Hari Isnin lepas time public holiday aku pergi Padang Besar dengan family aku by Komuter dari Padang Rengas. Train dari PR around 7 pagi sampai PB around 10.15 pagi. Laju jugak and tambang murah banyak berbanding ETS. Tambang Komuter RM17.20 one way untuk adult. OKU, bebudak half price.
Dalam Komuter takde toilet ye plus tingkap pun tak boleh bukak kalau kau nak melepas kot tingkap pun hahaha. Kalau tak tahan sangat berhenti la next station and tunggu next train. Train dalam sejam sekali.
Dekat Bukit Mertajam kena tukar platform. Dia akan bagitau kena pergi platform mana, tak silap aku platform 2.
Dah sampai PB kena jalan dalam 800m kot untuk ke kompleks beli dan blah dia. Nak naik teksi boleh jugak; 1 teksi RM20. Membazir weh, baik jalan boleh juagk exercise, duit tambang boleh buat beli nenas madu dengan kerabu mangga dengan brooch haha.
Nak shopping sana kena keluar duit siap-siap sebab sana takde ATM. Ada tapi jauh gila nak menapak, kalau naik kereta memang takde masalah. Aku memang jenis manusia baghal (tak tahu maksud main bedal type) tak suka keluar duit. Nasib baik makcik aku bawa cash lebih so aku pinjam duit dia kejap.
Tak lama pun kitorang kat sana sebab actually kitorang baru balik shopping kat KL hari Jumaat dengan Sabtu sebelumnya. Haha. So takde apa nak dibeli sangat. Takde apa nak beli pun dekat RM200 duit aku habis. Haha. Adik aku pow jersey sekali.
Aku jalan dengan Hafiz cari jersey, then aku ambil satu baju ni nak buat pakai jogging. Dia nampak aku pegang dia tanya nak beli ke baju tu, aku angguk je la. Then dia ambil baju tu dia gantung balik then cakap 'cari lain, tak cantik'. Woi! Nak ikut taste dia pulak. Aku beli bukan sebab cantik, aku beli sebab murah haha. Ni aku dah nampak dah masa depan bini dia ni. Cerewet! Haha.
Dah dekat pukul 2 kitorang patah balik pergi steyen train dengan barang-barang yang konon 'taknak beli apa nak jalan-jalan je tu'. Sembangggggg! Hahaha. Dekat pukul 7 jugak sampai rumah balik.
Kalau korang dengar orang nak pergi PB naik train, janganlah nak pesan kuali periuk belanga suami paste tomyam beras pulut bagai. Berat tahu berat! Consider la sikit. Nanti datang naik kereta pesan la nak pesan kawah pun. Haha. Aku beli semua yang ringan-ringan. Baju, tudung, brooch.
Pergi PB tak sesuai sebenarnya naik train sebab memang akan banyak membeli. Setakat nak merasa tu boleh lah. Tapi kalau korang gigih nak mengangkut, silakannn.
macam lama jek tak mai komen sini..
ReplyDeleteaku pun cuti maulud hari tuh pergi padang besaq, naik kete.. sebab taktau jalan, ikut waze sengal, ikut jalan jauh..tolol..hahaha..owh, aku pergi naik kete sebab ayah aku mabuk tren..haha..sian dia..
jauh gakla weyh sebenarnya kan nak jalan dari stesen pergi kompleks padang besaq tuh.. kami taktau apaaaa, haha, so aku cuma ada masa tuh RM 60.00..nak keluar duit siap2 tapi lupa, sampai sana nganga cari atm, taktau apaaa.. so nak beli barang, masing2 topap sana sini..tapi that had accidentally become a good tactic to not overspent..kekeke..
betul sangat review hang ni.. nek kete problem parking jela kot tapi rezqi aku hari tuh, parking senang dapat..
haha. aku ingat pergi sana ada satu jalan je, banyak eh? aku selalu lalu unimap tempuh chuping tu kalau naik kereta. Siannya ayah kau. Takpe naik kereta lagi selesa
Deleteatm ada kat pekan area roundbout tu. Hahaha betul tu, dah tau takde cash memang tak la rambang mata sangat. Nasib kat sana x boleh guna debit kad haha.
parking mcm banyak just jauh or dekat je la. hehe
First of all, Aku rasa nostalgia kalau cakap pasal double track Padang Rengas sebab dulu aku industrial training kat sana. Tengok workers welding rail semua. So izinkan aku sedikit bangga akhirnya benda tu bermanfaat kepada pengguna.
ReplyDeleteKedua,aku dah lama nak pg berjalan-jalan ke Padang Besar. So aku jeles ngan ko Nad.. huhuhuhu
haha ye Day, dah berguna dah benda tu pada masyarakat.
Deletedatang la Day, naik train supaya nnt kau akan rasa double the bangga hahaha
Oi, baru nak pesan jersi jugak hahahaha.
ReplyDeleteMaju oo sana dah ada komuter. Dulu ketapi je, boleh tahan mahal laa jugak, kan?
Sekali je aku pernah sampai sana tapi tak register sangat dalam ingatan jadi tak ada yang boleh aku ceritakan pun hahahaha
lambat la haha
Deleteaah ketapi dulu agak mahal berbanding komuter
lama sgt dah la tuuu haha