”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/19/2017

Rutin harian Isnin - Jumaat

Sekarang ni Isnin-Jumaat memang aku dah ada fix rutin, yang sendat. Siang hari nak text orang pun aku curi-curi. Ada masa aku sempat baca je tak sempat reply especially kalau whatsapp group. Kekadang baca pun tak sempat, aku just bukak sebab aku tak suka tengok notification warna merah tu, disturbing. Siapa sama dengan aku? Haha

Kat sini hari-hari aku turun naik tangga dalam 1000 anak tangga. Sini memang kawasan berbukit hence banyak gila tangga. Dengan pakai heels nya, seksa pundak sanubari aku. Dari kelas pergi dewan makan, then balik bilik balik dah habis terbakar kalori yang aku makan tadi. 

Makanan kat sini terbaik, cukup rasa and kekadang mewah. Ada sekali dinner tu dapat burger ayam, spageti, mushroom soup + roti. Esoknya pulak makan nasi goreng + satay + keropok. Minum pagi pulak kekadang dapat yogurt, mushroom soup + roti, brownies. Breakfast selain main dish memang ada satu kaunter sedia roti bakar denga butter jenama Anchor kot. And tepi dia ada coco crunch, cornflakes, susu. Semua brand nestle and susu dutch lady. Heaven tak? Tapi tu lah, makan banyak mana pun aku tetap rasa aku makin kurus duduk sini angkara si tangga haha. Breakfast hari2 aku makan cereal dengan main dish, kalau main dish tu aku tak suka (Contohnya lontong. Lontong ke lotong?), aku akan ganti dengan roti. Laparrrrr. *Aku puasa hari ni haha.

Kelas dari 8.30 pagi sampai 4.30 petang. Pagi yang ada assembly akan kelam kabut sikit. Dalam kelas tak boleh pegang handphone unless lecturer suruh cari info apa-apa. Tengah rest pun cukup masa untuk makan and solat je sebab perjalanan turun naik tangga yang memerlukan fokus atas sebab kekangan masa memang nak tengok handphone pun tak sempat.

Petang free sikit. Selalunya time ni aku ambil masa nak basuh baju. Kalau rajin aku pergi jogging tapi lately sini tiap petang hujan, so aku duduk je lah dalam bilik. Kekadang balik kelas lambat, 5.30-6.00 petang baru sampai bilik. So mandi, solat, lipat baju semua dah kena pergi makan pukul 6.30 petang. PT wajib kitorang hari Rabu pukul 5.15-6.30 petang. Buat masa ni tak pernah buat lagi sebab hujan. Kahkahkah. Tuhan Maha Memahami.

Malam kekadang ada program. Macam minggu ni Selasa malam and Jumaat malam memang ada program habis around 10.30-11.30 malam. Balik tu kalau nasib tak berapa nak baik, kena siapkan assignments la apa la, nak sidai baju pun time tu jugak. Setiap malam Khamis memang ada bacaan Yasin/any aktiviti kerohanian dari 7.30-9.00 malam. Kalau malam takde program free la. Kalau takde kerja apa lagi aku tengok movie la haha.

Kat sini setiap modul akademik akan ambil masa 2 minggu. So dalam 2 minggu tu memang belajar topik tu je. Dalam 2 minggu tu la nak fulfill kan semua kehendak modul; kuiz, assignment, presentation, final exam. Final exam hari Jumaat minggu kedua. Macam sekarang group aku tengah modul Ekonomi, next week last.

Why economy why? Huaaaa! Jargons economy susah kot nak faham bagi budak law macam aku ni. But I try my best to absorb and digest it. So far so good. Hari tu tetiba ada pop quiz mak ai seronok mak hincek menghentam haha. Semalam pun ada quiz. Next week ada site visit to MATRADE InshaAllah, ada presentation and final exam on Jumaat. Lepas tu balikkkk! Yehaaa yaribba yaribba.

Aku homesick kot, dah sebulan tak balik. Cuti seminggu pulak tu minggu depan. Ya Allah, Alhamdulillah. Hazab lepas cuti kita fikir kemudian.

Doakan aku lulus Modul Ekonomi dengan cemerlang. Sini markah 65 ke atas baru lulus!! I know I can do it *sejenis konfiden dengan diri sendiri. 

10 comments:

  1. Bosannya... dah macam duduk asrama je. Haha... Tabahlah buat rutin sama je tiap hari ya. Sape suruh apply haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ye wehhh. seibijik macam zaman asrama. bertabahlah hati bertahan lagi 9 bulan. tu la kan, sendiri apply sendiri tanggung la hahahah

      Delete
  2. Anonymous8/20/2017

    Good luck for your exam. Nanti tiba modul undang2 ( kalau ade ) silakan pejam mata je. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha thank youu :) tak boleh pejam mata jugak sebab dah lama ttak exam2 ni hahaha

      Delete
  3. fuhhh, melalui kelas PTD macam masuk belajar balik, penuh jadual,

    seronok le tu balik rumah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah memang belajar balik, kitorang ambik diploma ni hehe

      mesti la seronok, seronok gila. homesickkkk haha

      Delete
  4. untungla makan sedap tapi tak gemuk2 hahaha. yeay you can do it! sejenis confident dengan seorang nadia haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha badan naik jugak tapi tak mendadak la haha. thank you kak bell! :) haha terima kasih menambahkan kekonfidenan kuuuu hahha

      Delete
  5. Econs senang. Exam MCQ je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak tahu la nak classify senang ke tak. memula nak digest jargon dia tu adoiyai. aah

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!