Group aku (Group 5) gabung dengan Group 4 baru habis selesai MPM. Kitorang buat Deklamasi Lakon (Dekon) yang katanya diilhamkan oleh A. Samad Said. Aku bab-bab persembahan ni memang terima kasih wasalammun je la hoi. Aku ni punya keras kalau letak sebelah kayu, kayu lagi keras haha. So aku jadi AJK je lah mampu.
MPM ni kitorang ada 4 hari je nak siapkan semua. SEMUA. Dari segi lakonan, jemputan, props, gallery, bla bla bla. Sebab tu walaupun Isnin lepas cuti aku kena balik sini hari Ahad. Pagi Isnin semua dah kena kerah berkerja. Nasib la labu. Kau yang apply jadi PTD kan? Tak de siapa paksa kan? So kau hadap la yehhh haha.
Last week aku balik dari Perak nak sampai KL 7 jam nokss. Seksa! Dengan hujannya. Nak tunggu next perhentian nak pergi toilet lagi la sycho, sampai toilet sekali orang beratur macam nak beli nasi kandar. Aku dah terkepit-kepit terkinja-kinja kat situ. Nasib perempuan dan sopan, kalau tak........ hahaha.
Nanti kalau aku keje kat KL, and bila sampai time cuti2 hazab nak balik ni, aku nak gerak pukul 3 pagi dari Perak. Benci kot jam! Kalau berteman takpe lagi. Ni sorang-sorang sycho gila rasa. ETS memanjang je habis nya. Ada bukak seat untuk jin jugak ke apa?
So back to MPM. It's hectic. Hari-hari kelas and persiapan sampai 10.30 malam. 10.30 malam tu dalam jadual je ye, balik bilik selalunya pukul 12 malam. So semalam semuanya settle dekat pukul 1 pagi jugak sebab kena kemas dewan bagai.
Honestly, aku tak suka event, even sambutan hari jadi. Tapi aku suka makan. Tapi aku tak suka nak bersiap untuk pergi makan. So kalau ada event dinner pun aku tak suka. Introvert *cough cough* Kalau kerja PTD ni event2 besar kau memang tak boleh skip. Kena jadi Liaison Officer (LO) selalunya. Hari tu ada belajar protokol jadi LO. Satu je tips jadi LO, doa tak dapat VIP yang cerewet kahkahkah.
It's worth experience even I didn't enjoy it as much others did I guess. Tahniah kepada semua yang menjayakan event ni.
Tadi punya penat, pukul 12 tengahari aku baru bangun. Tak pernah-pernah aku bangun selewat ni sejak 2014 haha. Tadi bangun nak terkencing pukul 5 lebih terus tunggu Subuh dengan kepala terhoyong hayang. Then sambung tidur. Pukul 9 terjaga kejap then sambung tidur sampai pukul 12. Bangun, mandi, kemas bilik sikit2, solat and now tengah mengadap laptop.
Aku puasa hari ni, puasa ganti sebab sebelum masuk sini aku tak sempat ganti. Weekdays aku malas puasa sebab penat so options aku weekend je la. Aku habis training kat sini pun inshaAllah Ramadhan tahun depan.
Tadi tengok Food Panda nak delivery tapi macam tak berbaloi. Malas keluar tapi tetiba kawan call ajak keluar (yihaaaa), so tengah fikir nak makan apa. Teringin Chicken Butter! Haha. Mana aku nak cari kat sini. Laparr tambah-tambah sejuk niii haha. Sabar je la aku jemah sorang ni.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!