”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

12/29/2016

Zoo Taiping & Muzium Taiping

Ahad lepas Cha turun Perak dia ajak pergi Zoo. Aku on je sebab aku suka binatang. Pepagi tu dia kata nak breakfast McD. Sebab nak kejarkan sebelum pukul 11 pagi tu, aku pecut 140km/h kat highway. Ha Cha kau sila terharu sekarang haha. 

Then kitorang pergi zoo. Orang jangan cakap la ramai dia, yela cuti sekolah kan. Semua bawak anak pinak, kitorang anak kat syurga lagi kakaka. Tiket masuk RM17. Walaupun kitorang takde anak tapi kitorang yang paling bising aku rasa serupa tak pernah tengok binatang. Cha tak pernah tengok zirafah secara live weh. Hahaha perlu ke aku gelakkan dia? Tak perlu jawab sebab aku dah gelakkan dia. 

Aku pelik mak bapak yang gigih bawak bayi pergi zoo. Bayi di sini bermaksud yang tak boleh berjalan lagi. Sian kot panas plus dia bukan faham apa pun. Baik tunjuk flash cards. Tapi lantak la kan, anak korang sukahati korang la haha. Sebok je kau Nadia. 

Ini gajah ye adik-adik. Nampak tak yang paling besar tu? Dia je conquer kat situ. Bukan makan sangat pun, memain je tapi yang kecik-kecik tak berani ke sana. Perangaiii

Ni zirafah. Kalau dia manusia mesti dah jadi model Victoria Secret. Leher jinjang, bulu mata panjang dan melentik, mata besar.

Ini iblis dan ibis hahahaha. Memula aku baca nama omputeh dia aku terjerit ha iblisss? Haha. Ibis rupanya. Binatang tu memang warna gitu ye bukan terjatuh dalam water colour. Sama pulak baju aku dengan dia. Biadap

Ini lembu dan Nadia


Ini Black Swan. Kolam black swan dengan white swan asing-asing. Gaduh lettewww. Tak yin and yang lansung.

Then kitorang pergi lunch dekat Kamunting. Lepas tu Cha ajak pergi muzium. Tercekik kejap aku dengar muzium. Tak pernah terlintas dalam kepala otak aku nak pergi muzium. Aku tak suka benda-benda sejarah ni. Last aku pergi muzium kat Melaka rombongan sekolah tahun 2001. Wow dah 15 tahun. Wow aku dah membesar. Wow aku makin tua. Wow. Sepak nak?

Tapi layankan je tourist ni. Haha. Masuk muzium RM2 untuk warganegara Malaysia. Nepal sana mari itu tiket jadi RM5.00 amma. 

Masuk-masuk je nampak tengkorak gajah terus teringat cerita Night at the Museum. Mula aku imagine benda pelik-pelik. 

Tapi wa cakap lu, berbaloi kot bayar RM2 untuk masuk muzium. Lagi berbaloi dari pergi zoo yang kau nak cari binatang pun kau kena panjat pagar cari kat mana dia nyorok, bagi salam, jerkah, baling batu haha. Kat muzium semua binatang ada walaupun yang diawet. Boleh nampak jelas. Tapi ada jugak yang pelesu. Gila apa nak awet ikan sardin, baik buat kuah laksa. Haha.

Selain itu ada bahagian tunjuk adat-adat semua bangsa kat Malaysia, ada bahagian orang Asli. Worth it la redah hujan lebat sampai kuyup nak masuk sana. Bangunan pun vintage. Setelah 26 tahun jadi orang Perak, aku bangga aku dah masuk muzium Perak. Korang pernah masuk? Tak kannn! Haha. Kat luar ada kereta Rolss Royce yang lama-lama, sikit lagi aku nak curi haha. 

cantik kan aku bangunan dia?

ini bukan wau bulan. Ni wau indahnya. Haha. Tak ingat dah aku nama dia.

Then kitorang pergi Aeon Taiping makan Aiskrim Baskin Robin hood. Lepas tu memasing pulang ke ganggang. 

8 comments:

  1. Aku pun suka pergi zoo...pernah pergi zoo teping gak hmmmmmm...masa tahun 2009 kot..haha..masa tu aku dah tua, sekarang aku muda balik..keke..

    Aku tak suka sejarah jugak tapi aku suka jek kalau nak masuk muzium tapi nak cari kliks yang menjadikan muzium sbg one of the itinerary memang susah so end up pergi jenjalan tempat lain..

    hahaha, ko ni sangat expressive dalam penulisan..meriah otak aku membayangkan setiap verbal expression tu..kekeke..baskin robin hood win..! dan wow, indahnya wau tuh..! satu lagi, ko memang cantik..pewwwiitt..! UvU

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah kau ni time traveler ke apa?

      best rupanya masuk muzium. kau boleh ajak aku hehe

      hahaha type je apa terlintas kat kepala. cantik sangat *tangan kat bahu, rolling eyes hahahhaha

      Delete
  2. Kampung belah Abah aku dekat Taiping.
    Berkali-kali balik kampung tak pernah pun terniat nak pergi Zoo Taiping.
    Lenkali bawak aku plis hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bolehhh cEro. Just roger me. Aku jadi tourist guide tak bertauliah haha

      Delete
  3. Aku penah pego dua tahun berturut turut zoo taiping. Aku mmg suka ke zoo tp bila tengok binatang kat situ macam tak terurus dan sedih, aku jadi sedih.

    Yelah, sapa je yg xnk hidup bebas. Aku penah nampak unta kt situ nangis. Aku tak taulah dia sakit mata kepe tp it really broke my heart. Dh la dia kurus, huhu..

    Sorry syahdu plk komen aku kalini. Oh ya, kau mmg cantik, mana penah tak cantik Nad :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh i have the same feeling with you. rasa dorang ada hak kebebasan. sebab tu aku faham kalau dorang asyik tidur je, sebab dorang dah out of nature dorang. agak kejam bagi aku sebenarnya konsep zoo terkurung ni. bila la kita nak buat mcm indon ke afrika ke haha.

      hahaha takde la wehh, aku memain jee byk haha

      Delete
    2. sedih plak aku baca ni..guhuhu..tula kan..entah apala perasan dorang dok dalam kurungan tuh..


      eleeeeh, nad malula tuh bila orang bercakap benar yang di santek..haha..

      Delete
    3. kalau kau dpt tgk mata dorang nampak la kesedihan tu. syahduu gitu hahaha

      hahahha tak la malu sebab tak la santekk pun hahahhaha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!