”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

12/28/2021

Perihal Kontraktor

Pengalaman betul nak masuk rumah baru ni, macam2 hal nak kene uruskan. Kami memang plan nak renovate rumah sikit sebelum masuk sebab nanti dah masuk barang malas nak kecah rumah. Lepas berbincang kami setuju nak hired beberapa orang kontraktor. Rumah aku 2 tingkat, 4 bilik 3 bilik air. Tapi aku pecah 1 bilik dekat bawah buat dining hall, so jadi 3 bilik je la. Rumah aku kecik je, bukaan 18x65.

1. Renovate - RM13,000

2. Kabinet Dapur + Aksesori & Kabinet Master Bedroom - RM17,720

3. Plaster Ceiling - RM4,500

4. Wiring -RM3,545 (including service aircond)

5. Grill - RM5,200

Kontraktor renovation adalah sub-kontraktor kepada kontraktor kabinet. Dan plaster ceiling adalah abang kepada kontraktor kabinet. Kitorang malas nak survey sebab kekangan masa. So ambil yang berkaitan supaya dorang boleh communicate sesama sendiri. Oh by the way, semua di atas adalah kontraktor Melayu kecuali grill je ambil dengan Cina.

Niat di hati nak mudahkan urusan sekali ambil yang berkaitan ni lagi menyusahkan adalah. Dah kitorang pulak jadi orang tengah. Serabut. Dengan communication breakdown nya, management fail, delay jangan cakap la. 

Plaster ceiling memang takde masalah. Kami deal direct dengan dia. Sap2 sui kerja dia siap. Kerja pun kemas. Nanti aku bagi nombor.

Yang bermasalah yang kabinet dengan renovation. Orang kabinet  ambil sekali kerja dalam 12 projek lepas tu terkejar-kejar. Tak ke gila? Jauh2 pulak tu antara projek, 1 Perak dorang sapu. Tamak sorang2 takpe, jangan sampai menyusahkan orang. Memula dah delay sebab ada staff kena Covid, tu kami faham la. Lepas tu dingdong itu ini.

Dengan kontraktor renovation tak jumpa semua barang nya sebab tak tahu kawasan Ipoh, dia biasa beli barang hardware dekat Taiping. Macam tak logik kan? Waze kan ada. Tak reti guna waze ke apa? Punya la berlambak kedai hardware dekat Ipoh ni. Atap tak jumpa warna yang sama. Tiles warna yang sama pun tak boleh cari. Tiles tu universal kot warna dia, standard tiles warna cream tu. Aku malas nak serabut, beli je la seakan-akan walaupun boleh nampak bezanya. Haishhh. Nasib la boleh pujuk hati sebab nanti inshaAllah ada rezeki nak pasang vinyl SPC floor.

Masalahnya bila dorang dingdong, yang lain pun terpaksa delay. Wiring tak boleh masuk, grill tak boleh pasang. Janji seminggu sebelum tarikh due dah settle, ni kitorang dah pindah masuk pun kabinet tak settle2 lagi. Ni sekarang musim hujan pulak, tak boleh nak cat la apa la. Hangin je aku.

Aku bukan nak down kan orang Melayu tapi macam ni lah kejenya. Aku memang lagi suka deal dengan Cina. Dorang ni kerja displin, punctual, kerja kemas. Cina yang pasang grill rumah aku pun komplen pasal kontraktor renovation tu sebab menyusahkan dia. Dia berapa kali datang ukur tapi tak boleh sebab kerja tak siap lagi. Cina tu janji pukul 10, pukul 9.55 dia dah mula kerja. Melayu janji pukul 9, pukul 11 tak nampak muka lagi. I know it's not about race actually, ni pasal perangai sendiri tapi majority nya begitulah. huhu.

Tapi budak Melayu wiring yang aku hire tu bagus. Budak muda lagi. Kerja ok. Paling best tengok bila masuk waktu solat dorang semua berhenti kerja and solat jemaah. Alhamdulillah.

Cina Grill pun kerja ok, berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan.

Ni list nombor dorang, yang aku tak recomend aku tak share la. Dorang ni boleh cover Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping. Harga reasonable. Cina grill aku tak pasti boleh cover mana.

Plaster Ceiling: +60 12-437 3508 (Idan)

Grill: +60 16- 7985 294 (Han)

Wiring & Aircond: +60 11-1147 9311 (Amirul)


Bil wiring

Sekarang dah hujung bulan November, kontraktor kabinet tak masuk2 lagi rumah. Kau bayangkan betapa serabutnya hidup aku bila takde almari baju, takde kabinet dapur. Masuk rumah tu memang untuk tidur je. Makan pun kat luar je memanjang, kopak oii. 

Janji nak masuk tak masuk masuk. Pekerja kena denggi la, sesak nafas la. Mata sakit la apa la. Aku yang sakit hati ni macam mana? Entah betul sakit ke tak, mula la nak bersangka buruk. Kalau menipu bab sakit, ha tunggu la kena betul2 nanti. Kalau tak fikir dah bayar 3/4 memang aku cari kontraktor lain dah. 4 minggu kot delay, sape je tak hangin, kita pun ada plan lain dah, semua terbantut sebab dorang ni. Herghhh.

Janji awalnya, bayar depo RM10k, bila renovation dah siap bayar lagi RM10k and balance selebihnya. Setakat ni aku dah bayar total RM24.5k. Memang tinggal RM2k je lagi balance. Kalau kontraktor mintak duit memang dalam 5 minit je aku bayar sebab nak mudahkan urusan orang walaupun dah lari dari janji. Tapi bab janji dia ke lautann pasifik paling dalam perginya. 

Dah berapa kali kena game, Suami aku berapa kali ambil cuti tapi dorang tak jadi datang. Memang menguji kesabaran betul. Ujian masuk rumah baru. Lagi sakit hati bila tengok social media dorang, elok je pasang orang lain punya. Ni lah padahnya ambil projek secara membabi buta lepas tu dah tak terkejar. 😡

So, sesiapa yang tengah nak renovate rumah, please expect the unexpected.

1. Kos akan lari
2. Kerja akan delay
3. Bermacam risiko; kena tipu, kontraktor banyak alasan, kerja tak memuaskan.

Kalau ada bajet lebih baik ambil kontraktor yang berdaftar, at least ada perjanjian etc. Ni cakap mulut je memang haup la. Walaupun yang berdaftar tak tentu helok kerjanya, tapi atleast ada kontrak, delay boleh potong bayaran. Ni kalau cakap mulut je memang payah la. 

10/12 - Akhirnya masuk jugak dorang nak pasang almari dengan kabinet. Pukul 12 sampai, pukul 5 petang gerak balik dah. Baru siap 90%, ada lagi 10% katanya nak siapkan Rabu ni. Jangan delay lagi sudah. Kerja dorang kemas tapi tu la, bala menunggu. 

Ni tinggal nak pasang cermin and nak tukar bawah cermin tu kepada laci. Hari tu dah cakap dah nak laci, silap jugakk. Management fail.

Ni tinggal nak pasang pintu and dapur. Oh and counter bar. Hope Rabu ni selesai la. 

Bahagia la sikit rasa bila dah ada progress. Baru la nampak rupa rumah. Tak sabar nak tunggu siap, dah taknak ada apa2 hubungan dah dengan kontraktor tu haha. Ni dia baru message Laki aku, tak jadi masuk Rabu, masuk Khamis 😑 Aku cakap kat Laki aku, tak masuk Khamis, siapkan la bila dia rasa nak siap tapi baki burn. 😡

Tuptup 21/12 baru masuk siapkan semua. 


Kerja dorang ni memang okay kalau nak dibandingkan dengan harga. Semua cakap murah aku buat tapi tu la dianya, sabar kene tingiiii. Alhamdulillah siap jugak akhirnya. Kemas pun dah 90%, aku sumbat je dulu apa yang ada, slow2 baru nak organise sikit2 bagi nampak macam dapur kayangan walaupun jarang masak. Kakakaka.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!