”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

9/10/2017

Yogyakarta (Jogja)

Hari tu aku pergi Jogja selama 5 hari 4 malam. Orang beraya aku pergi bercuti kahkahkah. Dari Ipoh aku naik bas Yoyo terus ke KLIA2 then naik AirAsia ke Jogja. Perjalanan KL-Jogja ambil masa dalam 2 jam setengah. Flight aku 9.45 pagi waktu Malaysia dan sampai sana 11.20 pagi waktu Indonesia (sejam lambat dari Malaysia). Sampai sana je supir dah tunggu. Sepanjang kat sana memang aku guna supir sebab perjalanan dari satu tempat ke satu tempat mengambil masa dalam 1-2 jam dan sepanjang perjalanan ke sesuatu tempat memang aku jarang terserempak dengan bas, mungkin faktor kawasan yang agak terpencil.

Breathtaking, isnt? 
Waktu solat kat sana pun buat aku confused. Subuh dalam 4.30 pagi, Zohor dalam 11.30 pagi, Asar dalam 3.30 petang, Maghrib dalam 5.30 petang and Isya' dalam 6.30 petang. So bila aku nak solat Maghrib terasa macam tengah solat Asar haha.

Aku stay dekat Umbulharjo. Best situ sebab aman, jauh sikit dari pekan utama dia, Malioboro. Walaupun tempat aku stay jauh sikit dari pekan utama tapi tiada masalah nak ke mana-mana sebab boleh panggil je supir untuk bawak. Lagipun kat kawasan tu setakat nak cari makan and kedai runcit memang takde masalah, walking distance. Malioboro crowded gila please, rimas aku tengok. Tapi ikut citarasa masing-masing la nak stay kat mana. List penginapan memang banyak kat sana and murah yakmat. Korang pilih je nak yang mana, compare reviews, compare harga then booking dengan senang hati.

Jogja sight seeing dia memang A+. Jogja ni kawasan perkampungan and ada feel macam kat Kelantan sikit. Tempat-tempat menarik dia ada yang menarik gila, ada yang over rated dan ada yang mengecewakan. Tapi ada tempat menarik yang bila aku dah sampai Malaysia baru aku tahu kewujudannya hahaha lame. Aku akan cerita details pasal ke mana aku pergi dekat next entry yang entah bila haha. Nak kata aku akan repeat Jogja mungkin tak sebab banyak lagi tempat lain yang tak pernah diterokai. Next target aku untuk Indonesia is Bali. Hehe.

Jalan raya dekat Jogja agak sempit dan cara pemanduan agak ganas. Dorang tak biadap atas jalan raya tapi ganas dan berani. Banyak jugak aku nampak kereta kat sana yang tak diimport ke Malaysia. Honda Brio contohnya, comel je kereta tu, kecil lagi dari Jazz. And kat sana kereta Perodua kita semua under brand Daihatsu. And Ertiga kat sana bawah brand Suzuki. 

Time aku pergi currency RM1 = 3.300 IDR. Merasa la aku jadi jutawan kejap. Aku tukar duit Malaysia RM750 and spare duit Malaysia dalam RM450. Duit banyak balance, nanti aku cerita details budget dekat next next entry haha. Tapi pening weh pegang duit banyak-banyak ni padahal nilai dia kecil. Aku yang konon dilantik sebagai akauntan pun meletakkan jawatan. Dah la aku tak familiar dengan warna-warna duit dorang so nak keluarkan duit pun terkial-kial sebab kena baca kat note nilai dia haha. 

Sepanjang kat sana aku banyak makan pecal lele. Ada satu kedai tu 2x aku dinner kat sana sebab sedap gila dan murah gila. Kalau korang pergi sana wajib pergi Restoran Special Sambal. Tak silap aku dia ada 23 jenis sambal. Lauk-lauk dia semua padu. Prinsip kedai dia apa yang dikomplen terus ditukar baru, tapi serius takde apa yang perlu dikomplenkan. Kalau tambah nasi pun gratis (percuma). Pergh teringat-ingat pulak *drooling*. Maaflah gambar makanan memang takde nak bagi korang drooling sama. Boleh google kalau nak sama-sama meleleh air liur haha. 

Supir ada suggest kan satu makanan Jogja tapi aku lupa nama dia, aku tak try pun sebab katanya manis-manis rasanya, berasaskan nangka tak silap aku. Aku ni kalau dengar masakan manis meremang bulu roma rasa loya. Makanan aku mestilah pedas dan padu. 

And kat sana untuk pertama kalinya aku makan belalang. Yeahh that insect yang melompat-lompat tu. Tepi jalan memang banyak jual walang (belalang) goreng. Bila digoreng warna dia jadi macam lipas pulak tuu. Memula aku nak masukkan dalam mulut memang agak scary pengalaman tu. Tapi bila makan not bad, rangup dan berlemak. Rasa makan kulit udang pun ada and rasa dia boleh dikatakan macam kacang parang yang dimakan sekali kulit. Kalau korang jumpa belalang tengah padang boleh lah tangkap buat goreng ke masak lemak cili api ke haha.

Kalau rasa nak thrill sikit boleh la korang anggap ni lipas. Ke memang lipas aku makan? Emm dap HAHA
Bab komunikasi pun aku fail. Banyak words yang aku tak faham sebab tak pernah tengok sinetron kot haha. Aku asyik kena gelak je sebab tak faham banyak benda. Biadap haha.

Aku langsung tak beli souvenir kat sana sebab entah lah tak berminat. Aku ada cari fridge magnet tapi tak jumpa so abaikan lagipun time tu aku serabut dengan keserabutan bandar Malioboro tu so aku tak serius mencari, aku fikir bilik yang aman je time tu haha. Ada jugak berhenti kedai jual Bakpia, sejenis manisan yang dikatakan hanya boleh didapati di Jogja. Itu pun aku tak beli sebab tak berminat. Dia ada macam-macam inti and yang aku rasa inti kacang hijau sebijik rasa kuih kasturi. Souvenir memang bukan agenda utama aku time travelling. 

Time balik aku naik Air Asia jugak and flight delayed dari pukul 11.45 pagi ke 12.20 tengah hari waktu Indonesia, nasib tak lama sangat. Touch down KLIA2 dalam pukul 3.45 petang waktu Malaysia, solat, lunch then again balik Ipoh naik bas Yoyo. Sampai Ipoh pergi mendobi baju dulu then baru balik rumah.

It was a worth experience. I miss it already, Jogja tak rindu sangat tapi rindu nak travel haha. Kau jangan buat pasal Nadia, habiskan training 10 bulan dulu! Sambil tu simpan duit nak ke Bali pulak. Kehkehkeh.

3 comments:

  1. demm, rasa dem sgt sbb dah taip, dah publish sekali error, i is mad!! haha


    ni komen yang lebih kurang sama mcam yg error tadi. haha!

    adik ipar IQ pun pergi jogja bulan 7 yg lepas, apehal yang sume pergi jogja ni? hahaha!

    instead of pilih bali, kenapa tak pilih lombok? IQ teringin nak pergi lombok sebab orang cakap cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sabar IQ. IT ni pun ada kelemahan dia

      sebab jogja boleh dapat tiket murah and sightseeing dia menarik

      hmmm. lombok dalam list jugak sebenarnya. bali lebih happening hehe

      Delete
  2. Assalamualaikum wr wb.

    Sebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan kerana posting saya. Salam perkenalan saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong kat Jogja sila kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

    Kami bagi harga yang berpatutan dengan service best kerana kami handle terus dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong ke Jogja sila kol / sms / whatsapp saya +628985101301, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa..

    Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
    (pakej lain sila whatsapp)

    Day 1
    ● Tebing breksi
    ● Kotagede (kilang silver & chocolate)
    ● Sandboarding Parangkusumo
    ● Parangtritis beach
    ● Manding (leather arts)
    ● Alun2 selatan (sepeda & becak lampu)

    Day 2
    ● Merapi lava tour (sunrise)
    ● Borobudur temple
    ● Kalibiru

    Day 3
    ● Timang beach
    ● Cave tubing pindul
    ● Pinus Forest
    ● Bukit bintang

    Day 4
    ● Drop off to airport

    Harga bermula dari:
    RM 602 (ALL IN)*
    RM 452 (exclude hotel)*

    *kos kira dalam 1 ringgit = 3500 rupiah, kos hanya estimasi sahaja kerana nilai tukar naik turun
    * kos kira dalam 5 pax, lagi ramai lagi jimat, lagi sedikit lagi mahal

    Pakej termasuk
    ● Private kereta / van AC standard pelancongan (Grand / all new Avanza / Xenia untuk 2-5 pax, Isuzu elf 11 seater untuk 6-11 pax, Isuzu elf 16/17 seater untuk 12-16 pax, medium bus 31-33 seater untuk 17-33 pax, bigbus 44-54 seater untuk 33 pax lebih)
    ● Pick up & drop off airport
    ● Hotel *2 selama 3 malam (termasuk makan pagi)
    ● Supir / Pemandu
    ● Makan supir
    ● Parking
    ● Semua entrance fees sesuai itinerary (include Borobudur entrance fee $25 (Rp 325.000)
    ● 4x4 jeep merapi (kongsi 4 orang)
    ● shuttle menuju timang / kalibiru, kalibiru bilamana guna van harus naik ojek sepeda motor
    ● Dinner and lunch sesuai itinerary (halal meals)
    ● Air mineral
    ● Insurance

    Exclude:
    ● Flight Ticket
    ● Airport taxes
    ● Gondola ride bilamana pergi timang
    ● Personal expences (laundry, pulse, shopping etc.)
    ● Menu tambahan untuk dinner / lunch
    ● Tips untuk driver (seikhlasnya)

    Note:
    Harga dapat berubah setiap masa
    Harga tidak berlaku bagi high season

    >>> Untuk pakej pelancongan jogja yang lain sila jangan sungkan kol /whatsapp +628985101301 (FREE).
    >>> Email: ganeshabantul@yahoo.com
    >>> Facebook: www.facebook.com/reviosta (Jati Wijaya)

    Kami juga sedaiakan kereta sewa (all new avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50 seats) dengan harga yang berpatutan. Harga bole sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.


    Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

    Wassalamualaikum Wr Wb



    #jogja #yogyakarta #jogjakarta #pelanconganjogja #percutianjogja #pakejpelanconganjogja #pakejpercutianjogja #4d3njogja

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!