Selama 3 hari ni je tempat-tempat yang aku sempat melawat. Memang aku pergi 5 hari tapi hari first sampai tu bersantai je and hari akhir pagi-pagi dah ke airport untuk balik ke Tanah Air yang dicintainyapun. Kat Jogja semua tempat pun kau kena bayar duit parking. Ada yang secara legal dan illegal. Bayaran dalam RM2-RM5. Ada yang lahabau masuk kena bayar, balik pun kena bayar. Cikai.
Semua perbelanjaan (lingkungan bayaran) yang aku bagitau kat sini aku dah convert dengan currency 1 MYR = 3300 IDR. Yang aku tak mention bayaran untuk seorang korang boleh la bayar share mengikut berapa orang pergi. Paling sesuai pergi 4 orang lah, kereta supir pun ngam-ngam and naik jeep pun molek belako.
Hutan Pinus Mangunan
Ni tempat first aku pergi dekat Jogja. Kawasan atas bukit, layak dinikmati, nyaman dan mendamaikan. View untuk bergambar memang terbaik. Sejam jugak aku spend masa kat sini.
Bayaran masuk: RM1.50
Parking: RM3.00
Jurang Tembelan
Buah pokok pinus (agaknya) dan buah hati awak HAHA |
Ya Allah kenapa perlu eksperisi gedik sebegitu dong? |
Jurang Tembelan
Ni area Hutan Pinus jugak. Sini memang banyak spot untuk disinggah dan bergambar. Datang Jogja ni ibarat semata kau nak riak kat IG je haha. Tapi tak dinafikan most the views are breathtaking. Jogja ni ibarat Cameron Highlands kita; berbukit dan udara segar.
Pantai Depok Parangritis
Kat sini memang boleh layan lepak lama. Ombak laut dia ganas gila tapi Subhanallah sangat, dengan pasir hitam dia. Breeze dia pun aduhaiii buat rasa nak berkhemah kat situ. Sini memang tak boleh mandi. Memacam aktiviti boleh buat; berkuda, atv. Tapi aku just menikmati panoroma. Worth it.
Bayaran masuk: RM3.50
Taman Gumuk Pasir
Ni pun area Pantai Depok je. Bagi aku kat sini takde apa unless korang nak main sand board. Tapi aku tak main pun sebab bukit dia tak la tinggi mana. Your choice.
Parking: RM3.00
Goa Pindul
gambar belakang tu guna penutup botol weh. Aku ni nak lukis rama-rama guna pensel pun fail haha |
Goa Pindul
Yang ni menarik jugak. Guna tube masuk gua, perjalanan tak jauh sangat. Aku suka air tapi bila masuk gua yang gelap, duduk atas tube baru aku sedar aku tak gemar sangat situasi tu. Agak buat aku tak selesa. Time aku pergi tu ramai gila pulak orang, nak keluar pintu gua pun kena que so aku hanya berdoa tiada entiti dalam air patuk punggung aku haha.
Sungai Oyo
Ni sekali pakej dengan Goa Pindul. Menyusuri sungai guna tube jugak and ni aku takde masalah and I enjoyed it sebab aku berada di tempat yang terang benderang. Ada satu spot tu ada air terjun tapi tak la besar mana. Boleh lah. Tapi aku buat kerja gila kat sana. Seperti yang diketahui umum (siapa entah tahu), aku gayat pada ketinggian vertical. Time dekat sini aku terjun dari ketinggian freaking 4m. Aku tak suka perasaan kecut perut tu but I did it and still not proud with myself haha.
Bayaran Goa Pindul + Sungai Oyo:
Bayaran masuk: RM6.00
Parking: RM3.00
Pantai Timang
Okay ni korang wajib pergi! Perjalanan ke sana agak mencabar. Sebelum sampai korang kena naik ojek (motor) nak ke pinggiran laut tu. Perjalanan agak menusuk sanubari sebab jalan berbatu tajam dan annoying selama 5km. Seksa batin aku. Tapi bila dah sampai OMG lupa dah keadaan rahim yang mungkin sedang mengerang kesan hentakan. Ibu mengandung is strictly prohibited (by me) going there.
Sampai-sampai je aku terpegun. Cantiknya view MashaAllah. Cantik sangat, sangat cantik. Kalau boleh nak suruh mata jangan berkedip sebab berkedip sesaat pun rugi rasanya (over). Aku naik gondola untuk ke seberang. Aku tak gayat sebab tu ketinggian horizontal. Memang dia tak sediakan life jacket pun, gondola pun dari kayu and tali semata dan ditarik oleh manusia. But it was freaking worth it.
Gondola tu digunakan untuk pancing lobster, situ memang lubuk lobster. Time aku pergi bukan musim lobster. Aku ingat durian je bermusim. Lama jugak aku duduk kat seberang sana tu menikmati pemandangan dan bergambar. Time balik nak naik ojek balik tetiba baru rasa menyesal datang hahaha.
Gondola: RM60/seorang
Gunung Merapi
Kat sini kena sewa jeep untuk melawat kawasan gunung berapi, harga sewaan jeep mengikut pakej yang diambil. Aku ambil short trip sebab taknak berbasahan, tak bawak baju spare. Jalan dia pun menusuk pundak tapi dalam jeep boleh berdiri so kurang hentakan tu.
Dia akan bawak pergi muzium dia. Korang boleh tengok apa yang gunung berapi tinggalkan, boleh dikatakan yang ditinggalkan hanyalah debu. Dasyat betul effect gunung berapi, lembu tinggal tulang, kaca cair, rumah hancur musnah. Tapi aftermath, tanah jadi subur, tanam apa pun menjadi, tanam cinta kita pun inshaAllah subur. Kahkahkah.
Alhamdulillah time aku pergi puncak gunung Merapi tak ditutup awan so nampaklah dari mana dia meletus dan dia guna laluan mana. Ada satu perkampungan musnah bukan sebab lava gunung berapi tapi disebabkan awan panas gunung berapi. Kau bayangkan betapa panasnya gunung berapi tu boleh menghancurkan perkampungan.
Then pergi tempat perlindungan bawah tanah dia yang dah tak digunakan. Time last gunung berapi meletup tahun 2010, tempat perlindungan tu ditimbus debu ke apa aku tak ingat sampai orang kat dalam tak boleh keluar. So dua orang mati ibarat di-oven kan. Scary nya dengar. Nauzubillah.
It was a great experience but to repeat again, tak kot. Cukuplah sekali pergi. Lepas ni kalau pergi pun aku nak hiking. Wah begitu tinggi cecita haha.
Bayaran masuk: RM2.70
Taman Negara Gunung Merapi
AMARAN: YANG NI KORANG JANGAN PERGI. Sumpah takde apa, bayaran masuk mahal gila langsung tak berbaloi. Taman tak berjaga langsung, sampah merata-rata, air terjun kering. Nak pergi tengok puncak gunung kena hiking dalam 700m tapi tangga pun berlumut. Aduhai bayar mahal-mahal ni je dapat? Pihak Berkuasa Tempatan patut ambil tindakan yang sewajarnya. Sebelum masuk boleh beli kacang untuk bagi monyet makan. Korang pun boleh makan kacang tu sekali.
Bayaran masuk: RM45.00/seorang (MAHAL GILA. Kalau local RM1.80 je kot PFFFT)
Parking: RM3.00
Pemandangan selepas hiking 700m pakai seluar jeans dengan sandal dan bayaran masuk yang tak masuk akal! |
Pekan Malioboro
Malam akhir supir bawak ke sini kalau nak beli ole-ole. Tapi aku tak beli pun just jalan-jalan tengok pekan orang. Pekan dia crowded gila, rimas aku. Aku tertarik dengan satu persembahan ni, dia guna angklung and ada orang macam tengah high menari. Tapi aku tak tengok lama sebab aku dah runsing dengan keramaian manusia di situ.
Pekan dia banyak kuda and beca, ada beca bermotor ada beca basikal.
Aku: Kenapa semua kuda dia mata kena tutup?
Supir: Supaya kudanya enggak tahu berapa bayaran yang diterima tuannya, kalau tidak kuda itu mesti mengamuk, masakan aku bersusah payah dan diberi bayaran lumayan tapi hanya diberi makan rumput.
HAHA biadap jugak supir ni.
menarik! seronok baca, tapi serius la bayar rm45 dapat pemandangan entah ape2...boleh skip ke pergi taman negara tu? bukan dorg akan singgah jugak?
ReplyDeletemostly tempat kena bayar, termasuk pantai pasir hitam tu. serius pantai kena bayar??
ye entah hape2 gila. bayangkanlah local bayar berapa. entrance yang local bayar ye berbaloi dengan taman yang sedemkian rupa. boleh je. jadual perjalanan kita yang pilih sendiri hehe
Deleteye semua kena bayar, haha
menarik, nanti kalau dh ke bali jgn lupa update entry.
ReplyDeletecik blogger pergi sorang ke ni.
Baik
DeleteEh tak la dengan kawan tapi dia taknak gambar dia disiarkan hahaha
Bestnye travel. Cantik2 semua
DeletePergi la. Inshaaallah ada rezeki :)
DeleteAmbil gambar guna camera apa ya? Guna camera phone shj ke?
DeleteDslr and olympus tg tracker :)
DeletePatutla gambar cantik2 semua. Pandai photographer awak ambil gambar.
ReplyDeleteTempat yg cantik ditambah dgn orangnya pun cantik :b
Hehe..
Haha thank you. :)
DeleteYeay pergi travel.
ReplyDeleteCongrats Nadia. Achivement unlocked !
Haha
There are so many not yet unlocked haha
Delete