”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

12/30/2021

Jelajah Pantai Timur 22-26 Dis 2021

Tak habis lagi rupanya cerita penjelajahan aku ke negeri2 Pantai Timur. Aku balik dari Kelantan, hari Ahad, 19 Dis, then aku sambung cuti sampai 27 Dis sebab nak ikut Suami aku ada game rugby di Kuantan pada 25 Dis sekaligus bawa Mama and Abah pusing Pantai Timur, seperti yang mereka inginkan. Ayuhhh!

21/12/2021

Orang kabinet datang buat finishing dekat rumah sampai lewat Asar. Sementara aku dah mula mengemas apa yang patut, packing baju untuk bercuti 5 hari! Haha. Melampau kau ni. Lepas Maghrib, bertolak ke rumah Mama, isi minyak full siap2 sebab nak bertolak sebelum Subuh. Sampai di rumah Mama, solat berjemaah sebelum dengkur.

22/12/2021

Suami cakap nak gerak jam 3 pagi. Then aku tanya nak kunci jam pukul berapa? Pukul 3 katanya (??). Confused kejap aku. Oh mungkin dia maksudkan gerakkan badan, bukan gerakkan kenderaan. 😏. Akhirnya pukul 4 baru bangun, pukul 4.30 pagi baru tayar bergolek.

Suami bawa kereta macam jalan raya tu dia punya, memang dia punya pun, berapa bijik kenderaan je ada pagi2 buta tu. Aku mcam biasa tidur sambil pegang tangan dia acah2 nak bagi dia rasa ada berteman. Kadang2 bila terjaga aku ramas lembut tangan dia tanda sokongan sebelum terkulai layu kembali hahaha. Niat nak solat Subuh di Lenggong, punya laju dia bawak, sempat solat Subuh di Masjid Gerik. 

Usai solat, kami pusing pekan Gerik cari makan. Alhamdulillah ada rezeki kedai makan tepi masjid. Sedap masakan dia. Boleh try. Kedai dia belah kiri sebelum masuk simpang masjid (masuk simpang ke masjid melalui traffic light). Dah kenyang dan tapow cucur badak, kami meneruskan perjalanan. Sedap cucur badak dia. Tapi kenapa aku tak makan ye? Mesti Mama habiskan senyap2 hahahhaha. 

Perjalanan menuju ke puncak Banjaran Titiwangsa ditemani kabus yang mendamaikan. Sejukkk. Alhamdulillah cuaca baik, tak hujan macam aku pergi minggu lepas.

Sampai sini dalam 8 lebih. Arghh breathtaking

Keadaan jalan Gerik -Jeli agak menjengkelkan. Kena mengadu ke Pak Menteri ni.

Selepas buang air dan ambil angin kami teruskan perjalanan. Aku sambung tidur haha. Sampai Jeli, Suami mencuit aku yang sedang lena. Aku senang sedar, dicuit lembut pun aku boleh sedar hehe. Dia tanya, boleh tak sambung drive. Eh mesti la boleh, takkan tak bolehhh. Aku sambung drive menuju Rantau Panjang.

Singgah sekejap je di RP. Beli kudap-kudapan je. Suami belikan kacang kunci @ kacang macadamia. Sedap, tawar but berlemak. Dipanggil kacang kunci sebab kena guna kunci untuk kopek kulitnya. Kalau bagi tupai makan mau patah giginya. Sempat jugak kami beli lokching kegemaran. Abah geleng kepala je bila anak2 dan isteri tak berhenti mengunyah haha.

Kami teruskan perjalan ke Pasar Khadijah. Mama nak cari gula nise kot yang disebutnya. Aku pun tak tahu tu gula kabung ke gula melaka ke gula merah ke apa. Orang guna gula tu selalunya untuk buat kuih melaka, so I guess nama paling tepat adalah gula Melaka haha. Bersepah dijual di PK. Mama sempat beli kain ela untuk pakai raya. Mama belanja aku sepasang. Yeayyy. Alhamdulillah. TQ Mama.

Kemudian kami pergi lunch di Warung Pakmat Pulau Pisang, kali ni bawa Abah dan Mama merasa pulak. Kat situ terjumpa Instafamous Maryam orang Korea yang kahwin dengan orang Malaysia tu. Dia bawak baby dia. Tak sangka pulak Abah minat dia, siap suruh Suami ambilkan gambar mereka. Haha. Comel je Abah. 

Bila perut dah kenyang, kami teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu, dalam 2 petang gerak dari Kelantan. Kelantan memang tempat singgah je. Kami bermalam 2 malam di KT. Lalu jalan persisiran pantai, memang saujana mata memandang, perjalanan pun tak terasa lama (sebab Suami yang drive kahhh). Tapi dari Penarik sampai homestay, aku, insan yang gagah yang drive haha.

Sempat singgah rehat sebentar di Pantai Penarik

Dalam 4.30 petang kami sampai di Homestay. Kami menginap di Apartment Ladang Tok Pelam. Ape ke tak komersialnya nama. Hahaha. Kami booking melalui AirBNB. Rumah 3 bilik yang lengkap dengan semua perkakasan. Kami siap basuh baju la. Kawasan strategic, sangat dekat dengan KTCC dan DrawBridge. Cuma leceh tiap kali masuk kena tinggalkan IC/Lesen. Yang lain superb.

Lepas Maghrib pergi cari makan area situ je. Then lepak sekejap di DrawBridge tengok suasana malam sebelum balik dan tidur untuk mendapatkan tenaga hari esok. Haha.

To be continued...

2 comments:

  1. Pantai Penarik memang menarik...!

    Tak pernah pegi draw bridge je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul tu. Nanti pergi la Uncle, nanti fancy but just merasa tengok depan2 hehehe

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!