”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/11/2017

Sembang sorang-sorang #29

Wuhuuuu. Buat apa tu? Fikir menu berbuka ke? Aku hari ni balik kampung berbuka kat rumah Pah. Tak sabarnya nak minum, dahaga. Aku baru puasa balik ni lepas 8 hari tak boleh puasa, tu tekak ni macam tak biasa pulak haha. Plus sekarang memang panas pun!

Aku hari ni melepet kat bilik je sebab nak keluar bilik kena pakai tudung ada ajnabi kat depan tengah renovate sikit rumah aku. Ni mesti ada yang datang raya nanti ingat parents aku renovate rumah sebab nak terima menantu. Awas ye sesiapa yang ada cakap macam tu, nescaya ada yang pulang berkaki ayam nanti sebab aku baling kasut vogue korang atas atap. Haha.

Aku cuti lama kali ni. Dari Khamis lepas sampai Selasa depan. Konon nak kemas rumah, sekali rumah pun takde! HAHAHA gelak la gelak la, aku bosan ni haha. Aku terpaksa cuti Selasa depan sebab nak buat medical check-up untuk pergi taklimat DPA Sabtu ni.

Bosan jugak cuti lama-lama ni. Time kerja terkinja nak cuti lama, dah cuti tak tahu nak buat apa. Pagi-pagi aku tolong mak baked biskut raya yang orang order, dah nak siap dah. Aku tak suka kerja-kerja buat biskut raya ni tapi sebab Mak aku yang buat kena la tolong. Kalau Mak awak yang buat pun saya tolong provided Mak awak tu bakal mentua saya la hahaha.

Hari tu time aku tak puasa aku pergi drive thru McD makan Foldover Mashwi. MashaAllah sedak gila, berat nanang sedaknya. Air bandung dia pun sedap. Tapi apa yang sedikit membingungkan aku, tiga kali aku pergi, tiga kali ada laki Melayu drive thru sekali. Awal berbuka bang? Tapi husnuzon la beli untuk bini yang tengah sengugut kat rumah. Ada sekali tu lagi la polis kot, 2 orang beli 2 set pukul 12 tengah hari! Bang, nak kata kot la ingat azan Zohor tu azan Maghrib, azan pun belum! Haha. Aku nampak dorang tengok aku dari cermin pandang belakang. Aku gelak je, nasib baik dorang tak tembak aku haha. Dorang tak naik kereta polis tapi ada jaket polis sangkut dekat seats haha. Harap dah Maghrib nanti tak tawar la bandung tu ye?

Aku yang perempuan ni pun malu nak beli walaupun yang jaga kaunter perempuan jugak. Ada sekali tu yang jaga pondan pun aku segan haha. Tapi biarlah mereka dengan kehidupan mereka, nak puasa ke taknak ke, terpulanglah. Janji aku kenyang haha. Lapar semacam woo kalau tak niat puasa sebab cacing2 dalam perut aku pun tak niat sekali. Padah padah.

Dah 16 Ramadhan, baju raya aku masih sepasang. Aku ada niat nak tambah lagi sepasang tapi berat lahai nak beli. Aku tengah fasa berjimat ni sebab nak masuk DPA macam banyak guna duit and aku ada nak pergi bercuti nanti. Wahaha. Kasut raya takde tahun ni, aku ingat nak pinjam terompah masjid je, nanti aku pulangkan la balik! Haha. Duit raya pun aku cut tahun ni sebab aku perlu pentingkan nafsu aku dulu dari nafsu orang hahahaha. Serious banyak nak guna duit, nak beli barang bilik lagi. 

Tu pun nasib aku tak buat tikam duit raya. Siapa cabut undi dapat kertas tertera 'kosong' sila lah makan biskut raya yang terhidang je. Seketul biskut raya 50 sen kau tau! Haha. Makcik aku bising mana pergi duit aku, gaji beribu, tanggungan takde katanya. Aku malas nak ceramah Makcik aku pasal apa yang aku bayar dengan gaji aku, nanti kata riak pulak ke tak ikhlas ke. Lagipun aku live life to the fullest! Haha. Aku rasa nak buat apa, aku buat. Selagi sihat ni buat la apa kau rasa nak buat kalau ada budget. Duit boleh dicari, pengalaman tiada nilainya. Gitu. Aku dah fulfill komitmen aku, aku dah ketepi siap-siap saving, aku dah bagi parents sikit duit gaji aku tiap bulan, yang lebih tu sukahati aku nak buat apa. K? K? Jangan persoalkan mana duit aku. I work my ass off for that, let me do what I wanna do. *tetiba emo, lapar la tuuuu haha

Dah la aku nak siap-siap balik kampung. Bye

11 comments:

  1. aku oun sering tertanya-tanya ke mana perginya duit aku, lebih2 lagi time2 macam sekarang..haa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. RIP utk semua duit kita yang entah ke mana. For me i cant tell it went to cinemas and restaurants. Hewhewhew

      Delete
  2. selamat (kembali) berpuasa Nadia. hahaha

    beli je la baju raya tu. raya kan setahun sekali je . hahaha. dapat bonus dah kan ��

    sibuk je kan org nak tau mana pergi duit kita, suka hati kita la nak buat apa kan? lagipun masa belum ada banyak komitmen ni la nak buat benda macam2 kan. betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha selamatt

      Dah ada dah sepasang. Cukup la kot. Bonus tu dah ketepi utk duit raya. Hoho

      Yes betulll.

      Delete
  3. are you trying to speak terengganu? haahahaha!!

    biase la tu nadia, tengahari2 buta kadang cakap beli untuk adik la, kakak la, bini laa, sampai rumah hilang dah set bigmac dalam perut. husnuzon je la...tapi grrrr...IQ makan jugak foldover tu, yang ayam punya, memang sedaapppp!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha entahla nak try ckp terengganu ke kelantan tu. menjadik tak? haha

      haha kan. husnuzon laaa. oh tak pernah try ayam lagi, tak berapa minat ayam tapi nanti boleh try hehe

      Delete
  4. jangaan.time muda nila nak menyimpan and invest. but Im pretty sure you already done tht. smart girl :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ada la menyimpan n invest sikit2

      Delete
  5. gelak gila baca hahahaha. a ah. nasib bek dorang xtembak Nad

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!