Ni cerita weekend lepas. Lepas Maghrib aku balik rumah makcik aku dekat Teluk Intan dengan cousin aku merangkap anak makcik aku yang tu. Sebelum balik kitorang singgah makan nasi lemak dekat PJ. Orang PJ mesti tahu sebab kalau tahu sila bagitau kat mana sebab aku dah lupa haha. Dia area kilang and nasi lemak biasa je, sebungkus RM1.60. Yang bestnya nasi lemak bungkus daun pisang, panas dan sambal paduu. Aku makan 2 bungkus kahkahkah.
Then aku sampai Teluk Intan dalam pukul 12 malam. Ngantuk yakmat. Lepas solat tak fikir apa dah terus tidur. Lepas Subuh sambung tidur. Dalam pukul 9 bangun tolong apa yang patut sebab makcik aku ada buat makan-makan. Mak aku sampai dalam tengahari. Dalam 3.30 petang kitorang gerak pergi KL sebab nak tengok pakcik aku kat hospital kena potong kaki sampai peha sebab kencing manis huhu.
Dari Jalan Duta aku drive sebab Ayah tak suka drive dalam KL. Sampai hospital pun dah nak dekat Maghrib then lepak sampai Isya'. Kawan-kawan, please watch your sugar intakes. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.
Pakcik aku ni kahwin 2. Isteri-isteri dia memang tak bertegur sapa sampai la pakcik aku sakit ni. And isteri pertama dia pun masuk hospital yang sama sebab sakit apa ntah. Sekarang ni dorang punya baik sampai isteri kedua pergi jaga isteri pertama kat wad, boleh gossip sama-sama, boleh gelak sama-sama, ngutuk suami sama-sama sampai pening suami dia. Haha.
Aku bukan nak cakap pasal poligami. Haippp. Aku nak cakap jangan benci orang, sebab satu hari nanti mungkin orang yang kau benci tu la yang ikhlas tolong kau. Kawan-kawan batu api yang sama-sama mengutuk orang yang kau benci dulu tu takde pulak nak tolong tengok-tengok kan kau time kau terlantar. Mana dorang dan mulut longkang dorang? Mana? Eh emosi pulak haha
Malam tu aku tidur rumah makcik dekat Sentul. Pagi esok aku drive pergi Cheras hantar adik aku dapat kerja kat sana. Habis urusan dia aku naik MRT dari Bandar Tun Husein On pergi Muzium Negara (KL Sentral) dengan parents aku. Tambang RM4.20/seorang. 17 stesyen weh baru sampai haha. Nasib baik 30min je dah sampai. Dari stesen Muzium Negara ada laluan nak ke KL sentral. Tak jauh sangat berjalan, banyak eskalator. Dia akan tembus tepi McD KL Sentral. Parents aku nak naik ETS ke Kuale.
Dah salam-salam cium bagai, aku pun naik atas tempat taxi tu then request Uber nak balik INTAN. Time tu rate RM15.00. Aku tengok apps, driver tu 1 minute away je dari aku. So aku bangunlah tunggu tepi, tetiba aku tengok 9 minutes. Aku pun dengan penuh sabar dan tawadu' berdiri la tunggu.
Tetiba aku rajin pulak pergi tekan dekat muka driver tu then baru aku nampak macam ada message kat apps tu.
Awak tunggu kat mana? Hotel? Sentral?
Hotel. Saya diri betul-betul depan signage hotel
Tadi saya dah lalu tak nampak awak pun
Ok bersabar Nadia. Urut dada. Ingat kau tu orang Islam, ada adab, bertudung lagi. Kan lebih ayu kalau tidak memaki.
*dalam hati* Macam mana kau nak nampak aku syaiton? Kau kenal aku pun tak!
*dalam text* Saya pun tak nampak kereta encik.
For sure aku tahu kereta dia, kan bagitau dalam apss. Muka aku takde ye dalam apps tu. And kalau ada pun mustahil dia akan perasan dalam kalangan beratus manusia tu. Dah la tak call satu hal. Tak pernah aku jumpa driver yang main message dalam apps je. Dah la message tak dapat noti. Binawe.
Then tetiba dia cancel trip. WTHell! Okay takpe. Aku malas nak fikir, aku request lain. Rate jadi RM28!! Erghh. Last sekali aku masuk balik amek taxi RM20. Ikutkan aku boleh je berhenti MRT Phileo Damansara, lagi dekat dengan aku tapi aku nak teman parents aku sebab dorang tak pernah naik MRT. Aku pun first time actually tapi sama je naik mana-mana train dalam dunia ni. Kau select destination, kau bayar, kau dapat kupon or whatever, kau naik train bila dia sampai dan turun bila sampai destinasi pilihan. Taraaa, settle! Tapi sebab nak kena berjalan sikit dari stesen ke KL sentral tu so aku decide nak teman parents aku walaupun aku sendiri tak tahu arahnya haha.
Takpelah. Ada la tu hikmahnya. Sementara menunggu tu terserempak dengan kawan aku dari Perak. Sempatlah sembang 5 minit. Tu la kot hikmahnya hehe.
For sure aku tahu kereta dia, kan bagitau dalam apss.
ReplyDeletecik blogger, ayat ini ada typo :)
nak bagitau itu je. taktau nak komen ape sebanarnya. hahaha. kbye.
you're welcome in advance :b
haha detail nya mata. malas la nak betulkan. biarlah haha
Deletebtw tq :)
Biasanya mmg mcm tu.. Mesti ada hikmah disebalik tiap kejadian. lulz .. pernah juga mengalami keadaan mcm ni ... Take care Nad.
ReplyDeletehehe kannn. sabar je la. tq Zhi :) Take Care too :)
Delete