”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

12/31/2021

Jelajah Pantai Timur 22-26 Dis 2021 #2

23/12/2021

Pagi2 Suami dah kacau aku suruh bangun siap nak pergi breakfast. Tak bagi can tidur lama time cuti betul la haha. So dalam pukul 9 kami dah gerak ke Nasi Dagang Atas Tol. Our 2nd time here. We love their nasi dagang, keropok lekor and mee goreng. 

Sampai2 je nundiaaa orang beratur nyala punya panjang di bawah teriknya pancaran matahari. Memang terik betul hari tu. But the owner being so thoughtful, dia sediakan kerusi dan payung untuk beratur. Ada khemah khas menunggu untuk ahli keluarga, yang beratur tak payah ramai2. And konspenya, selagi takde meja kosong, dia tak bukak order baru. Sejam jugaklah berpeluh beratur. Gigih ye! It's worth it. Tapi sayang, mee goreng kegemaran Husband habis pulekk. Tu pun Alhamdulillah ada rezeki lauk ikan, sebab dorang dah announce ikan dah nak habis. 

Seragam je warna payung, dah macam nak pergi mengundi kekeke

Lepas kenyang pergi cari keropok kering ikan tamban Pengkalan Star, nenek aku pesan. Haha kemain spesifik ye. Tak jauh pun dari situ, dalam 2km je. Beli dekat rumah orang, korang google je ada dalam google maps. Tapi time kitorang beli tu takde ikan fresh, ada yang dari ikan frozen je sebab musim nelayan tak boleh turun laut. Bantai je la.

Then pergi Masjid Kristal. Masjid tu berdekatan dengan Taman Tamadun Islam. Kami tak masuk pun TTI sebab tengok dari luar macam sendu je, tak berjaga. Masjid Kristal pun under construction. Harap dorang jaga elok2 la lepas ni, cantik kot tempat tu. Kalau tak jaga alahai sayangnya membazir duit rakyat.

Then pergi Masjid Terapung Kuala Ibai. Begitulah orang beriman, lawatannya hanya ke masjid2. Kahhhh. Saja lepak situ, Suami, Abah dan Mama pernah datang situ dulu time Suami kecik lagi so bagi dorang mengimbau kenangan. Hehe.

Masjid bersebelahan laut. Dia terapung atas tasik, bukan atas laut haha. Gambar Masjid lupa nak ambil. Lol

Selepas menginsafkan diri, kami ke Pasar Payang. Bahaha. Aku kononnya nak cuci mata je sebab dah membeli dah blah di Kelantan tapi tu la, pilihan kain2 ela dekat KT lagi cantik dari KB. Huaaa. Terbeli 1 blouse bercorak batik dan 2 pasang kain baju kurung. Nasib bukan aku yang bayar. Hahahaha. 

Lepas beli cepat2 balik homestay, takut terjebak lagi dengan bisikan2 halus syaitonnn. Tetiba nak salahkan syaiton haha. Balik just rest sebab petang nak keluar makan pulak. 

Lepas Asar kami pergi makan dekat Warong Pok Nong, makan celup tepung. Ya Allah sedapnya dan murah ye. Fav is sotong goreng tepung. Besar nak mam, kitorang beli 3 ekor mula2 then tambah lagi sekor. Habissss dengan kenyangnya hahaha. Makan 4 ekor sotong, seekor ikan kembung (kot), sepinggan udang, sepinggan kepok lekor, nasi lemak kukus 2, dan air baru RM99. Murahhh. Nasi lemak dia kalau ada korang kene terus ambil sepemeluk dan letak dalam baju sebab kalau korang tunggu dalam sekelip mata habis. Maksudnya apa anak2? Ye sedapppp.

Senja di Warung Pok Nong

Bila dah kekenyangan, terus balik dan rehat je. Esok nak gerak ke Kuantan pulak. Hehe

24/12/2021

Pagi tu sebelum gerak ke Kuantan, sempat singgah lagi sekali Pasar Payang. Whutt? hahaha. Mak pesan kain ela pulak, so sebagai anak solehah kena la turutkan. Kejap je, beli kain terus bla, kedai pun tak banyak bukak lagi.

Then teruskan perjalanan, singgah makan Nasi Dagang (again?) tepi jalan on the way ke Kuantan. Kemudian singgah Kemaman, Suami nak makan sata tapi tempat yang nak pergi tu tak bukak lagi. So beli dekat Aziz Sata (bukan kawan P. Ramlee) je, boleh la not bad. Makan sambil layan angin laut depan INTIM. Best betul angin dia, syahduu jeee layan. Ada jugak beli keropok kering dekat situ. Keropok Kemaman memang sedap2. 

Kemudian teruskan perjalanan. Singgah di Marion Cafe dekat Pulau Cherating. Berapa banyak pit stop da haha. Ni aku yang nak pergi sebab tengok viral hari tu *mudah terpengaruh. Hari Jumaat dia bukak 2.30 petang, aku sampai 2.20 petang orang dah siap beratur ye kawan2. Hadoii. Dalam 30min jugak beratur. Overall? Bahahahah. Malu nak cakap. I think I have taste a better one. Tart Choc Suami punya, he's choc's lover. Cara dia makan sedap betul nampaknya. Aku beli Creme Brulee, Tart Almond, Tart Walnut, Tart Choc, Caramel Cheesecake. Amboi tak beragak membeli haha orang kata biar worth the que. Harga dalam RM6-RM11 satu. 

Sejenis kegigihan

Then terus gerak ke homestay di Kuantan. Kami sewa area Pulau Sepat, atas sikit dari Tg. Lumpur. Homestay McNa namanya, aku pun cari dalam google je. Rumah teres 3 bilik yang dilengkapi TV 60' beserta Netflix, mesin basuh, Cuckoo, segala peralatan memasak dan pelbagai lagi la. Owner pun sangat friendly, nak check in pun sangat senang. Superb. Kelemahannya, 1 bilik je ada aircond, lagi 2 takde. Suami aku putera lilin tapi dia beralah bagi bilik aircond dekat Mama and Abah. Nasib baik. Good boy haha. 

Abah yang paling excited sampai Kuantan sebab dia dulu pernah kerja dekat sana (bekas Askar). Petang tu kami makan dekat Warong Maggi Telur Sotong Pantai Sepat. Maggi dia sumpah sedap, Abah suka gila maggi dia. Ada tahun depan dia pergi dengan Mama je ni semata nak makan Maggi hahaha. Korang kena try, memang surrrr. Ahh teringat pulak. 

Habis makan just pergi pekan Kuantan lepak2 dekat area Menara Teruntum sambil Abah dan Mama mengimbau kenangan di kala muda hehe. Then balik, rehat. 

To be continued....

2 comments:

  1. Oooo... anak soljah ke?

    Orang kata anak soljah ni garang2? betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang anak soljah tu Husband. Dia tak garang sebab Abah pun tak garang kot hehe

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!