”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

4/26/2016

Perempuan merokok

Aku dah beberapa bulan tak private twitter aku atas sebab saja-saja. Lagipun aku bukan tweetfamous pun orang nak stalk aku tweet apa. So memang no issue at all. Aku pun jarang tweet, sekali sekala je, banyak retweet je.

Sampailah semalam tak semena-mena aku kena bash by only few people (around 1/6) tapi sebab aku tak suka negativity, aku decide private balik twitter aku and tak balas komen-komen dorang sebab buang masa gaduh-gaduh kat sana plus sikit je boleh balas hahaha.

Aku tweet aku nampak sorang perempuan ni, cantik, look educated, berjawatan tinggi yet still young tapi 'hilang kagum bila nampak dia merokok'

Ada yang cakap aku low minded/mentality, ada yang cakap aku motherfucker, ada yang cakap aku sexist sebab laki merokok tak bising pulak (aku ingat sexist tu sexy, baru nak bajet-bajet sexy hahaha), ada yang cakap merokok guna duit aku ke? Effect paru2 aku ke? Ada yang cakap, aku kata orang merokok tu jahat. 

Kebanyakan yang marah sangat ni perempuan. Hahaha. Perempuan dan emosi *rolling eyes* Merokok letewwww. 

Cakaplah aku low minded or whatever. Kalau kau taknak hadam fatwa yang mengatakan rokok tu haram atau kau taknak terima effect rokok pada kesihatan perokok aktif dan perokok pasif, tak tahu lah siapa yang tak berakal sekarang. And aku rasa rokok ni satu pembaziran walaupun berkepuk mana duit kau.

Aku cakap aku hilang kagum dengan perempuan merokok tak semestinya aku kagum wow amazing dengan lelaki merokok. Takdenya aku peluk kaki laki merokok sebab kekaguman. Duhhh. Tak kira la kau transgender sekali pun, aku memang tak suka smoker. Aku sesak nafas bau asap rokok. But I have no obligation to explain myself to her. 

Memang la dia merokok tak guna duit aku, tapi aku hilang kagum dengan dia pun, hilangkan pahala dia ke? Get it? Get it? Hahaha

Effect paru-paru aku tu; obviously kot. Hang ni belajar tahap mana, paling cikai pun tak pernah tengok iklan ke? -_-

 Please enlighten me which word yang aku cakap perokok tu jahat -..-. My beloved late Atok pun merokok tapi dia laki lah. Sumpah aku langsung tak pernah terlintas atok aku jahat, aku just concern bab kesihatan dia. Dia manusia paling aku rindu sekarang.

Maksud kagum oleh DBP: berasa sangat tertarik.
So, I presume, hilang kagum: tiada tarikan lagi.
Ke bahasa hipster maksud hilang kagum is jahat? Maaf dik, akak dah lama tak belajar Bahasa Melayu. Harapkan Melayu macam adik je nak perjelaskan balik. Melayu zaman akak, itulah dia maksud kagum haha.

It's just my opinion, my own thought, jangan melatah teruk sangat deh. Aku just hilang kagum, tidaklah pula aku pergi bakar kereta dia atau simbah cat ke rumah dia atau pergi mengadu ke polis atau jabatan agama Islam bahawa dia perlu dikafirkan.

Please raikan perbezaan pendapat. I respect yours, you respect mine. Kalau hilang kagum dengan orang merokok is kuno then I enjoy being kuno :)

 Thank you *bow*.

60 comments:

  1. Wow hang ni kira femes jugak lah smpai kena bash. Hahahaha..

    Twitter bukan utk aku. Walaupun dulu penah enjoy, tp x lagi sekrg. Just tweet acah2 meluahkn perasaan pastu blah.

    Semuanya sbb yg ko ckp kt atas. Xleh raikan perbezaan pendapat. sgt tak boleh. Mcm ko ckp bumi bulat dan diorg ckp bumi segitiga. Tp end up ko yg nmpk bodoh, sbb tu aku xsuka twitter. Its full of budak budak baru nk up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu la tetiba aku rasa aku famous. *flip tudung*

      hahaha aku dh x tau media social yg mana yg sesuai dgn aku. facebook dh lama out dr kehidupan aku. twitter ni lepas private okay balik la. instagram je kot okay lg haha

      Delete
  2. Internet argument, Nad. Tak pernah ada orang yang nak kalah. Hahaha

    Twitter ni best pd aku sbb timeline dia laju dan tak berulang (sangat) so kalau nak luah sikit2 perasaan tu mmg best sbb nanti cepat hilang dari timeline.

    Tapi bab nak bagi opinion ke, nak bagitau pendirian ke, terutamanya utk isu macam merokok tu, org2 dlm twitter sangat tak cool. Diorg jenis yg taknak terima pendapat dan biadab. Cakap sikit je terus BAM hentam kita.

    Bersabarlah Nad. Jangan peduli manusia2 perosak macam diorang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. tu aku malas reply, malas nak argue. so i just respect their arguments. lol

      eh timeline mmg ada kalanya berulang eh?

      tu la. bak kata zyra la, bebudak baru nak up. takde lah budak sangat aku tengok, sebaya2 aku jugak.

      hehe tu lah, sabar je la. kalau tak viral dah isu aku tu hahaha

      Delete
  3. Pelik bila orang nak pertikai apa yg ko rasa. Maksud aku, kenapa diorang nak insecure sangat kalau orang hilang kagum kat diorang? Luak ke nilai dia di mata diorang sendiri? Insecure sangat sampai apa orang cakap nak sentap.

    Takyah ko heran sangat tweet macam tu. Klau ko private lg la diorang rasa macam diorang menang padahal takde apa pun nak memang kat media social ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan. aku sumpah langsung tak terfkir people in twitter mind others people way of thinking. ingat meroyan masing2 je.

      aku private sebab bila dorang dah start mencarut dan biadap aku tend to bukak page dorang tgk profile dorang dan aku akan jadi judgmental di situ, so i better avoid it. hoho

      Delete
  4. typical reaction bila org tak boleh nak refute fakta betul, then org akan cuba insult personally kan. tp utk stay positive maybe perempuan tu dah cuba berhenti rokok ke, dulu satu pack sehari, skrg sepuntung je sehari. so boleh rasa kagum balik hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha actually i dont have any other issues dgn perempuan tu unless hilang kagum. in term of friendship, i still befriend with her. i still respect her as human being as she has the right to do whatever she wants. it just my own opinion perse. just kalau sy lesbian, sy tak nak ngorat dia dh la. hahahahahha

      Delete
  5. Zaman skrg benda salah pun org nak pertahankan. Lagi2 kt media sosial. Laju je nak bash org.

    Nasib baik la aku x main Twitter. Dari dulu lg aku tgk Twitter ni just tempat meroyan n nak cari pasal je... Xde interest langsung nak ada Twitter.

    Btw, perempuan merokok atau vape memang nampak x cool. Tapi kalau kau boleh buat dia berhenti merokok tu lg awesome.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. kdg2 aku mcm kesian. apa yg dorang nak buktikan? mana lebih penting; nak jadi cool or nak jaga iman? wah ayat aku! haha

      haha memang pun, tempat meroyan hahaha

      hmm i dont think i can. aku x la baik sgt dgn dia, biasa2 je atas faktor kerja je pulak tu. tkpelah, doa je lah yang terbaik untuk diri sendiri dan umat sejagat.

      Delete
  6. Anonymous1/05/2020

    Wife aku perokok tegar..skrg umur dah masuk 30..jenuh nasihat..masa kenal pun umur dia 16 thn..masa tu pun dah merokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. merokok nampaknya memang susah nak berhenti kan? Tak kira la laki ke perempuan. And sekarang memang perempuan merokok ni dah biasa, kalau dulu nampak awkward. Keep praying, i know u have done ur best as a husband? are u a smoker? If yes, ajak berhenti sama2 :) May Allah ease.

      Delete
    2. Anonymous1/06/2020

      I pun merokok..tu la masalahnya..tapi I sehari sekotak tak boleh habis..dia boleh habis sekotak..mak dia pun berkali nasihat dah jadi bini orang berenti la merokok..
      I bukan nak marah dia merokok tapi kekadang bengang juga..pasal kuat sangat merokoknya..

      Delete
    3. ajak la berhenti sama2. slowly but surely. benda yang dah sebati dalam diri memang tak mudah nak pisahkan. the main concern is your health. Striving and keep praying. May Allah ease :)

      Delete
    4. Anonymous11/18/2021

      Wow mcm bini aku gak.tengah makeup rokok.masak pun rokok.takleh buat apa kalau dah heavy smoker

      Delete
    5. heavy smoker kalau nak stop pun kena slow2 kan sebab akan ada efek jugak. Takpe. If u cant change it with ur action, keep praying :)

      Delete
  7. Anonymous1/22/2020

    I girl yang merokok hampir 10 tahun..dan bakal berkahwin hujung tahun..nak kata berhenti merokok memang susah..tunang ok je tak kisah..
    cuma tabiat merokok saya terbatas sejak larangan merokok di restoran..tapi gian nak merokok saya bila lepas makan atau stress kat tempat kerja..sekali hadap 2 dua batang terus..sampai pernah ditegur seorang staf kat ofis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'm never a smoker but I know how hard it to stop based on what people told me and what I heard. As long as your spouse doesnt mind, then its ok. we all have our own struggle right? Maybe one day you will really want to stop, maybe when you're expecting new human in you? Who knows right?

      Maybe with the new rule enforced, you can take this opportunity to reduce your intake. You go girl :)

      Delete
  8. Anonymous1/26/2020

    Ada tak kajian perempuan yang addict merokok lebih kuat merokok dari lelaki..rata rata I tengok macam tu..termasuk adik I.dia punya kuat merokok lebih dari abang I..lepas sebatang sebatang..kalau kat ashtray tu lagi banyak puntung rokok dia dari abang I..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak tak sure pulak bab kajian tu.

      Delete
  9. Amelia9/12/2022

    Saya besarkan dlm keluarga yg merokok.mak ayah saya merokok.seingat saya masa umur 15th saya dah belajar merokok.rasa bangga pulak bila merokok waktu mak ayah saya bekerja.masa tingkatan 4 mak ayah dpt tau saya merokok.mula nya marah juga bila dpt tau sbb masih bersekolah dan saya anak perempuan. Saya merokok pun on and off.
    Lama2 semakin kerap saya merokok.masa form 5 bila study atau buat homework kat rumah tak boleh tampa rokok. 2 orang adik Saya selalu mengadu pada parents saya yg saya asik hisap rokok. Dan selalu minta duit dr ibu utk beli rokok.sblm ke sekolah saya akan merokok dulu.masa tu parents saya dah tak kisah saya merokok.hingga skrg saya dah berumur 22thn.dan mula rasa saya seorang yg heavy smoker.tak boleh sehari tampa rokok parents pun pernah tegur saya kuat merokok mcm lelaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. merokok is normal nowadays despite your gender. Dulu2 saya difahamkan memang ramai perempuan merokok then zaman berubah dah makin kurang, hanya lelaki yang merokok. Sekarang kembali balik kepada zaman perempuan merokok itu 'biasa'.

      It's ur life, u choose ur life. Kalau awak bahagia cara itu, teruskan. Tapi kalau ada niat nak reduce and stop please be determined to do so, I really encourage you! I lost someone who was dearly to me bcoz of lung cancer and he's heavy smoker. Not to frighten you. Moga penyakit merbahaya disebabkan rokok tak menjenguk awak.

      Delete
    2. Anonymous9/27/2022

      Wow sportingnya parent..saya dah lapan tahun merokok baru2 ni je mak dpt tau..mula2 bebel jugak..finally dia ok je..sbb dia cakap kat ofis dia 2 3 orang perempuan merokok.

      Delete
    3. yup merokok among women are normal nowadays. Stay healthy ya!

      Delete
    4. Anonymous10/16/2023

      Tabiat merokok dtg parents yg merokok jg.mak saya seorg yg merokok.selepas bercerai saya lihat mak saya makin kuat merokok.masa saya 14thn saya mula belajar merokok dari mak saya.saja suka2.mak tak marah pun.masa form5 saya rasa sentiasa nak merokok.tak boleh lagi pau rokok mak.saya perlu kan rokok sendiri hampir sekotak setiap hari.

      Saya sembunyikan rasa gian nak merokok dari mak saya walaupun dia tahu kadang2 saya memang merokok.At last dia tau jg saya dah gian merokok bila mana dia lihat saya bersambung2 merokok semasa study kat bilik. cuma dia nasihat supaya jgn kuat sgt merokok nanti dah ketagih susah nak berhenti macam mak.skrg saya mengaku saya memang heavy smoker.belum rasa nak berhenti lagi.

      Delete
    5. Semua heavy smoker memang akan ada cabaran untuk berhenti. Even ada yang cuba berhenti secara drastik tapi benda tu membuatkan kesihatan dia terus merundum, mungkin sebab badan terkejut. Ada smoker yang memang langsung tak berniat nak berhenti walaupun dah dapat akibat buruk daripada tabiatnya itu.

      Hidup ni tentang pilihan dan bersedia menerima segala kemungkinan terhadap pilihan kita tu. Sama ada kita akan terus bahagia dengan pilihan kita ataupun satu hari kita akan diuji yang membuatkan kita akan persoalkan balik pilihan tersebut.

      Take care you! Apa2 pun, pilih la mana yang terbaik for you sebab u are the one who living ur life, not others. No regrets but always try to improve urself.

      Delete
  10. Wife orang borneo convert Islam before married.masa berkawan pun dia heavy smoker dan uumm segan nak cakap..dia juga kuat minum arak.dan miliki tatu di badan.
    Dah 3 tahun kawin dan punyai sorang anak.byk kali dah nasihat supaya kurangkan merokok dan berhenti minum.tapi tak jalan.kat peti ais rumah ada je stok minuman keras dia. Tapi saya tak berkeras sgt suruh dia berenti terus sbb saya faham keadaan dia.mcm mana cara terbaik untuk dia pulih dari ketagih rokok dan arak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm susah saya nak bagi nasihat sebab tindakan kena dari diri sendiri. Nasihat la macam mana pun, kalau dia taknak, dia takkan boleh berubah. Kita sebagai orang luar ni hanya boleh membantu especially untuk benda yang dah sebati dengan diri dia.

      Tapi saya boleh cadangkan:

      1. Kalau awak merokok, ajak sama2 stop/kurangkan. Contoh sehari sekotak, kurangkan jadi setengah kotak. Nak sembang bab implikasi kepada pasif smoker (anak) mungkin dia sendiri dah maklum.

      2. minta anak yang request untuk mummy stop. Soft spot ibu ni boleh jadi anak2 dia.

      3. rehab. bagi support. teman dia. distract dia setiap kali dia nak ke ketagihan tu balik.

      4. berdoa. hati kita tuhan yang pegang. Kalau dah usaha tak jalan, berdoalah, tanpa jemu, tanpa putus asa.

      Semoga Allah permudahkan urusan awak sekeluarga.

      Delete
    2. Saya seorang yg merokok walaupun sudah berkahwin dan punyai 2 anak.merokok hampir 15th.saya juga minum minuman keras sejak muda lagi hingga ke alam perkahwinan.suami pun amat sporting walaupun dia tidak minum.saya hampir ketagihan arak.saya rasa lagi bebas minum dan merokok dengan suami di mana2.bila anak semakin membesar.saya kurangkan minum arak secara perlahan lahan.bila dapat anak kedua saya berhenti terus dari minum arak.sokongan dr suami jg amat penting kerana peringkat awal2 saya mcm rasa murung sikit.kerap mengantuk dan rasa macam tak bermaya. rokok saja saya cuba kurangkan sebab susah nak berhenti.

      Delete
    3. Betul, support system sangat penting. Takpe, slow2 ye Nina, pasakkan niat. Pray the best for u and ur family.

      Delete
  11. Anonymous11/04/2022

    Perempuan melayu merokok ni dah biasa sgt tengok kat bandar..takle kata apa dah.pompuan yang minum arak pun semakin meningkat kat ig pun berlambak tak rasa malu langsung.pernah terserempak kat 7e pompuan melayu beli tiger 4 tin tampa rasa malu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah. Semoga kita dan keturunan kita dipelihara dari akhlak yang buruk.

      Delete
  12. Masih ada lagi blog meluah perasan. Normally perempuan merokok ni dah biasa.saya juga bekas perokok.rakan serumah juga merokok.seorang rakan serumah saya dia memang heavy smoker dan satu lagi dia memang minum arak.
    Saya dah tinggal serumah dgnnya hampir 5 tahun.sejak kebelakangan ni saya lihatnya semakin kuat minum.sblm ni dia hanya minum bila balik dari kelab.skrg dah mula minum dirumah.kami tak la kisah sangat tapi risau juga kalau dia mula ketagih arak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adaa. Here is more free and private.

      Life is a full of choice. Kalau itu pilihannya, kita tak boleh nak kata apa tapi kalau memudaratkan boleh la nasihat atas tiket persahabatan, caring not judging. Pengakhiran hidup kita tiada siapa yang tahu, imam boleh masuk neraka, pelacur boleh masuk syurga.

      Delete
    2. Serba salah jg nak tegur.no idea cara nak tegur.dah addict mungkin.kalau workout kat rumah pun boleh setin dua di teguk mcmna nak cakap.

      Delete
    3. hmm betul jugak tu. kita selalu dalam keadaan tersepit untuk tegur orang yang kita care sebab takut gaduh. Lets pray for her, inshaAllah.

      Delete
  13. Anonymous1/20/2023

    Saya seorang yg merokok.sejak beberapa tahun ni saya semakin kuat merokok hampir sekotak sehari.saya tinggal sendiri dibandar. hanya adik beradik saya yg tau saya merokok.

    Saya risau sekiranya mak saya tau saya merokok.sbb bila balik ke rumah mak saya tabiat merokok saya terbatas.gian nak merokok hanya perokok saja yg tau.saya terpaksa mencari alasan ke kedai ke apa ke untuk merokok.adik beradik saya suruh saya berterus terang saja pada mak saya.tapi saya segan dan takut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This is just my humble opinion ya; dont tell your mother if you know it will make her worry. Umur2 mak kita ni dah bukan masa untuk kita tambah kerunsingan dalam hidup dia. Buat je macam sekarang, bila gian sangat keluar.

      Tapi kalau rasa your mum can accept, bagitau je la. Kadang2 mak ni dah tau based on mother's instinct, dia just tunggu pengakuan kita je.

      Delete
  14. Anonymous2/11/2023

    Secara jujurnya selepas berkahwin saya cuba mengurangkan rokok dan minum arak dan hampir berjaya tetapi perkahwinan saya hanya bertahan selama 5 tahun sahaja selepas punyai seorang anak.saya tidak mahu menanggung biawak hidup.
    Selepas itu la saya semakin kuat merokok dan kerap minum.keinginan nak berhenti minum tu ada tapi tewas.pernah cuba bila balik rumah saya tidak mahu minum dan beli arak lg.tapi selepas mandi apa semua keinginan nak minum tu amat kuat.akhirnya ke kedai juga untuk beli arak.lagi pun anak saya mak saya yg jaga.paling lama bertahan pun dalam tiga empat hari.
    Kawan2 ada juga nasihat tapi sekadar nasihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keep trying awak, you can do it! No one can help you except yourself. I couldnt understand the struggle coz I'm not in your shoes but I believe you can do it.

      Apa2 pun yang telah/ sedang terjadi dalam hidup awak, how worst the situation, how bad you feel you're, ingat Allah itu Ar Rahman dan Ar Rahim. We're all sinners, of course in a different ways. Minum arak ke, merokok ke, berzina ke, merompak ke, membunuh ke, jangan pernah tinggal solat.

      Jangan rasa sebab kita terpalit dengan dosa, kita tak layak nak solat. Allah is All Merciful. InshaAllah dengan solat, akan slowly tarik kita jadi better person. slowly but surely. It's a pillar in our life. You can do it dear.

      Delete
  15. Anonymous4/05/2023

    Suka tengok bibir perempuan yang heavy smoker.nampak seksi lebih lebih lagi bila kat bazaar ramadan area kl.bole kenal kuat merokok ke tak dah biasa jumpa..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha benda tu personal preferences masing2. terpulang.

      Delete
  16. Anonymous5/03/2023

    Saya sudah berkahwin dan punya sorang anak..berasal dari kuching.saya sudah berhenti merokok masa awal berkahwin.cuma tabiat minum arak saya sukar ditinggalkan.memang budaya disana kebanyakan begitu.

    Saya lebih dulu minum arak dari merokok.masa umur belasan tahun.suami ada nasihat berkali suruh berhenti minum tapi sukar.lalu dia pun faham.bagi dia membazir duit.niat nak berhenti minum juga ada tapi beberapa hari mesti rasa mau minum jgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I dont know whether you're muslim or not, but consider if you're, then you must know it's haram to consume arak in Islam. You must try your best untuk tinggalkan. Slowly but surely. Consistent.

      But if you're not a muslim, you did mention about budaya there, and if it's not harmful for your health and well being then the problem is just a money, right? I dont know the price but with the economy nowadays, if it's just a want not a necessity, maybe u should reduce the intake amount. from once per week, to once per fortnight, to once per month and lastly just for special occasions such as any eve or birthday party. I know u can do it!

      Delete
    2. Saya juga sama kak..saya 5 tahun bekerja di bar.setiap hari meneguk arak.mula merokok masa form4.selalu ambil rokok ayah bila malam hingga parent tau.tapi mereka tak kisah sgt pun masa tu sbb pelajaran saya cemerlang.cuma parent nasihat smoke sekali sekala je.pd mula saya bekerja partime di bar.sbb seronok dn gaji lumayan jd saya semakin kuat merokok dan mula minum arak.masa tu saya tinggal sendiri sewa rumah.balik mabuk pun tak kisah.
      saya resign dan bekerja di syarikat swasta bila ayah saya meninggal dunia.tabiat minum saya sukar nak hilang.rokok sekotak sehari.beberapa hari saja saya boleh bertahan.ada waktu malam saya tak boleh tidur kalau tak minum.mak saya mula marah macam mana nak berlaki kalau dah kuat merokok.bab minum arak mak saya masih tak tau hingga skrg malainkan adik lelaki dan perempuan saya kerana mereka selalu lepak rumah saya.

      Delete
    3. Dear Farah, hope u r doing great right now. I'd never understand the struggle to leave behind ur addiction, or something that already has been part of ur life. But you must already know that it brings more harm than benefit.

      You try ur best ok girl to reduce it and lastly make it stop forever. Find a new hobby and new friends to make u occupied with something else. Keep praying to have that strength to stop and I will pray for you too. Take care :)

      Delete
  17. Anonymous8/19/2023

    Saya bercerai dgn isteri saya sbb dia kuat merokok dan minum arak la..saya menyesal berkahwin dgn perempuan yg terlalu sosial kaki clubbing.dah punyai seorg anak dia gagal buang tabiat merokok dan minum arak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan menyesal sebab setiap benda yang jadi ada hikmahnya. Mungkin ada sesuatu yang awak belajar dan boleh ambil iktibar dari perkahwinan tersebut. Di sebalik sifat dia yang awak tak gemari tu, mungkin ada banyak terselit kebaikan lain dia untuk awak.

      Semoga awak dapat membina kehidupan yang lebih baik bersama anak. apa2 pun jom doa sama2 supaya dia dan kita semua akhirnya bertemu husnul khotimah. Ameen.

      Delete
    2. Anonymous4/23/2024

      Wife aku pun heavy smoker jgk..masa baru kenal pun aku dah tau di merokok dan sometimes minum arak.masa honeymoon tu ada la dia layan minum..lepas tu dah berhenti minum.cuma still smoking.susah la nk cari yg perfect skrg ni.yg bertudung pun merokok minum kat rumah..aku tau sgt la..wife aku yg cerita.

      Delete
    3. Yes, indeed, nobody is perfect but we can always try our best to be a better person from yesterday

      Delete
  18. Anonymous11/19/2023

    Dah jarang lihat perempuan merokok skrg..kalau ada pun jenis muka bole bwk gi perang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha muka bawak pergi perang katanya. Sekarang ramai tukar ke vape, ramai jugak saya nampak perempuan hisap vape walaupun muka desa.

      Delete
  19. Anonymous12/08/2023

    Bini aku heavy smoker jg..konon nak kurangkan merokok dia hisap vape..last last dua2 pun dia hisap..pening aku.orang lelaki ni kalau lihat perempuan gian nk merokok ni kesian pun ada..sbb saya pun merokok.so faham je la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula, ramai cakap once addict dah susah nak stop. Semua berbalik pada diri sendiri. Harap satu hari nanti ada niat dan usaha nak berhenti sebab benda ni melibatkan kesihatan. Sekarang mungkin tak rasa, akan datang? Semoga dijauhkan.

      Delete
  20. Saya wife yg merokok.mula merokok ketika umur 16th.dah 20th saya merokok.memang heavy smoker.lg kuat merokok dr suami.punca sekian lama saya merokok sbb my parents tak kisah pun.sekadar nasihat2.
    Bila masuk U saya mula bebas merokok di rumah krn dah mula rasa ketagihan merokok hingga kahwin.pernah hampir 2 kotak sehari.

    Masuk anak kedua saya cuba berhenti merokok tapi tak berjaya.suami dan mula bising.saya cuba pergi klinik utk rawatan berhenti merokok.doktor ada bg supplement dan nasihat alhamdullila berjaya.skrg saya bebas dari merokok.terimakasih pada en suami jg krn byk bg semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Untuk berhenti merokok ni saya nampak kena ada support system yang kuat dan will dalam diri yang tinggi dan dont ever take even 1 kalau ada orang offer, nanti boleh ketagih balik.

      Semoga Nisa sekeluarga sentiasa sihat2 sahaja. Ameen

      Delete
    2. Anonymous4/15/2024

      Tahniah nisa awak berjaya berhenti merokok..saya mula merokok masa saya form 2.sejak bapa meninggal dunia.masa umur 25 saya dah heavy smoker.sehari 2 kotak rokok.memang ketagihan teruk.sejam hampir 5 batang saya merokok.
      Pernah sakit dada hingga buat check up.doc sarankan kurangkan merokok.berhenti sekejap dan merokok semula.cuba hisap vape tapi tak minat.saya belajar kurangkan merokok dr 2 kotak ke sekotak.

      Delete
    3. Semoga awak berjaya berhenti juga Anon :)

      Delete
  21. Anonymous3/06/2024

    Tabiat merokok kalau dah mula memang susah nk berhenti.saya mula merokok masa form 2.belajar dari abg yg baru habis spm.
    Mula² sehari 2 3 batang je.dah naik form 3 mula pau rokok abg.bila dah form 5 ketagih merokok dah mula rasa.abg dah mula marah sbb pau rokok dia je.saya makin kuat merokok.saya sanggup bawa bekal ke sekolah asalkan duit belanja dapat beli rokok.mak saya dpt tau dan marah kaw² bila saya merokok dibilik.ayah saya yg defend saya sbb saya anak perempuan tunggal dlm keluarga.lg pun ayah saya seorang perokok.
    Finally tabiat merokok saya diketahui parents dan mereka boleh terima saya merokok walaupun masih bersekolah.dan skrg sudah bekerja.

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!