”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/05/2017

Kadet PTD #1

Dah 2 minggu aku kat sini. Ada lagi 38 minggu. Hell!! Haha. Aku try enjoy being here sebab aku tahu kalau mind aku set bila nak habis, bila nak habis mesti aku kemurungan haha. 2 minggu ni dah settle modul sahsiah. Jadual penuh pun dah dapat, memang full.

Kumpulan pun dah bahagi, time modul sahsiah dibahagi ikut platun and company, aku Platun Susu (HAHAHA nama kumpulan kitorang popular gila) and Company Alpha. Untuk modul akademik dibahagi ikut group, aku masuk group 5 dengan roomate aku sekali. 1 group dalam 80 orang. Aku okay je mana-mana sebab aku tak rapat dengan sesiapa lagi sekarang. So campak ke mana pun aku ibarat sesumpah akan try adapt diri aku dengan orang sekeliling. Walaupun aku introvert aku tahu aku kena make friends kat sini bagi menjamin kelansungan hidup. Susah senang kat sini memang dengan kawan-kawan.

Platun Susu. HAHA. Cari aku kalau tuan bijak bistari. Time ni time aktiviti explorace kat Melaka
Kat sini weekend takde makanan percuma disediakan. So melata la seluruh penduduk INTAN Bukit Kiara ke seluruh pelosok KL ni cari makanan. Semalam kawan aku bawak pergi makan dekat Murni SS2. Makan Mee Raja Meletup kebabom (kebabom aku tambah) dengan minum air Be Happy. Sedap, banyak dan murah weh situ. Boleh pergi lagi.

Mee Raja Meletup. Raja apa? Raja Gopal
Kat sini facilities bilik not bad dengan bayaran RM200/sebulan. Makan on weekdays free, kat bilik ada peti ais, water heater, kettle, aircond. Air Coway pun ada disediakan kat certain ports. Selesa la. Aku kat sini basuh baju guna tangan kot! Hari-hari kot! Sado dah tangan aku haha. Mesin basuh kat sini semua rosak, I is sad. Aku malas nak angkut baju pergi dobi plus aku pun takde transport kat sini. Nak naik Uber/Grab memanjang, parok jugak.

Tadi aku pergi Midvalley, dari sini ke Midvalley naik Grab RM8, balik ambil Uber sebab Grab full, RM14. Memang Grab lagi murah eh?

Ketua Kluster aku kat sini muka macam Azlee Khairi weh! Pergi google. Handsome jugak la tapi Ketua Kluster aku tu dah tua la haha. 2 minggu aku runsing fikir muka dia macam siapa. Kau tengok aku, orang lain runsing pasal modul, aku runsing tak ingat muka orang haha. Jenuh aku google sebab aku susah nak ingat nama pelakon-pelakon ni, selagi aku tak dapat jawapan aku tak puas hati especially bila aku nampak muka dia haha. Akhirnya tadi aku dapat jawapan weh, legaaaa, rasa cemerlang dalam exam yang tak study perasaan dia! Haha. 

Korang bertabah je lah dengar celoteh kehidupan aku as Kadet PTD selama 10 bulan ni. Taknak baca pun takpe, memang niat aku dari dulu ada blog just untuk kepuasan sendiri hehe. 

Esok aku join Larian Obor Sukan Sea kat KL Tower yawwww. 

Till next entry. Bye.

4 comments:

  1. Anonymous8/06/2017

    Cari aku kalau tuan bijak bistari

    perempuan 2 dari kiri :)

    ReplyDelete
  2. grab memang lagi murah dari uber. hoho...memang kalau jadi kadet PTD kena bersemangat waja ek? siap larian obor lagi...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah dilatih utk bersemangat waja untuk berkhidmat dengan kerajaan hehe

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!