi sebab aku tak suka negativity, aku decide private balik twitter aku and tak balas komen-komen dorang sebab buang masa gaduh-gaduh kat sana plus sikit je boleh balas hahaha.
Aku tweet aku nampak sorang perempuan ni, cantik, look educated, berjawatan tinggi yet still young tapi 'hilang kagum bila nampak dia merokok'
Ada yang cakap aku low minded/mentality, ada yang cakap aku motherfucker, ada yang cakap aku sexist sebab laki merokok tak bising pulak (aku ingat sexist tu sexy, baru nak bajet-bajet sexy hahaha), ada yang cakap merokok guna duit aku ke? Effect paru2 aku ke? Ada yang cakap, aku kata orang merokok tu jahat.
Kebanyakan yang marah sangat ni perempuan. Hahaha. Perempuan dan emosi *rolling eyes* Merokok letewwww.
Cakaplah aku low minded or whatever. Kalau kau taknak hadam fatwa yang mengatakan rokok tu haram atau kau taknak terima effect rokok pada kesihatan perokok aktif dan perokok pasif, tak tahu lah siapa yang tak berakal sekarang. And aku rasa rokok ni satu pembaziran walaupun berkepuk mana duit kau.
Aku cakap aku hilang kagum dengan perempuan merokok tak semestinya aku kagum wow amazing dengan lelaki merokok. Takdenya aku peluk kaki laki merokok sebab kekaguman. Duhhh. Tak kira la kau transgender sekali pun, aku memang tak suka smoker. Aku sesak nafas bau asap rokok. But I have no obligation to explain myself to her.
Memang la dia merokok tak guna duit aku, tapi aku hilang kagum dengan dia pun, hilangkan pahala dia ke? Get it? Get it? Hahaha
Effect paru-paru aku tu; obviously kot. Hang ni belajar tahap mana, paling cikai pun tak pernah tengok iklan ke? -_-
Please enlighten me which word yang aku cakap perokok tu jahat -..-. My beloved late Atok pun merokok tapi dia laki lah. Sumpah aku langsung tak pernah terlintas atok aku jahat, aku just concern bab kesihatan dia. Dia manusia paling aku rindu sekarang.
Maksud kagum oleh DBP: berasa sangat tertarik.
So, I presume, hilang kagum: tiada tarikan lagi.
Ke bahasa hipster maksud hilang kagum is jahat? Maaf dik, akak dah lama tak belajar Bahasa Melayu. Harapkan Melayu macam adik je nak perjelaskan balik. Melayu zaman akak, itulah dia maksud kagum haha.
It's just my opinion, my own thought, jangan melatah teruk sangat deh. Aku just hilang kagum, tidaklah pula aku pergi bakar kereta dia atau simbah cat ke rumah dia atau pergi mengadu ke polis atau jabatan agama Islam bahawa dia perlu dikafirkan.
Please raikan perbezaan pendapat. I respect yours, you respect mine. Kalau hilang kagum dengan orang merokok is kuno then I enjoy being kuno :)
Thank you *bow*.
Thank you *bow*.
Wow hang ni kira femes jugak lah smpai kena bash. Hahahaha..
ReplyDeleteTwitter bukan utk aku. Walaupun dulu penah enjoy, tp x lagi sekrg. Just tweet acah2 meluahkn perasaan pastu blah.
Semuanya sbb yg ko ckp kt atas. Xleh raikan perbezaan pendapat. sgt tak boleh. Mcm ko ckp bumi bulat dan diorg ckp bumi segitiga. Tp end up ko yg nmpk bodoh, sbb tu aku xsuka twitter. Its full of budak budak baru nk up.
haha tu la tetiba aku rasa aku famous. *flip tudung*
Deletehahaha aku dh x tau media social yg mana yg sesuai dgn aku. facebook dh lama out dr kehidupan aku. twitter ni lepas private okay balik la. instagram je kot okay lg haha
Internet argument, Nad. Tak pernah ada orang yang nak kalah. Hahaha
ReplyDeleteTwitter ni best pd aku sbb timeline dia laju dan tak berulang (sangat) so kalau nak luah sikit2 perasaan tu mmg best sbb nanti cepat hilang dari timeline.
Tapi bab nak bagi opinion ke, nak bagitau pendirian ke, terutamanya utk isu macam merokok tu, org2 dlm twitter sangat tak cool. Diorg jenis yg taknak terima pendapat dan biadab. Cakap sikit je terus BAM hentam kita.
Bersabarlah Nad. Jangan peduli manusia2 perosak macam diorang tu.
kan. tu aku malas reply, malas nak argue. so i just respect their arguments. lol
Deleteeh timeline mmg ada kalanya berulang eh?
tu la. bak kata zyra la, bebudak baru nak up. takde lah budak sangat aku tengok, sebaya2 aku jugak.
hehe tu lah, sabar je la. kalau tak viral dah isu aku tu hahaha
Pelik bila orang nak pertikai apa yg ko rasa. Maksud aku, kenapa diorang nak insecure sangat kalau orang hilang kagum kat diorang? Luak ke nilai dia di mata diorang sendiri? Insecure sangat sampai apa orang cakap nak sentap.
ReplyDeleteTakyah ko heran sangat tweet macam tu. Klau ko private lg la diorang rasa macam diorang menang padahal takde apa pun nak memang kat media social ni.
haha kan. aku sumpah langsung tak terfkir people in twitter mind others people way of thinking. ingat meroyan masing2 je.
Deleteaku private sebab bila dorang dah start mencarut dan biadap aku tend to bukak page dorang tgk profile dorang dan aku akan jadi judgmental di situ, so i better avoid it. hoho
typical reaction bila org tak boleh nak refute fakta betul, then org akan cuba insult personally kan. tp utk stay positive maybe perempuan tu dah cuba berhenti rokok ke, dulu satu pack sehari, skrg sepuntung je sehari. so boleh rasa kagum balik hehehe
ReplyDeletehaha actually i dont have any other issues dgn perempuan tu unless hilang kagum. in term of friendship, i still befriend with her. i still respect her as human being as she has the right to do whatever she wants. it just my own opinion perse. just kalau sy lesbian, sy tak nak ngorat dia dh la. hahahahahha
DeleteZaman skrg benda salah pun org nak pertahankan. Lagi2 kt media sosial. Laju je nak bash org.
ReplyDeleteNasib baik la aku x main Twitter. Dari dulu lg aku tgk Twitter ni just tempat meroyan n nak cari pasal je... Xde interest langsung nak ada Twitter.
Btw, perempuan merokok atau vape memang nampak x cool. Tapi kalau kau boleh buat dia berhenti merokok tu lg awesome.
tu la. kdg2 aku mcm kesian. apa yg dorang nak buktikan? mana lebih penting; nak jadi cool or nak jaga iman? wah ayat aku! haha
Deletehaha memang pun, tempat meroyan hahaha
hmm i dont think i can. aku x la baik sgt dgn dia, biasa2 je atas faktor kerja je pulak tu. tkpelah, doa je lah yang terbaik untuk diri sendiri dan umat sejagat.
Wife aku perokok tegar..skrg umur dah masuk 30..jenuh nasihat..masa kenal pun umur dia 16 thn..masa tu pun dah merokok.
ReplyDeletemerokok nampaknya memang susah nak berhenti kan? Tak kira la laki ke perempuan. And sekarang memang perempuan merokok ni dah biasa, kalau dulu nampak awkward. Keep praying, i know u have done ur best as a husband? are u a smoker? If yes, ajak berhenti sama2 :) May Allah ease.
DeleteI pun merokok..tu la masalahnya..tapi I sehari sekotak tak boleh habis..dia boleh habis sekotak..mak dia pun berkali nasihat dah jadi bini orang berenti la merokok..
DeleteI bukan nak marah dia merokok tapi kekadang bengang juga..pasal kuat sangat merokoknya..
ajak la berhenti sama2. slowly but surely. benda yang dah sebati dalam diri memang tak mudah nak pisahkan. the main concern is your health. Striving and keep praying. May Allah ease :)
DeleteWow mcm bini aku gak.tengah makeup rokok.masak pun rokok.takleh buat apa kalau dah heavy smoker
Deleteheavy smoker kalau nak stop pun kena slow2 kan sebab akan ada efek jugak. Takpe. If u cant change it with ur action, keep praying :)
DeleteI girl yang merokok hampir 10 tahun..dan bakal berkahwin hujung tahun..nak kata berhenti merokok memang susah..tunang ok je tak kisah..
ReplyDeletecuma tabiat merokok saya terbatas sejak larangan merokok di restoran..tapi gian nak merokok saya bila lepas makan atau stress kat tempat kerja..sekali hadap 2 dua batang terus..sampai pernah ditegur seorang staf kat ofis..
I'm never a smoker but I know how hard it to stop based on what people told me and what I heard. As long as your spouse doesnt mind, then its ok. we all have our own struggle right? Maybe one day you will really want to stop, maybe when you're expecting new human in you? Who knows right?
DeleteMaybe with the new rule enforced, you can take this opportunity to reduce your intake. You go girl :)
Kalau bakal suami tak kisah takpe..saya sblm kawin memang kuat merokok.masa tu bakal suami kata dia ok..la ni dah 5 taun kawin dia segan plk bila saya merokok on public.dan suruh saya berhenti merokok..
DeleteKalau mudah berhenti merokok masa baru kawin pun saya da berhenti merokok.tapi ketagihan merokok saya kuat..kena la merokok sembunyi sembunyi..
takpe. slow2. once at a time. memula sorok2, then slow2 kurangkan. InshaAllah boleh stop satu hari nanti kalau itu yang diimpikan.
DeleteAda tak kajian perempuan yang addict merokok lebih kuat merokok dari lelaki..rata rata I tengok macam tu..termasuk adik I.dia punya kuat merokok lebih dari abang I..lepas sebatang sebatang..kalau kat ashtray tu lagi banyak puntung rokok dia dari abang I..
ReplyDeleteAlamak tak sure pulak bab kajian tu.
DeleteSaya besarkan dlm keluarga yg merokok.mak ayah saya merokok.seingat saya masa umur 15th saya dah belajar merokok.rasa bangga pulak bila merokok waktu mak ayah saya bekerja.masa tingkatan 4 mak ayah dpt tau saya merokok.mula nya marah juga bila dpt tau sbb masih bersekolah dan saya anak perempuan. Saya merokok pun on and off.
ReplyDeleteLama2 semakin kerap saya merokok.masa form 5 bila study atau buat homework kat rumah tak boleh tampa rokok. 2 orang adik Saya selalu mengadu pada parents saya yg saya asik hisap rokok. Dan selalu minta duit dr ibu utk beli rokok.sblm ke sekolah saya akan merokok dulu.masa tu parents saya dah tak kisah saya merokok.hingga skrg saya dah berumur 22thn.dan mula rasa saya seorang yg heavy smoker.tak boleh sehari tampa rokok parents pun pernah tegur saya kuat merokok mcm lelaki.
merokok is normal nowadays despite your gender. Dulu2 saya difahamkan memang ramai perempuan merokok then zaman berubah dah makin kurang, hanya lelaki yang merokok. Sekarang kembali balik kepada zaman perempuan merokok itu 'biasa'.
DeleteIt's ur life, u choose ur life. Kalau awak bahagia cara itu, teruskan. Tapi kalau ada niat nak reduce and stop please be determined to do so, I really encourage you! I lost someone who was dearly to me bcoz of lung cancer and he's heavy smoker. Not to frighten you. Moga penyakit merbahaya disebabkan rokok tak menjenguk awak.
Wow sportingnya parent..saya dah lapan tahun merokok baru2 ni je mak dpt tau..mula2 bebel jugak..finally dia ok je..sbb dia cakap kat ofis dia 2 3 orang perempuan merokok.
Deleteyup merokok among women are normal nowadays. Stay healthy ya!
DeleteTabiat merokok dtg parents yg merokok jg.mak saya seorg yg merokok.selepas bercerai saya lihat mak saya makin kuat merokok.masa saya 14thn saya mula belajar merokok dari mak saya.saja suka2.mak tak marah pun.masa form5 saya rasa sentiasa nak merokok.tak boleh lagi pau rokok mak.saya perlu kan rokok sendiri hampir sekotak setiap hari.
DeleteSaya sembunyikan rasa gian nak merokok dari mak saya walaupun dia tahu kadang2 saya memang merokok.At last dia tau jg saya dah gian merokok bila mana dia lihat saya bersambung2 merokok semasa study kat bilik. cuma dia nasihat supaya jgn kuat sgt merokok nanti dah ketagih susah nak berhenti macam mak.skrg saya mengaku saya memang heavy smoker.belum rasa nak berhenti lagi.
Semua heavy smoker memang akan ada cabaran untuk berhenti. Even ada yang cuba berhenti secara drastik tapi benda tu membuatkan kesihatan dia terus merundum, mungkin sebab badan terkejut. Ada smoker yang memang langsung tak berniat nak berhenti walaupun dah dapat akibat buruk daripada tabiatnya itu.
DeleteHidup ni tentang pilihan dan bersedia menerima segala kemungkinan terhadap pilihan kita tu. Sama ada kita akan terus bahagia dengan pilihan kita ataupun satu hari kita akan diuji yang membuatkan kita akan persoalkan balik pilihan tersebut.
Take care you! Apa2 pun, pilih la mana yang terbaik for you sebab u are the one who living ur life, not others. No regrets but always try to improve urself.
Wife orang borneo convert Islam before married.masa berkawan pun dia heavy smoker dan uumm segan nak cakap..dia juga kuat minum arak.dan miliki tatu di badan.
ReplyDeleteDah 3 tahun kawin dan punyai sorang anak.byk kali dah nasihat supaya kurangkan merokok dan berhenti minum.tapi tak jalan.kat peti ais rumah ada je stok minuman keras dia. Tapi saya tak berkeras sgt suruh dia berenti terus sbb saya faham keadaan dia.mcm mana cara terbaik untuk dia pulih dari ketagih rokok dan arak.
Hmm susah saya nak bagi nasihat sebab tindakan kena dari diri sendiri. Nasihat la macam mana pun, kalau dia taknak, dia takkan boleh berubah. Kita sebagai orang luar ni hanya boleh membantu especially untuk benda yang dah sebati dengan diri dia.
DeleteTapi saya boleh cadangkan:
1. Kalau awak merokok, ajak sama2 stop/kurangkan. Contoh sehari sekotak, kurangkan jadi setengah kotak. Nak sembang bab implikasi kepada pasif smoker (anak) mungkin dia sendiri dah maklum.
2. minta anak yang request untuk mummy stop. Soft spot ibu ni boleh jadi anak2 dia.
3. rehab. bagi support. teman dia. distract dia setiap kali dia nak ke ketagihan tu balik.
4. berdoa. hati kita tuhan yang pegang. Kalau dah usaha tak jalan, berdoalah, tanpa jemu, tanpa putus asa.
Semoga Allah permudahkan urusan awak sekeluarga.
Saya seorang yg merokok walaupun sudah berkahwin dan punyai 2 anak.merokok hampir 15th.saya juga minum minuman keras sejak muda lagi hingga ke alam perkahwinan.suami pun amat sporting walaupun dia tidak minum.saya hampir ketagihan arak.saya rasa lagi bebas minum dan merokok dengan suami di mana2.bila anak semakin membesar.saya kurangkan minum arak secara perlahan lahan.bila dapat anak kedua saya berhenti terus dari minum arak.sokongan dr suami jg amat penting kerana peringkat awal2 saya mcm rasa murung sikit.kerap mengantuk dan rasa macam tak bermaya. rokok saja saya cuba kurangkan sebab susah nak berhenti.
DeleteBetul, support system sangat penting. Takpe, slow2 ye Nina, pasakkan niat. Pray the best for u and ur family.
DeletePerempuan melayu merokok ni dah biasa sgt tengok kat bandar..takle kata apa dah.pompuan yang minum arak pun semakin meningkat kat ig pun berlambak tak rasa malu langsung.pernah terserempak kat 7e pompuan melayu beli tiger 4 tin tampa rasa malu.
ReplyDeleteAllah. Semoga kita dan keturunan kita dipelihara dari akhlak yang buruk.
DeleteMasih ada lagi blog meluah perasan. Normally perempuan merokok ni dah biasa.saya juga bekas perokok.rakan serumah juga merokok.seorang rakan serumah saya dia memang heavy smoker dan satu lagi dia memang minum arak.
ReplyDeleteSaya dah tinggal serumah dgnnya hampir 5 tahun.sejak kebelakangan ni saya lihatnya semakin kuat minum.sblm ni dia hanya minum bila balik dari kelab.skrg dah mula minum dirumah.kami tak la kisah sangat tapi risau juga kalau dia mula ketagih arak.
adaa. Here is more free and private.
DeleteLife is a full of choice. Kalau itu pilihannya, kita tak boleh nak kata apa tapi kalau memudaratkan boleh la nasihat atas tiket persahabatan, caring not judging. Pengakhiran hidup kita tiada siapa yang tahu, imam boleh masuk neraka, pelacur boleh masuk syurga.
Serba salah jg nak tegur.no idea cara nak tegur.dah addict mungkin.kalau workout kat rumah pun boleh setin dua di teguk mcmna nak cakap.
Deletehmm betul jugak tu. kita selalu dalam keadaan tersepit untuk tegur orang yang kita care sebab takut gaduh. Lets pray for her, inshaAllah.
DeleteSaya seorang yg merokok.sejak beberapa tahun ni saya semakin kuat merokok hampir sekotak sehari.saya tinggal sendiri dibandar. hanya adik beradik saya yg tau saya merokok.
ReplyDeleteSaya risau sekiranya mak saya tau saya merokok.sbb bila balik ke rumah mak saya tabiat merokok saya terbatas.gian nak merokok hanya perokok saja yg tau.saya terpaksa mencari alasan ke kedai ke apa ke untuk merokok.adik beradik saya suruh saya berterus terang saja pada mak saya.tapi saya segan dan takut.
This is just my humble opinion ya; dont tell your mother if you know it will make her worry. Umur2 mak kita ni dah bukan masa untuk kita tambah kerunsingan dalam hidup dia. Buat je macam sekarang, bila gian sangat keluar.
DeleteTapi kalau rasa your mum can accept, bagitau je la. Kadang2 mak ni dah tau based on mother's instinct, dia just tunggu pengakuan kita je.
Saya jg pada mulanya pun sama..saya mula rasa ketagih merokok masa ting 5.sorok² dari mak.tapi bila keputusan spm cemerlang saya memberanikan diri merokok dirumah.hingga mak tau.dimarah teruk tapi saya mengaku dah lama merokok dan susah nk study kalau tak merokok.mak saya mcm faham situasi saya.lama² dia tak kisah pun lagi hingga masuk u.
Deletetake care anon and stay healthy!
DeleteSecara jujurnya selepas berkahwin saya cuba mengurangkan rokok dan minum arak dan hampir berjaya tetapi perkahwinan saya hanya bertahan selama 5 tahun sahaja selepas punyai seorang anak.saya tidak mahu menanggung biawak hidup.
ReplyDeleteSelepas itu la saya semakin kuat merokok dan kerap minum.keinginan nak berhenti minum tu ada tapi tewas.pernah cuba bila balik rumah saya tidak mahu minum dan beli arak lg.tapi selepas mandi apa semua keinginan nak minum tu amat kuat.akhirnya ke kedai juga untuk beli arak.lagi pun anak saya mak saya yg jaga.paling lama bertahan pun dalam tiga empat hari.
Kawan2 ada juga nasihat tapi sekadar nasihat.
Keep trying awak, you can do it! No one can help you except yourself. I couldnt understand the struggle coz I'm not in your shoes but I believe you can do it.
DeleteApa2 pun yang telah/ sedang terjadi dalam hidup awak, how worst the situation, how bad you feel you're, ingat Allah itu Ar Rahman dan Ar Rahim. We're all sinners, of course in a different ways. Minum arak ke, merokok ke, berzina ke, merompak ke, membunuh ke, jangan pernah tinggal solat.
Jangan rasa sebab kita terpalit dengan dosa, kita tak layak nak solat. Allah is All Merciful. InshaAllah dengan solat, akan slowly tarik kita jadi better person. slowly but surely. It's a pillar in our life. You can do it dear.
Sekarang masih minum lagi ke
DeleteSuka tengok bibir perempuan yang heavy smoker.nampak seksi lebih lebih lagi bila kat bazaar ramadan area kl.bole kenal kuat merokok ke tak dah biasa jumpa..hehe..
ReplyDeletehaha benda tu personal preferences masing2. terpulang.
DeleteSaya sudah berkahwin dan punya sorang anak..berasal dari kuching.saya sudah berhenti merokok masa awal berkahwin.cuma tabiat minum arak saya sukar ditinggalkan.memang budaya disana kebanyakan begitu.
ReplyDeleteSaya lebih dulu minum arak dari merokok.masa umur belasan tahun.suami ada nasihat berkali suruh berhenti minum tapi sukar.lalu dia pun faham.bagi dia membazir duit.niat nak berhenti minum juga ada tapi beberapa hari mesti rasa mau minum jgk.
I dont know whether you're muslim or not, but consider if you're, then you must know it's haram to consume arak in Islam. You must try your best untuk tinggalkan. Slowly but surely. Consistent.
DeleteBut if you're not a muslim, you did mention about budaya there, and if it's not harmful for your health and well being then the problem is just a money, right? I dont know the price but with the economy nowadays, if it's just a want not a necessity, maybe u should reduce the intake amount. from once per week, to once per fortnight, to once per month and lastly just for special occasions such as any eve or birthday party. I know u can do it!
Saya juga sama kak..saya 5 tahun bekerja di bar.setiap hari meneguk arak.mula merokok masa form4.selalu ambil rokok ayah bila malam hingga parent tau.tapi mereka tak kisah sgt pun masa tu sbb pelajaran saya cemerlang.cuma parent nasihat smoke sekali sekala je.pd mula saya bekerja partime di bar.sbb seronok dn gaji lumayan jd saya semakin kuat merokok dan mula minum arak.masa tu saya tinggal sendiri sewa rumah.balik mabuk pun tak kisah.
Deletesaya resign dan bekerja di syarikat swasta bila ayah saya meninggal dunia.tabiat minum saya sukar nak hilang.rokok sekotak sehari.beberapa hari saja saya boleh bertahan.ada waktu malam saya tak boleh tidur kalau tak minum.mak saya mula marah macam mana nak berlaki kalau dah kuat merokok.bab minum arak mak saya masih tak tau hingga skrg malainkan adik lelaki dan perempuan saya kerana mereka selalu lepak rumah saya.
Dear Farah, hope u r doing great right now. I'd never understand the struggle to leave behind ur addiction, or something that already has been part of ur life. But you must already know that it brings more harm than benefit.
DeleteYou try ur best ok girl to reduce it and lastly make it stop forever. Find a new hobby and new friends to make u occupied with something else. Keep praying to have that strength to stop and I will pray for you too. Take care :)
Tabiat merokok dan minum arak ni sama je kalau dah jadi habit.saya mula merokok sejak sekolah lagi dan minum arak hampir 14 tahun waktu zaman bersosial.masa saya bertunang baru saya berhenti minum.kesan amat teruk jugak saya hampir kemurungan.malam susah nak tidur.demam lagi.on and off saya minum.bila berkahwin baru saya berhenti minum.suami saya sekarang pun masih bising pasal tabiat merokok saya.
DeleteAlhamdulillah dah tak minum and dont ever start again. Semoga Allah mudahkan pula uruasan untuk berhenti merokok. Semoga kesihatan yang baik2 aja anon!
DeleteSorry tu say la..orang sana memang kuat minum arak ye.kawan kerja saya pun ada beberapa orang yang kerap minum walaupun muslim.dalam kereta otw balik kerja pun singgah 7E beli tiger.
DeleteSaya bercerai dgn isteri saya sbb dia kuat merokok dan minum arak la..saya menyesal berkahwin dgn perempuan yg terlalu sosial kaki clubbing.dah punyai seorg anak dia gagal buang tabiat merokok dan minum arak.
ReplyDeletejangan menyesal sebab setiap benda yang jadi ada hikmahnya. Mungkin ada sesuatu yang awak belajar dan boleh ambil iktibar dari perkahwinan tersebut. Di sebalik sifat dia yang awak tak gemari tu, mungkin ada banyak terselit kebaikan lain dia untuk awak.
DeleteSemoga awak dapat membina kehidupan yang lebih baik bersama anak. apa2 pun jom doa sama2 supaya dia dan kita semua akhirnya bertemu husnul khotimah. Ameen.
Wife aku pun heavy smoker jgk..masa baru kenal pun aku dah tau di merokok dan sometimes minum arak.masa honeymoon tu ada la dia layan minum..lepas tu dah berhenti minum.cuma still smoking.susah la nk cari yg perfect skrg ni.yg bertudung pun merokok minum kat rumah..aku tau sgt la..wife aku yg cerita.
DeleteYes, indeed, nobody is perfect but we can always try our best to be a better person from yesterday
DeleteDah jarang lihat perempuan merokok skrg..kalau ada pun jenis muka bole bwk gi perang..
ReplyDeleteHaha muka bawak pergi perang katanya. Sekarang ramai tukar ke vape, ramai jugak saya nampak perempuan hisap vape walaupun muka desa.
DeleteBini aku heavy smoker jg..konon nak kurangkan merokok dia hisap vape..last last dua2 pun dia hisap..pening aku.orang lelaki ni kalau lihat perempuan gian nk merokok ni kesian pun ada..sbb saya pun merokok.so faham je la.
ReplyDeletetula, ramai cakap once addict dah susah nak stop. Semua berbalik pada diri sendiri. Harap satu hari nanti ada niat dan usaha nak berhenti sebab benda ni melibatkan kesihatan. Sekarang mungkin tak rasa, akan datang? Semoga dijauhkan.
DeleteSaya wife yg merokok.mula merokok ketika umur 16th.dah 20th saya merokok.memang heavy smoker.lg kuat merokok dr suami.punca sekian lama saya merokok sbb my parents tak kisah pun.sekadar nasihat2.
ReplyDeleteBila masuk U saya mula bebas merokok di rumah krn dah mula rasa ketagihan merokok hingga kahwin.pernah hampir 2 kotak sehari.
Masuk anak kedua saya cuba berhenti merokok tapi tak berjaya.suami dan mula bising.saya cuba pergi klinik utk rawatan berhenti merokok.doktor ada bg supplement dan nasihat alhamdullila berjaya.skrg saya bebas dari merokok.terimakasih pada en suami jg krn byk bg semangat.
Alhamdulillah. Untuk berhenti merokok ni saya nampak kena ada support system yang kuat dan will dalam diri yang tinggi dan dont ever take even 1 kalau ada orang offer, nanti boleh ketagih balik.
DeleteSemoga Nisa sekeluarga sentiasa sihat2 sahaja. Ameen
Tahniah nisa awak berjaya berhenti merokok..saya mula merokok masa saya form 2.sejak bapa meninggal dunia.masa umur 25 saya dah heavy smoker.sehari 2 kotak rokok.memang ketagihan teruk.sejam hampir 5 batang saya merokok.
DeletePernah sakit dada hingga buat check up.doc sarankan kurangkan merokok.berhenti sekejap dan merokok semula.cuba hisap vape tapi tak minat.saya belajar kurangkan merokok dr 2 kotak ke sekotak.
Semoga awak berjaya berhenti juga Anon :)
DeleteTabiat merokok kalau dah mula memang susah nk berhenti.saya mula merokok masa form 2.belajar dari abg yg baru habis spm.
ReplyDeleteMula² sehari 2 3 batang je.dah naik form 3 mula pau rokok abg.bila dah form 5 ketagih merokok dah mula rasa.abg dah mula marah sbb pau rokok dia je.saya makin kuat merokok.saya sanggup bawa bekal ke sekolah asalkan duit belanja dapat beli rokok.mak saya dpt tau dan marah kaw² bila saya merokok dibilik.ayah saya yg defend saya sbb saya anak perempuan tunggal dlm keluarga.lg pun ayah saya seorang perokok.
Finally tabiat merokok saya diketahui parents dan mereka boleh terima saya merokok walaupun masih bersekolah.dan skrg sudah bekerja.
take care anon and stay healthy!
DeleteWife saya dah 20 tahun merokok.takde nampak nak berhenti.bila gian merokok dia datang sekali dua batang dia hisap.anak anak pun dah faham walaupun masih bersekolah.masa bekerja dulu kurang sikit merokok tapi semenjak saya suruh berhenti kerja jaga anak semakin kuat merokok.sehari sekotak dia mampu habiskan.saya pun tak sekuat dia merokok.
ReplyDeleteBetul lah, kalau dah sebati dalam diri memang susah nak pisahkan. Mungkin time kerja dulu dia busy and distracted dengan benda lain. Ni dah duduk rumah mungkin bosan/ banyak masa lapang tu yang pam habis2 tu. Doakan yang terbaik untuk dia, guide her, pantau kesihatan dia and all the passive smokers around you. And please (just my humble advice), nasihat anak siap2 jangan mulakan perbuatan yang boleh memudaratkan diri. Take care u and ur family!
DeleteTakde isu pun perempuan merokok skrg..saya tak boleh tinggalkan rokok masa saya tingkatan 5..mak saya perasan bibir saya lebam sbb kuat merokok.masa tu saya dah mula merokok hampir sekotak.disebabkan abang dan kakak saya juga merokok so mak saya tak ambil serius sgt.pelajaran saya pun selalu cemerlang.tapi skrg kakak saya dah mula berhenti merokok.saya semakin kuat merokok
ReplyDeleteTake care and semoga dikurniakan kesihatan yang baik2 saja.
DeleteYe..saya pun mula merokok semasa saya form 2..tinggal dgn nenek saya jg seorang perokok tegar.nenek saya cuma nasihat tak manis masih sekolah merokok.dari suka2 belajar merokok akhirnya masa form4 hingga form5 rokok jadi keperluan bg saya setiap hari.bibir saya semakin nampak lebam sbb saya berkulit cerah.nenek saya tak kata apa dah.gian nk merokok bila balik sekolah membuak2.pantang nampak nenek saya merokok saya akan merokok sama.masa tu ketagih merokok saya dilihat oleh nenek saya hingga diketahui mak saya sebab bila hari cuti saya akan merokok hampir sekotak sehari.mak tak la terlalu marah cuma nasihat dan bergurau ikut tabiat nenek merokok.lg pun mak dah lama tau saya merokok bila nenek mengadu pada dia.honestly now I'm 22 saya seorang perokok tegar.belum ada cita2 nak berhenti merokok lg.
DeleteTake care and semoga dikurniakan kesihatan yang baik2 saja.
DeleteSaya mula merokok masa cuti hujung tahun tingkatan 1 sebelum masuk tingkatan 2. Umur baru 13 tahun sebab saya lahir bulan December. Masa tu abah saya masih seorang perokok. Abah biasanya letak rokok dalam rumah sekotak n dalam kereta sekotak. Tiap petang saya suka drive kereta abah ke taman rekreasi n pantai sorang². Suatu hari tu masa drive entah macam mana terdetik hati nak cuba merokok bila terpandang kotak rokok tu. Apa lagi, saya ambil sebatang dan cuba merokok. Saya Google cara merokok yg betul. Esoknya saya cuba merokok lagi terus pandai. Saya tak pernah terbatuk pun macam orang lain yg baru belajar merokok. Sejak tu tiap² petang saya ambil 1-2 batang rokok abah. Abah tak perasan pun rokok dia berkurang.
ReplyDeleteMasuk tingkatan 3 saya ambil upah tolong makcik kat kedai. Ada duit sendiri saya dah pandai beli rokok. Sejak tu saya merokok 5 batang sehari. Saya merokok juga di rumah tapi sorok². Lama² saya penat asyik merokok macam tu. Entah macam mana saya berani berterus terang dengan abah yg saya merokok. Apa reaksi abah semuanya tu panjang ceritanya. Dipendekkan cerita, akhirnya abah bagi green light saya merokok sebab dia pun merokok. Bermakna masa saya baru tingkatan 3 tu saya dah bebas merokok di mana saja termasuk dalam rumah depan abah n keluarga cuma abah pesan jangan merokok depan orang kampung n kat sekolah. Bila dah dapat green light macam tu saya merokok 10 batang sehari. Yg bestnya kadang² saya pow rokok abah 2 batang.
Sambung study kat kolej kekerapan merokok saya bertambah kepada 20 batang atau sekotak sehari. Umur 22 tahun masuk alam pekerjaan saya boleh merokok sampai 40 batang atau 2 kotak sehari sampai la sekarang umur 25 tahun.
Apa saya cerita ni bukan nak berbangga saya merokok. Tapi nak explain macam mana saya boleh terjebak dengan rokok. Dari perasaan ingin mencuba, jadi suka akhirnya jadi habit n ketagih. Takda kena mengena pun perempuan merokok ni jahat. Merokok cuma bad habit, bukan bad attitude. Saya cuma gadis kampung biasa², sopan, lemah lembut n saya orang yg bertudung. Tapi bila dah ketagih sama je macam perokok lelaki, memang tak dapat dikawal sebab tu saya mampu merokok 2 kotak sehari.
Abah saya berhenti merokok masa umur saya 22 tahun. 2 orang adik laki saya memang tak merokok. Pasangan saya pula, 1st ex bf saya tak merokok, dia tahu saya merokok n dia tak suka saya merokok. Selalu membebel kat saya bila saya merokok. 2nd ex bf pun tak merokok tapi dia tak tahu saya merokok. Yg 3rd n kini dah jadi suami saya pun tak merokok. Pada mulanya dia memang terkejut saya merokok, tapi dia sayang sangat kat saya akhirnya dia terpaksa mengalah n menerima diri saya seorang perokok. Dia pun dah tak kisah saya merokok dekat dengan dia.
tiada siapa pernah cakap perempuan merokok ni jahat cuma dalam norma budaya dan agama kita, nampak tak sopan plus majlis fatwa pun dah mengharamkan rokok coz it brings harms than goods. tapi sekarang memang dah berbalik pada zaman moyang2 kita yang mana perempuan merokok tu biasa, my moyang perempuan pun perokok.
Deletebaguslah dah jumpa pasangan yang boleh terima baik dan buruk awak, hargai dia sebab saya yang perempuan pun tak suka laki merokok, kira dia memang sayang awak sebab lagi susah sebenarnya laki nak terima pasangan merokok esp kalau dia sendiri tak merokok.
take care and stay healthy!
Saya respect dengan pendapat sis cakap hilang kagum tu. Masing² ada pendapat tersendiri. Tapi ada je yg cakap perempuan merokok jahat, jalang n seangkatannya. Saya okay je, saya tak kecil hati pun cuma tak puas hati je la sebab saya bukan macam tu. Saya bukan jenis liar, kaki lepak, clubbing or bohsia bonceng laki sana sini, pakai ranggi or seksi dedah badan. Saya jenis sopan, lemah lembut n bertudung.
DeleteTapi zaman remaja biasa la, ada perasaan ingin mencuba sesuatu n mencabar diri. Umur 13 tahun saya curi² belajar drive kereta manual sorang². Lebih kurang 5 minit saya dah cekap. Seminggu lepas tu tiba² nak cuba merokok pula, seperti yg saya cerita dalam koman di atas tu. Sampai sekarang jadi habit n addict. Memang susah nak berhenti. Bukan tak fikir kesihatan, tapi benda dah addict, hanya perokok yg faham.
Bab hukum tu saya sedar, ada cakap makruh ada cakap haram. Tapi penguatkuasaan tu takda, penjualan rokok kepada muslim masih bebas n masih ramai muslim merokok termasuk pak lebai, imam n ustaz. So bagi saya takda bezanya laki bersongkok n perempuan bertudung merokok. Tu pendapat saya la.
Saya hargai sangat suami saya boleh memahami n menerima ketidaksempurnaan saya ni. Memang susah nak jumpa suami yg tak merokok boleh terima si isteri yg merokok, malah kuat merokok.
Dalam hidup ni kalau nak aman, jangan pedulikan apa orang cakap pasal kita. Awak dah pilih jalan hidup yang awak nak bawa, teruskan. Tak perlu nak tak puas hati dengan kata2 orang sekeliling sebab kita tak boleh pun nak control mulut orang dan setiap orang ada perspektif masing2. So ignore them, fokus pada hidup awak.
DeleteHidup ni adalah pilihan kita. Kalau penguatkuasaan dijalankan pun, kalau orang tu nak buat, dia tetap buat. And kena faham konsep negara kita multiracial, bukan semudah itu nak stop kan penjualan rokok, it involves economy too.
Membunuh tu salah, berdosa, tertakluk bawah Kanun Keseksaan, ada mention dalam Quran tapi still wujud pembunuh dalam dunia ni. Tu la analoginya.
Apa yang kita pilih, kalau terima akibat yang buruk, muhasabah diri dulu sebelum nak salahkan orang sekeliling sebab takde siapa boleh buat keputusan dalam hidup kita melainkan kita sendiri kan ;)
kalau bab hukum merokok boleh baca dekat sini
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/2634-bayan-linnas-siri-ke-18-merokok-hukum-dan-penyelesaiannya
Semoga bermanfaat :)
Ye sis, memang sekarang saya pedulikan je. Saya tak puas hati tu takde la sampai nak gi marah orang tu. Cuma mula² dulu agak down bila orang cakap perempuan bertudung merokok ni jahat. Tapi lama² saya ignore je. Betul sis cakap, kita tak boleh control mulut orang n perspektif masing². Saya dah pilih jalan hidup saya macam ni. Pilihan saya untuk merokok disebabkan masa tu akal tak panjang. Tapi walaupun saya merokok saya masih jaga maruah diri, adab n kesopanan saya. Saya terima n just ignore bila ada stigma negatif pada saya. Hadap je la bila ada apa² kecaman pun. Yg penting saya n orang² yg rapat tahu siapa diri saya. Suami saya yg paling penting, dia dah kenal hati budi saya walaupun saya merokok. Saya sangat menghargai dia, dia dah la tak merokok tapi boleh terima isterinya ni merokok. Terima kasih sis atas nasihat n pandangan awak 😊
DeleteBetul, yang penting you know who u're. Just saya curious, awak pernah mengandung? Kalau pernah time pregnant masih merokok ke? Kalau belum saya harap nanti ada rezeki awak mengandung and that kid can make you stop the habit. Ameen.
DeleteTake care!
Anak dah nak masuk 2 orang sis 😊. Masa pregnant saya cuba taknak merokok tapi susah 😢. Tapi saya berjaya kurangkan merokok dari 2 kotak ke 1 kotak sehari. Tapi habis berpantang saya jadi macam kebiasaan balik merokok 2 kotak sehari. Entah la, rasa gian sangat nak merokok 😌. Suami pun faham je. Yg penting saya merokok bukan dekat dengan anak saya. Emm.. Maybe 1 day nanti saya boleh berhenti macam ayah saya 😊.
DeleteAlhamdulillah. Cuma, do you mind if one day your children become a smoker just like you? Because some said, children will portray their parents.
DeleteAmeen, semoga Allah permudahkan niat awak untuk berhenti merokok.
Kalau boleh saya memang taknak anak² ikut habit merokok saya ni. Tapi saya kena bersedia dengan segala kemungkinan. Mungkin anak saya cuba merokok tanpa pengetahuan saya. Kalau saya dapat tahu, entah la nak marah ke tak. Kalau saya marah, saya sendiri seorang perokok. Kalau dia minta kebenaran tapi saya tak izinkan, padahal dulu umur saya 14 tahun pun saya minta kebenaran dari ayah, saya argue dengan ayah cara elok sampai ayah bagi kebenaran saya merokok. Kalau anak argue dengan saya juga, perlu ke saya berkeras tak bagi merokok atau saya perlu mengalah macam ayah saya mengalah dengan saya? Awk rasa macam mana?
DeleteEven suami saya minta sebatang rokok cakap nak try merokok pun saya tak bagi. Suami senang larang dia sebab suami senang dengar cakap isteri 😅. Em, betul ke tindakan saya ni awk, saya larang suami saya merokok 🤔? Adil ke saya sebab saya sendiri merokok 😌.
Betul sis berdua ckp, masing2 ada perspektif dan pendapat tersendiri. Bg sy pulak sy teruja tengok perempuan merokok. Perempuan bertudung merokok lg sy teruja. Lg banyak merokok, bertambah teruja sy rasa. Sis Lila muka lembut ni boleh merokok sampai 2 kotak sehari sedangkan sy laki muka gangster ni jgn kata sekotak, 10 batang sehari pun x sampai. Sy kagum dgn awk. Knpa sy teruja dan kagum nnt sy tulis kat komen lain. Cuma sy nak tanya awk merokok kat open public area x? Then suami awk memang x merokok ke, atau pernah cuba merokok, atau dulu merokok lps tu dah brenti? Atau dia jenis yg muka innocent sbb tu x merokok. Then sejak perkenalan dgn dia, memang dia dah tau awk merokok ke or mcm mana. Dia boleh terima awk merokok tu awk merokok jauh dari dia ke or x kisah merokok dekat dgn dia? Kat rumah awk merokok kat luar ke or dlm rumah? Mcm mana pulak dgn keluarga mertua? Maaf ek banyak pulak soalan sy hehe
DeleteLila: Kalau saya memang bukan dari famiy perokok, so saya akan larang sehabis baik anak2 saya jadi smoker. Tapi at certain age, dorang berhak buat pilihan sendiri, kita sebagai ibu bapa hanya boleh nasihat. Bagi saya lagi elok dorang jujur dari buat di belakang saya.
DeleteYou did the right thing, sebab awak taknak orang yang awak sayang involve dengan sesuatu yang tiada manfaat, sebab awak dah melaluinya dan taknak dorang melalui benda yang sama.
Sis nadia - ada betulnya awk cakap. Kalau anak dah jujur mungkin saya terpaksa reda je. Kalau larang pun mesti merokok juga belakang saya.
DeleteSebenarnya sis, suami saya pernah je try merokok. Dia cakap dia tercabar n jeles tengok saya merokok. Dia minta saya ajar dia merokok tapi saya menolak. Banyak kali juga la dia minta sampai suatu hari saya mengalah. Bila dah ajar dia pula tak pandai. Asyik terbatuk, cakap pahit n rasa keras. Esoknya dia try lagi, masih sama. Sampai lebih kurang 3 hari kot dia tetap tak pandai lepas tu saya tak bagi dah. Kesian ada, nak marah pun ada. Yela, gatal sangat nak try merokok. Dia mengalah dengan saya tapi kejap je sis. Beberapa minggu lepas tu dia nak try lagi suruh saya ajar lagi. Dia cakap nak try sebatang je lagi sampai pandai. Tiap² hari minta saya ajar. Memang saya tak bagi la. Kali ni memang saya tegas. Saya cakap jangan nak mengada² sangat la nak merokok, benda tak elok. Ajar pun tak pandai. Bagi la berapa batang pun, memang takkan pandai. Membazir rokok saya je 😅. Lebih kurang dekat 2 minggu dia pujuk saya suruh ajar dia merokok, ayat tu je la saya ulang. Then dia give up. Sampai sekarang dia dah tak berani minta rokok saya suruh ajar lagi. Sebenarnya kan, boleh je saya ajar dia merokok sampai dia pandai cuma saya taknak. Saya memang taknak suami saya jadi perokok. Dah dewasa baru nak belajar merokok, tak perlu la. Cukup la saya sorang je perokok dalam keluarga.
Bro zac - oh kenapa pula teruja tengok perempuan bertudung merokok ye? Biasanya orang tak suka. Ok menjawab soalan awk, saya merokok je kat tempat awam tapi tengok keadaan keliling. Saya taknak terlalu menonjol. Yela, banyak perspektif negatif pada perempuan bertudung merokok kan. Dulu zaman boleh merokok dalam restoran saya merokok juga kat dalam tapi kalau orang tak ramai or duduk jauh sikit dari orang. Kalau ramai perokok berdekatan, saya merokok. Kalau takda yg merokok atau ada budak saya akan bangun merokok di luar. Saya hormat orang lebih² lagi budak. Macam sekarang dah tak boleh merokok di dalam so memang kena di luar la.
Suami saya tu muka rockers je, badan tegap juga tapi bukan la macam body builder tu. Tapi dia lahir dalam keluarga bukan perokok. Dia ada sorang kakak n 2 orang abang semua tak merokok. So dari kecil suami saya memang tak pernah merokok. Parents dia pernah warning jangan sesekali merokok walaupun dah besar.
Awal perkenalan dia memang tak tahu saya merokok. Tapi bila semakin rapat saya terus terang dengan dia yg saya ni perokok. Mula² dia tak percaya. Dia suruh buktikan lepas tu terus saya keluarkan rokok n nyalakan. Terkejut dia. Dia macam speechless. Tapi dia nak juga saya sebab dah mula sayangkan saya. Akhirnya kami kawin. Di rumah saya merokok je dalam rumah tapi mula² jauh dari dia. Tapi dia panggil saya cakap tak kisah pun nak merokok dekat n sebelah dia. Saya boleh merokok kat mana² ruang dalam rumah termasuk bilik tidur. Dalam kereta pun dia tak kisah.
Keluarga mertua saya dah tahu saya perokok. Sebelum kawin suami saya dah cerita semuanya pasal saya. Mereka boleh terima saya. Cuma bila balik kampung sana saya tak merokok la depan mereka sebab saya segan. Saya banyak merokok dalam bilik. Kadang² di beranda atau laman rumah bila line clear. Tapi kadang² terserempak dengan salah sorang, saya terus nak buang rokok tapi mereka cakap tak mengapa hisap je. Mereka semua memang ok boleh terima saya.
Saya juga merokok masa zaman sekolah masa form 1.belajar merokok dr kakak saya masa tu form 3.kami tiga beradik seorg lelaki.mak ayah bercerai.saya tinggal dgn mak.kakak saya berkawin masa umur 22 tahun terus berhenti merokok.dia tidak sekuat saya merokok.masa saya dan kakak saya sekolah lg mak dah tau kami merokok sembunyi².yg tukang repot adik lelaki saya.mula² mak marah lama lama mak biar saja.masa ditingkatan 5 ketagihan merokok saya tak boleh nak kawal lg.saya berterus terang dgn mak saya minta izin nak merokok dirumah.waktu sekolah rasa tak sabar² nak balik rumah utk merokok.mak berkerja.
DeleteDuit rokok waktu tu saya minta pada kakak saya yg dah berkerja.kakak marah jgk sebab saya merokok sekotak sehari dan kadang² sampai 2 kotak bila hari cuti.mak pun dah bising supaya berhenti merokok.rakan² sekolah saya yg lelaki pun respect dgn tabiat merokok saya.bukan nak menunjuk nunjuk tapi ketagih merokok yang kuat.saya lebih awal merokok dari mereka.abg ipar saya pun tak cakap apa dengan tabiat merokok saya.honestly saya bukan nak bangga dengan tabiat merokok saya.tapi dah ketagih merokok yang sukar nak tinggalkan.
Take care and semoga dikurniakan kesihatan yang baik2 saja.
DeleteMaaf ye sbb soalan sy banyak sangat sampai sis kena reply panjang. Btw bagus awk buat tindakan bijak dgn melarang suami awk merokok. Awk fikir utk xnak rosakkn suami awk. Awk bruntung sbb awk perempuan dan satu2nya yg merokok tp suami dan keluarga mertua yg xde merokok still boleh terima awk. Mungkin awk jenis baik dan lemah lembut kot. Xkan la disbbkan kita ada 1 keburukan, org perlu lupakan 100 kebaikan yg kita ada. Org lain pun pasti ada keburukan cuma x sama. So not fair lah judge keburukan org tu, tp kita x judge keburukan sendiri
DeleteKuat ye puan merokok..saya pun merokok jugak dah lama sejak zaman bujang lagi.saya terpaksa kawal ketagih merokok saya sbb suami bising saya banyak merokok salam sehari.
DeleteNak berhenti memang sukar sbb dah addict.suami saya merokok jugak tapi dia suruh saya cuba berhenti merokok.setakat ni belum boleh lagi.untung puan sbb suami tak banyak bunyi puan merokok.
Sis mya - awk merokok berapa batang sehari? Mungkin awk merokok lagi banyak dari suami awk kot tu yg dia suruh awk berhenti. Tapi saya lain pula. Suami saya tak merokok tapi dia tak kisah n tak pernah suruh saya berhenti merokok. Yelah, penerimaan setiap orang berbeza kan. Em, nak cakap saya kuat merokok atau tak, terpulang pada pandangan masing². Tapi saya akui saya ketagihan merokok sampai 2 kotak sehari.
DeleteBro zac - takpe awk boleh je tanya apa² pun. Yes, saya taknak ajar suami saya benda yg merosakkan diri. Sebagai perokok saya pun akui merokok membahayakan kesihatan tapi yelah dulu tak fikir, sekarang dah ketagih. So saya taknak nanti suami saya ketagih macam saya. Mula² saya kalah dengan pujukan dia suruh ajar merokok tapi bila tengok dia struggle sangat mencuba tu asyik terbatuk n nak termuntah saya dah taknak ajar dia lagi. Berkali² dia cuba pujuk saya lagi, berkali² juga saya bertegas takkan bagi dia cuba merokok walaupun 1 sedutan. Macam mana parents lain tegas tak benarkan anak mereka merokok, macam tu la saya tegas tak benarkan suami saya merokok. Saya juga ada pesan jangan sesekali nak gatal belajar merokok kat luar dengan kawan² dia. Saya taknak dia jadi perokok, taknak dia rosakkan diri. Satu lagi kalau dia jadi perokok, takut nanti bila sampai masa saya nak berhenti merokok saya tak jadi berhenti sebab tengok dia merokok 😅. Selain tu ni cara saya taknak anak ikut jejak saya merokok. Kalau anak tengok kami berdua merokok agak susah nak larang. So kalau ada salah sorang yg bukan perokok iaitu suami saya dapat lah larang n halang anak saya jadi perokok. Biar la saya seorang je yg merokok dalam keluarga ni.
Puan for your info saya merokok hampir sekotak setengah sehari.bila waktu kerja saya kawal gian nak merokok tu.gian nak merokok tu kadang2 rasa mengetip getip bibir saya.suami tak marah saya merokok cuma dia marah saya kuat merokok dari dia,maksudnya dia tak suka saya heavy smoker sebab saya bertudung bila bekerja.
DeletePunca saya kuat merokok sebab family saya tau saya merokok sejak dari sekolah.lagi pun saya cuma dua beradik aje.parent cuma tegur sikit sikit saje.ayah saya pun perokok. sebab tiada halangan dari parent buat saya bebas merokok hingga beberapa tahun sampai tak boleh tak merokok sehari.dah jadi habit.
Sy lain. Ya, masing2 ada pendapat dan perspektif sendiri. Sy pernah balas komen sis Lila sy ckp teruja dan kagum dgn perempuan merokok. Utk pengetahuan sis Nadia, memang ada laki mcm sy ni yg suka pd perempuan merokok. Kami ada, kami ramai, tp bkn lah majoriti. Sy teruja dan kagum tengok perempuan merokok sbb perempuan ni lemah lembut tp boleh hisap rokok yg keras tu. Dan bg sy itu membuatkan perempuan merokok tu nampak lebih elegant, sensual dan sexy walaupun dia berpakaian baju kurung dan bertudung. Memang memukau pd pandangan sy. Maaf nak ckp, bkn sy nak ckp benda kotor ye, harap sis Nadia open minded.. Bila mcm tu, perasaan sy (termasuk laki lain yg mcm sy) jd membuak2, kami jd fetish pd perempuan merokok. Benda ni memang jd secara semulajadi sejak sy kecil. Sbb tu sy suka sangat tengok perempuan merokok. Sy banyak cari gambar dan video perempuan merokok di internet. Memang banyak, yg candid ada, yg pelakon dari movie ada, yg rakaman dari live ada, yg jd model smoking fetish pun ada siap ada website smoking fetish. Model ni biasanya org putih la, melayu xda jd model mcm ni. Melayu banyak yg candid curi2. Indo pulak banyak rakaman live socmed. Yg bertudung bersepah. Bila sy baca komen2, baru sy tau wujud laki lain mcm sy. Dulu2 memang sy pelik knpa sy jd mcm ni. Skrg sy dah tau rupanya ramai juga yg fetish perempuan merokok ni
ReplyDeleteSaya faham setiap manusia ada naluri yang berbeza cuma kena berjaga-jaga dalam menyalurkan naluri tu. Jangan melampaui batas agamaa dan moral pun dah cukup. Minat/ cenderung/ keburukan/ aib/ fetish tu hak masing-masing, cara kita kawal diri kita tu yang penting. Semoga kita semua dilindungi dari hawa nafsu dan godaan syaitan yang dilaknat.
Delete