”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

12/20/2016

sembang sorang-sorang #26

Hi blog! Rindu aku tak? Aku rindu kau. Sorry la lately aku busy sikit sebab bos bercuti aku kena cover bahagian dia mana yang patut.

Tetiba aku terfikir, apa perasaan aku bila baca kau 10 tahun akan datang? Adakah aku akan bangga dengan semua yang dah aku coretkan or aku rasa nak delete kau? Aku sayang kau oh! Haha. Apa jadi pun aku takkan delete kau; kau simpan terlalu banyak memori yang aku tak mampu ingat. Tu belum rahsia kita berdua je. You're really a keeper. Let stay like this till my last breath. Hmm, will you marry me? Wahahaha

Life has been ups and downs, like always. Kekadang aku malas fikir, aku hadap je apa yang datang, aku enjoy moment selagi boleh enjoy nanti kalau nak terlingkup ke tertonggeng ke aku akan 'enjoy' jugak moment tu. That's life kan?

Semalam aku stayback dekat office sampai pukul 7 malam, sorang. Buat kerja sikit. Bangunan office aku ni memang popular dengan cerita-cerita tahyul tapi kerana terpaksa aku beranikan diri. Nasib baik takde apa yang pelik-pelik jadi. Cuak jugak aku kalau nak pergi punch kad out ada orang tunggu tepi mesin tu haha. Bodo imaginasi!

Aku turun tangga. Aku nampak 4-5 lelaki tengah baik pintu. Time tu floor pejabat aku dah gelap and aku turun takde la pulak aku buat announcement.

Aku nak lalu guna pintu yang dorang tengah baik tu. So sementara tunggu dorang test aku diri belakang dorang tanpa dorang sedar. Aku nak bagi salam takut dorang terkejut lalu aku ke tepi sikit dengan harapan dorang perasan kewujudan aku.

Bila sorang nampak aku dia punya terkejut sampai yang lain pun terkejut sama. Hahaha. Semalam hujan lebat so memang gelap lain macam ditambah dengan lampu dah banyak tutup. Aku dah agak dorang akan terkejut sebab siapa akan sangka ada perempuan stayback sorang-sorang waktu gitu di bangunan itu? Lalu aku berlalu sambil gelakkan mereka, nasib baik mereka tak tergerudi aku.

Dah nak hujung tahun kan? Cepatnya masa berlalu. Hari tu aku tertulis tarikh tahun 2015. Mungkin sistem badan aku pun tak boleh terima hakikat tahun depan dah nak 2017 woi. 2017 = 27 tahun hidup. Great achievement? Yillekkk! Hahaha.

Azam 2017? Aku tak pernah ada azam tapi ada impian. Azam dengan impian tak sama ke dol? Tak, aku tak suka azam sebab aku ada sedara nama Azam yang hazab perangai dia hahahha. Ampun Azam if you happen to read this. Aku taknak kahwin dengan kau #tetiba.

I can feel 2017 will bring something big in my life. I don't know whether it's good or not. I hope it's a good one.  

Salah satu impian aku tahun depan aku nak cantikkan body. HAHAHAHA. Untuk kepuasan diri sendiri. Aku selalu ada aim nak kekal langsing sampai mati. Lansing dan vogue. Matilaaa, orang lain sebok nak beribadah kau sebok nak tone body la apa la. HAHA Nak cari personal coach la sebab nak tone body tak mahunya buat sendiri sebab aku manusia tak berdisplin. Body cantik baru boleh pakai bikini hahahhahaha tak2, aku gurau.

Bring it on!!!

16 comments:

  1. Haha bongok lah Nad. Kalau aki jd org baiki pintu tu mmg aku hammer kepala ko, hahahahha

    Aku pun takde azam. Selalu org azam nk kurus, aku dh kurus nk azam apa lagi. Harapan aku semoga tahun 2017 aku selalukan solat di awal waktu, hehe.

    Aku pun nk seksi jugakkk, tapi malasnya ya rabbi.. Hahah err bkn malas, sibuk sebenarnya hahah alasan cliche. Squat pin dh berapa bulan terabai. Kalau nk cari coach kena cari yg sudi sepak aku bila malas :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. aku x berniat pun nak terkejutkan mereka

      aku pun takde nak set awal tahun ke apa. tetiba tengah tahun nak berazam, aku berazam je la walaupun jarang tercapai kakaka

      malas kan weh. aku nak cari coach laki la hahahahahhahaha

      Delete
  2. KAWIN JE..PEDULIKAN APE KATA ORG..HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi besarnya gelak haha. kenapa tetiba masuk topik kahwin ni? :P hahaha

      Delete
    2. #TIBETIBE... JANGAN MARA..BRO MMG KENA KAWIN...CARI JODOH YG SAMA GILE..SEBB HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM, HANYA SI GILE YG KENAL ORG GILE.. BARU SEHATI SEJIWA...MASUK HOSPITAL BAHAGIA PON SAMA2..KAN BAHAGIA TUUUU

      Delete
    3. memang kena kahwin? memang kena? jatuh hukum wajib ke makruh? haha

      sebelum nak kenal Manikam, kenalkan saya kat Jauhari dulu hahahah lepas tu baru kita bincang perkara seterusnya. hahaha

      Delete
    4. Jauhari sy x kenal...tp sy kenal kan diri sy bole x..#try...pm tepi lah...
      haaa..kena kwin tu hukum nye wajib dah kak oi... kalo kena tampar sakit x... WAJIB sakit kan...Ada ke SUNAT/MAKRUH sakit tu..... #TIBE2LAGI

      Delete
    5. tak boleh la kahwin dah Jauhari pun tak kenal haha.

      Tak boleh encik nak analogikan tampar dengan kahwin. jauh bezanya

      Delete
    6. kau punya pukul 7 lewat tu sama macam waktu balik kerja aku yg paling awal.

      Sama la aku pun takde azam apa tiap tahun. Just go with the flow je. Kadang2 risau jugak.. Sebab org selalu bgtahu gagal merancang, merancang utk gagal.. Pi lantak la sbb aku masih belum rasa aku gagal lagi setakat ni. Haha..

      Yg tak sama, azam yg aku kenal baik dan sopan tak macam sedara kau. Hahaha..

      Delete
    7. haha. sini 530 boleh dikata 3/4 isi bangunan dah balik

      haha sama. nak gagal apanya, memang takde pape target kakakka.

      okay kenalkan dekat aku supaya aku rasa nak berazam lepas ni hahaha

      Delete
  3. azam tu hazril azam ke? jgn kawen dia nadia hahahaha.

    ReplyDelete
  4. naseb baik jugak la tak kena gerudi, nasib jugak mamat2 tu xde yg melatah. hihi..

    azam dan impian, IQ tak pernah simpan impian, tapi selalunya azam akan fail ditunaikan, tahun ni ada satu je azam dapat dicapai. next entry~ hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kann

      waa tahniah. ada azam and dicapai. i'm impressed hehe. ok cant wait for next entry

      Delete
  5. Uiih nak kekal langsing sampai mati tu hahahaha
    Kalau jenis keturunan kau badan slim-slim mungkin boleh kot tapi kalau ada yang membesar jugak agak payah di situ hahaha.
    Pape pun Nad, aku tahu 2017 akan jadi tahun yang sangat baik untuk kau. Percayalah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha langsing yang sihat tauu.
      keturunan aku so far takde yang besar2. yang ada pun ikut keturunan another side. berat adik aku yg umur 23 38kg je wehh hahaha.
      Thankyou cEro, thankyou so much. Ameen :) the same doa for you :)

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!