Semalam aku cuti pergi medical checkup (MC) untuk program DPA. Tak fit tak boleh masuk program DPA. Appointment pukul 2 petang. X-Ray aku dah buat Khamis lepas so tinggal ujian mata, urine test dengan jumpa doktor.
Memula buat ujian mata. Kerek gila nurse yang jaga tu, macam bagus je. Ha bulan Ramadhan aku memaki orang dalam hati. Tau lapar makcik oi, semua orang pun lapar tapi boleh tak bila berinteraksi tu bermanis muka sikit. Dapat pahala tau? Tak pahe aku dengan manusia yang sombong ni. Tertelan patawali ke apa.
Then aku pergi lab nak buat urine test. Dan sini masalah bermulaaaaaaa. Macam mana aku nak keluarkan urine bila dah takde liquid dalam urine bladder aku? Semua dah dinyahtinjakan pagi-pagi lagi. Takkan aku nak tahan kencing dari pagi, ada yang kena batu karang pulak.
30 minit! 30 minit aku termenung dalam bilik air tanpa sebarang hasil. Konspirasi apakah yang sedang berlaku dalam sistem badan aku? Urine bladder pun aku dah tekankan, takut aku terkeluar cecair hijau pulak karang haha. Aku siap google ''How to trigger urination?''. Tak pernah terfikir akan google benda bodoh begitu -_-''
Masa berlalu. Hari dah nak dekat pukul 3.00 petang, nafsu nak membuang masih tiada. Benda kena settle semalam jugak sebab kena hantar report hari ni. Aku keluar ambil angin. Aku ternampak vending machine jual air. Rasa nak pergi togok air tu. Tapi takkan nak berbuka semata-mata nak kencing? Hahaha. Bodo piang betul.
Lepas muhasabah diri, aku masuk balik toilet. Nasib baik jenis makan pujuk, dapat lah hasil walaupun tak penuh punggung botol pun. Aku doa orang lab tak terjatuhkan botol aku je, kalau tak memang aku suruh kucing yang kencing dalam tu.
Conclusion nya, jangan lah buat MC time bulan puasa. Seksa! Haha.
Then aku pergi ambil nombor. No aku 181 and no semasa 148. Perghh penantian itu satu penyeksaan.
Alhamdulillah aku diperakukan sihat. Doktor situ pun tak mesra. Ish amende la. Perempuan kalau lapar memang moody tapi kontrol boleh? Semua orang lapar kot. Ada yang aku sumbat stethoscope masuk dalam mulut karang.
4.30 baru settle semua. Lepas tu pergi pejabat pos, nak pos report MC.
Kelam kabut betul aku semalam sebab nak kejarkan iftar dengan kawan-kawan kat Ipoh. Nasib sempat sampai on time kalau tak nescaya kena maki haha.
Semalam kitorang berbuka dekat restoran MP Ipoh. Steamboat & Grill. RM42.00 sorang included GST. Orang perut besar berbaloi la makan, aku makan tak sampai RM10.00 kot. Dari segi variati aku rasa Shabu2 lagi best tapi Shabu2 takde grill. Kat MP ada daging yang dia marinate masin yakmat. Tomyam pun tak kaw sangat. So so je la makanan dia. Yang penting we had fun. Thankyou guys!
nak tany satu, patawali tu ape?
ReplyDeletehaha, lain kali kena minum air bergelen masa sahur, setiap masa akan rasa nak terkencing. kuikui.
sejenis tumbuhan yang pahit yakmat haha
Deletebanyak IQ nadia minum time sahur. 2 3 gelas juagk la tapi dah buang semua dari lepas sahur sampai la zohor hahaha
kalau kencing awal then simpan urine siap2 pastu letak dlm peti ais ke, can ah? haha
ReplyDeletepsssttt gallbladder is hempedu. i know you meant urine bladder. but still, tolak 5 markah haha 😌
haah kan? kenapa tak terfikir buat camtu? Eh tak boleh. nanti dorang pertikaikan authenticity haha
DeleteOMG kena tukar ni. kalau tak bakal menjahanamkan masa depan anak bangsa hahahhaa. TQ btw
Wuuu... Ramainya bodyguard
ReplyDeletei was the one who body-guarding them haha
Delete